Cuti Cuti Malaysia - Kuala Pilah


dalam segmen cuti cuti malaysia kali ini FK nak membawa anda semua pulang ke kampung halaman FK. Selamat datang ke Kuala Pilah. Kuala Pilah ialah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatihnya. Disini juga terletak Istana Seri Menanti iaitu tempat bersemanyamnya Yang Dipertuan Besar N9..
Jika dari Seremban, anda perlu melalui Bukit Putus sebelum sampai ke daerah ini. Bagi anda yag tidak biasa melaluinya, pastinya ia sedikit sebanyak menguji skill pemanduan anda kerana jalan yang bengkang-bangkok serta ada gaung disebalahnya. Tapi bagi FK, alah bisa tegal biasa.
Jika anda terasa letih setelah memandu di Bukit Putus, anda boleh saja merehatkan minda di Hutan Lipur Ulu Bendul, sebuah tempat perkelahan yang popular disini. Terletak di kaki Gunung Angsi, pelbagai aktiviti lasak dapat dilakukan disini.
bagi penduduk tempatan, terdapat satu tempat yang menjual cendol paling best di Malaysia ni iaitu gerai cendol yang terletak di Perhentian Bas Kuala Pilah. Rugi kalau anda kesini tidak mencuba cendol ni. Di pekan Kuala Pilah juga ada satu juadah yang tak boleh ditinggalkan iaitu rojaknya. Pergi saja ke pasar, pasti anda akan bertemu dengan kedai jual rojak yang best. huha..
Ha, apa anda tunggu lagi. Bersiaplah dan teruskan perjalanan anda kesini. Jom jalan jalan. Cuti Cuti Malaysia. Segala-galanya ada di sini.

1 comments:

Isumaru 13 April 2008 pada 1:53 PG  

selamat dtg ke...

KUALA PILAHI~~

Related Posts with Thumbnails