kesian kan!

anda tengok bersamamu?

malam tadi FK tengok bersamamu.. tertengok actually..

selalu kalau ada bersamamu FK akan cepat-cepat tukar channel lain.. sebab kisahnya sama je setiap minggu.. bosan..

kisah orang miskin yang duduk didalam rumah yang tak macam rumah dan tak cukup makan, pakai.. anak-anak tak dapat pegi sekolah sebab takde duit.. or kisah ibu bapa yang sakit dan tak dapat nak tampung anak-anak lagi..

tapi kisah malam tadi memang lain dari yang lain..

kisah empat sekeluarga (ada ayah, emak, anak lelaki, anak perempuan) yang merempat dan merayau-rayau sekitar petaling jaya dan hanya tidur di tepi-tepi jalan atau di taman tasik jaya.. takde rumah..

kemana bapa mereka pergi kat situ lah mak diorang ikut.. sebab takde rumah kan.. duit pon dapat dengan jual tin-tin kosong.. kalau sikit tin sikit la duit.. makan pon jumpa sisa-sisa orang ditepi jalan..

disebabkan FK tertukar tv3 lambat, so jalan cerita tu FK tak dapat catch up sangat..

tapi FK anggarkan yang bapa dia ni dah kena buang kerja dan tak dapat nak cari kerja baru.. pastu kena halau dari rumah sewa sebab dah tak mampu nak bayar.. dan tak dapat nak cari rumah baru..

tapi mereka pernah merempat di dua buah rumah tinggal tetapi dihalau oleh orang sekitar..

alhamdullillah yayasan zakat selangor dah membantu mereka dengan memberi rumah sewa dan bantuan rm400... semoga pakcik tu dapat kerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga..

walaupon FK nampak pakcik tu sihat untuk bekerja, tapi disebabkan situasi keluarga tu menyebabkan mereka susah nak keluar dari kesusahan.. macam mereka dah masuk dalam lubang hitam sampai dah tak dapat nak cari jalan keluar.. mujur ada orang yang dah tarik mereka keluar dari lubang tu...

rupanya ada lagi orang yang susah dari kita.. so, mari kita bersyukur..

2 comments:

my name is KARL 19 Mac 2009 4:12 PTG  

ucaplah Alhamdulillah
syukur kita kepada Allah

hehe

bernasyid jap

fizfai 23 Mac 2009 5:43 PTG  

saya suka post ini...

Related Posts with Thumbnails