satu perspektif baru

selama ini mungkin kita semua termasuk FK sendiri mempunyai satu pandangan serong terhadap komunis dan pejuang pejuang komunis seperti chin peng dan juga shamsiah fakeh, tetapi setelah membaca buku karangan shamsiah fakeh yang bertajuk memoir shamsiah fakeh: dari awas ke rejimen ke-10 terbitan universiti kebangsaan malaysia telah memberi satu perspektif baru kepada FK tentang komunis atau Parti Komunis Malaya (PKM)

membaca buku tentang sejarah bukanlah satu benda yang digemari oleh orang orang zaman kini termasuklah FK sendiri, tetapi atas gerak hati kecil ini yang mahu membaca buku ini yang dipinjam teman sebilik yang menjadi bahan kajian bagi matapelajaran Malaysian Studies telah membuatkan buku setebal 142 muka surat ini sangat menarik dan habis dibaca dalam masa satu hari sahaja.

shamsiah fakeh yang lahir pada 1924 dari kuala pilah, negeri sembilan adalah seorang pejuang kemerdekaan seperti tokoh tokoh kemerdekaan yang lain seperti tunku abdul rahman dan juga dato onn jaafar. jadi mengapa perlu kita membencinya tanpa kita sendiri mengetahui hal yang sebenarnya.

perjuangan politik shamsiah fakeh bermula sebagai ketua bahagian wanita PKMM (iaitu parti berhaluan kiri yang dipimpin oleh dr.burhanudin al-helmy yang mempunyai moto perjuangan 'merdeka') selepas tan sri aishah ghani yang kemudiannya menyertai umno. PKMM serta parti parti berhaluan kiri yang lain memperjuangkan kemerdekaan. pada masa ini persatuan sayap kiri sangat popular dikalangan rakyat kerana memperjuangkan kemerdekaan.

manakala umno pada masa itu adalah parti berhaluan kanan dengan moto perjuangan 'hidup melayu' yang bekerjasama dengan british menentang persatuan sayap kiri yeng menentang penjajah pada masa itu. oleh sebab itu, tiada pemimpin dan ahli umno yang ditangkap dan dipenjarakah oleh british sepertimana pejuang pejuang dari persatuan sayap kiri.

namun setelah penjajah british megisytiharkan perintah darurat dan menentang persatuan sayap kiri termasuk PKMM dan juga PKM dan mengharamkannya menyebabkan pejuang2 sayap kiri ini lari ke dalam hutan kerana hidup mereka tidak lagi selamat dan sentiasa menjadi buruan british untuk dibunuh. pada masa ini orang orang kampung yang menyokong perjuangan parti sayap kiri ini atau dengan nama yang telah diburukkan oleh british sebagai pengganas komunis tetap memberi sumbangan bekalan makanan kepada pejuang yang tinggal didalam hutan. dan untuk menyekat sokongan penduduk kampung ini, mereka telah dikurung dan dikawal rapi oleh british.

jadi sewaktu parti haluan kiri ini telah diharamkan, tinggal umno sahaja menjadi parti yang dominan kerana tiada parti yang menentang. lalu mereka telah menukar moto mereka dari 'hidup melayu' kepada 'merdeka'. perjuangan umno dan komunis kini sama sahaja iaitu ingin menuntut kemerdekaan dari british tetapi caranya sahaja yang berbeza. umno lebih kepada cara diplomatik dan menurut manakala komunis memberontak serta memerangi penjajah. oleh itu, huru hara yang dibangkitkan oleh komunis tidak bolehlah dinafikan sebagai salah satu punca yang mendorong kepada kemerdekaan negara kita.

shamsiah fakeh dan suami telah ditugaskan oleh PKM untuk sambung belajar di china dan bermulalah episod hidup shamsiah fakeh merempat dinegeri orang dari tahun 1957 sehingga tahun 1994 apabila dia telah pulang ke malaysia setelah mendapat izin dari perdana menteri pada ketika itu iaitu, Tun Dr. Mahathir.

oleh kerana dasar luar yang diwarisi oleh Tunku Abdul Rahman dari penjajah yang memerangi komunis dan PKM diseluruh dunia menyebabkan shamsiah fakeh dan pejuang pejuang lain tidak dapat pulang ke tanah air. perjuangan komunis adalah untuk menentang penjajah bukan menentang kerajaan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman selepas merdeka namun kerana beliau meneruskan fahaman anti-komunis dari british dan memerangi komunis berlakulah perang saudara didalam negeri sendiri.

tetapi dasar luar yang memerangi komunis dan negara negara PKM seperti china telah sedikit demi sedikit diubah sejak zaman perdana menteri kita yang kedua lagi sehingga termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan malaysia dan kerajaan thailand di hadyai pada 1989.

