Happy New Year!!


Dah berhabuk dah FK punya blog ni tapi belum sampai tahap bersawang dan reput lagi. Almaklumlah sekarang dah jadi blogger bekerjaya. Nak dapat internet kat opis ni je la tu yang curi2 mengupdate blog di hari terakhir tahun 2008 ni. Wireless free yang dapat kat rumah hari tu dah tak dapat dah sebab tuan punyanya dah buat password. Ni semua gara-gara FK main internet dia hari2 selama seminggu hari tu.

So, apa azam tahun baru anda? Kalau ku chairy, FK dah tahu dah apa azam tahun baru dia. Ye la, azamnya sama saja setiap tahun. Tapi tak tercapai-capai gak. Azam dia nak kuruskan badan. Tapi sampai sekarang bukan makin kurus tapi makin gemokk..

Azam tahun baru hijrah dan masihi FK tiada kena mengena dengan bentuk fizikal nak jadi kurus or nak mancungkan hidung tetapi azam FK mudah saja, nak semayang cukup 5waktu sehari semalam. Ye la selama ni mesti ada miss, kantoi subuh la, tertinggal semayang isyak la.. ada saja yang terlupa. dan nak jadikan solat itu tiang agama. maksudnya nak semayang tu dengan khusuk kalau boleh. ye la, solatkan boleh mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, so kalau solat 5waktu tapi still buat kemungkaran, itu kena check balik la solat dia tu camne.

Oleh itu, FK rasa azam FK tahun ni tak ada la berat sangat dan memang wajib buat pon. So, apa pula azam pembaca blog FK sekelian ni? Tinggalkan je diruang komen untuk tatapan kita semua.

Bye. Assalamualaikum. Renung-renungkan dan selamat beramal.

1 comments:

Tanpa Nama 1 Januari 2009 10:08 PTG  

hoh
susah btol ko nak update blog ek
rjn2 la tgk blog ak
hafizkamid.blogspot

Related Posts with Thumbnails