vip hotfm big jam 2009

ni je gambar yang FK amik guna henset FK.. yang lain tunggu FK mintak kat vip lain~

kali ni FK nak story sket pasal pengalaman FK jadi vip hotfm big jam 2009 yang berlangsung di Danga Bay, Johor Bahru..

Hurm nak cerita dari awal sampai habes pon nanti berjela plak post kali ni.. so FK bagi tau yang penting-penting je la yer..

1. Rombongan vip ni diiringi oleh qistina seorang viva zoomers yang sangat cun serta mesra serta Nikit dan juga seorang bro ni yang FK lupa nama dia.. ramai la laki sibuk kacau qistina termasukla FK..

2. Kami tinggal di hotel grand paragon, jb yang sangat mewah dan best.. nak tau google.. kat hotel ni semua artis dan juga krew serta penyampai hotm stay kat sini.. so ada la ternampak faizal tahir, estrange dan juga one nation emcee kat lobi hotel tu.. owh anne ngan ikhwan gak..

3. Kalau semua pengunjung yang datang tengok konsert kat tempat terbuka, dalam hujan serta kesesakan orang ramai, kami vip ni duduk kat dalam khemah yang dikawal rapi oleh rela sambil makan-makan yang disediakan oleh hotfm..

4. kami juga dapat t-shirt hotfm big jam 2009

5. hanya fara fauzana serta seelan paul je yang datang ke khemah kami melayan para vip ni.. yang lain sombong! dan hanya fara fauzana je yang sebut para vip ni bila cakap atas pentas yang lain tak ingat pon!! saaaayyyannggg Fara!

6. azura adalah penyampai hotfm yang paling cun.. cun gilerrr!!

7. satu lagi kelebihan vip hotfm ni ialah dapat pegi backstage dan bergambar dan bermesra dengan artis.. so kat backstage tu FK dapat bergambar dengan faizal tahir, elyana, guitarist one buck shot, fabolous cats yang sangat sempoi, anne serta leya, azharina, the devine masters yang tak ada orang kenal sebab rupa tak cam artis tapi sangat baik dan mesra serta penuh dengan senyuman.. tabikla.. dapat bergambar dengan stacy sebaik sahaja dia turun pentas, dapat menegur aizat before dia perform serta bergambar bersama estrange..

8. mawi dan ekin serta bodyguard dia sangat sombong.. mawi tak nak toleh pon kat peminat yang nak bergambar dengan dia.. dia buat bodoh je.. mentang-mentang dah popular lupa diri la tuh..

9. tapi sayang FK tak sempat jumpa bunkface sebab kitorang kena masuk bergilir-gilir takleh masuk sekali semua..

10. FK tak sempat nak beli apa-apa sovenir sebab syok sangat menari-nari tengok konsert..

11. on da way nak balik tu terjumpa aizat, jinbara, the devine masters yang so cool serta humble kat R&R Ayer Keroh sebab rupanya bas artis jugak berhenti rehat kat situ..

12. walaupon FK pergi ke bigjam sorang tanpa kawan2 tapi FK dapat jumpa kawan-kawan baru yang sangat cool serta sempoii..

13. dan FK pegi sana tak bawak kamera hanya berbekalkan kamera henset, so FK tumpang je kamera budak-budak ni.. nanti korang email la ek gambar tu ye..

14. walaupon pegi satu hari je tapi tengok bape banyak artis yang FK jumpa dalam sehari.. seronok sangat..

15. Terima Kasih Hotfm.. tahun depan jemput kitorang lagi.. takyah recruit orang baru..

2 comments:

Tanpa Nama 5 Mac 2009 pada 7:50 PTG  

ini budak tau enjoy aje..org soh keje die wat blog..siut tol ko pat!

Firdaus Kamaruzaman 6 Mac 2009 pada 5:47 PTG  

sapekah??

Related Posts with Thumbnails