oleh itu, kita semua harus mengenali sejarah negara kita supaya kita tidak hanya memandang dari satu sudut sahaja dan dapat membuat pertimbangan yang matang setelah mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi. sesungguhnya shamsiah fakeh adalah pejuang kemerdekaan yang patut kita hormati.

psst: wajarkah chin peng dibenarkan kembali ke malaysia? kena baca kisah dari perspektif chin peng pula lah..

sahabat, kau aku nyanyikan lagu kita kerana hanya kau yang mampu pergi.. fikirlah..

ha! panjang tak tajuk kali ini. kalau anda pandai comfirm anda dah tahu pasal apa. tu la lagu lagu aizat yang popular. sebab apa ek? sebab malam ni aizat perform di convofair utp ni, so FK dah siap sedia hafal lagu lagu aizat ni sebagai persiapan nak naik stage nyanyi sama ngan aizat. siap ada sepanduk lagi k. berkobar kobar.

psst: semoga malam ni tak hujan supaya dapat enjoy performance aizat.

skolar tak masuk masuk lagi.. sucks weh..

fyi, kami student student utp batch july05 iaitu batch yang baru balik intern belum dapat scolar lagi walaupon sekarang dah 15 ogos.. dah tengah bulan wei tak masuk masuk lagi.. rumors said that scolar akan masuk selepas result intern kuar which is so sucks and sellfish sebab result intern kuar lambat.. maybe lagi 2, 3 weeks.. so diorang nak process lagi.. so maybe tak ada scolar sampai lagi sebulan..camtu? gila weii.. ini kerja gila wei..

kebanyakkan orang pun sekarang duet tinggal 20,30 sen je nak tunggu lagi sebulan. jangan kata maggi, pasir pon belum tentu mampu nak beli.. so lepas ni ramai la budak budak yang jual body segala.. sampai ada member FK willing nak jual boxer baru pakai sebulan dia tu dengan harga rm10 kalau nak yang ada bau so mahal sket la.. nak beli?

tapi hopefully bijak pandai yang bertugas di esu tu dapat berfikir dengan waras. utamakan kebajikan kami bagi mengelakkan kenaikkan kes kejatuhan moral dan kadar jenayah di utp..

psst: hopefully isnin ni masuk k. mari doa sama sama..

Elakkan Homoseksual dan Onani bagi mencegah H1N1

Ha. Tak terkejut dengan tajuk blog FK kali ni? haha. Oleh kerana UTP baru je di buka semula selepas seminggu di tutup gara gara H1N1, so kali ni FK nak kongsi dengan anda semua cara cara nak mencegahnya selain daripada kerap mencuci tangan, pakai topeng dan elakkan berada di tempat yang sesak.

artikal yang dipetik dari bernama ini menjelaskan segalanya..

Unconventional Methods To Prevent Influenza

By Sajad Hussein

KUALA LUMPUR, Aug 9 (Bernama) -- Avoiding masturbation and homosexual activities are among preventive measures one could take against Influenza A (H1N1), according to an eminent practitioner of complimentary therapy.

Dr. V. M. Palaniappan said that such activities caused the body to develop friction heat which in turn, produced acid and made the body hyperacidised.

"Thus, the body becomes an easy target for H1N1 infection," he told Bernama, emphasising however, that normal sexual union between members of the opposite sex was absolutely safe.

The former associate professor of ecology at Universiti Malaya has authored several books on complementary therapy called, 'Ecological Healing System'.

Dr Palaniappan said his 33 years of research had shown that high acidity in the body resulted in loss of immunity, thus making people more susceptible to viral diseases like Influenza A (H1N1).

Hence, to prevent acidity, it was essential to consume alkaline food and drinks that could neutralise excess acid in the body.

Dr Palaniappan recommends coconut water, which is alkaline, and therefore could be used as a herbal medicine for the prevention of H1N1.

For example, he said, those who felt feverish and developed a burning sensation while attending to a call of nature because of extreme acidity, could neutralise it by drinking coconut water, twice a day, for three days.

He also recommended orange, lemon and pomelo which, despite containing citric acid, were very rich in potassium and therefore, would not disturb the body's immunity.

According to Dr Palaniappan, excessive physical activity like running a marathon should be avoided as it produced acid due to excessive metabolic activity.

Similarly, he said, keeping late nights without adequate sleep and working without proper rest could also increase the body's acidity which in turn, lowered immunity and made the body vulnerable to viral attacks.

Dr Palaniappan's blog: http://ecohealingsystem.blogspot.com/ discusses the therapy in more detail.

-- BERNAMA

psst: ha, gersang la tuh..

Related Posts with Thumbnails