satu perspektif baru

selama ini mungkin kita semua termasuk FK sendiri mempunyai satu pandangan serong terhadap komunis dan pejuang pejuang komunis seperti chin peng dan juga shamsiah fakeh, tetapi setelah membaca buku karangan shamsiah fakeh yang bertajuk memoir shamsiah fakeh: dari awas ke rejimen ke-10 terbitan universiti kebangsaan malaysia telah memberi satu perspektif baru kepada FK tentang komunis atau Parti Komunis Malaya (PKM)

membaca buku tentang sejarah bukanlah satu benda yang digemari oleh orang orang zaman kini termasuklah FK sendiri, tetapi atas gerak hati kecil ini yang mahu membaca buku ini yang dipinjam teman sebilik yang menjadi bahan kajian bagi matapelajaran Malaysian Studies telah membuatkan buku setebal 142 muka surat ini sangat menarik dan habis dibaca dalam masa satu hari sahaja.

shamsiah fakeh yang lahir pada 1924 dari kuala pilah, negeri sembilan adalah seorang pejuang kemerdekaan seperti tokoh tokoh kemerdekaan yang lain seperti tunku abdul rahman dan juga dato onn jaafar. jadi mengapa perlu kita membencinya tanpa kita sendiri mengetahui hal yang sebenarnya.

perjuangan politik shamsiah fakeh bermula sebagai ketua bahagian wanita PKMM (iaitu parti berhaluan kiri yang dipimpin oleh dr.burhanudin al-helmy yang mempunyai moto perjuangan 'merdeka') selepas tan sri aishah ghani yang kemudiannya menyertai umno. PKMM serta parti parti berhaluan kiri yang lain memperjuangkan kemerdekaan. pada masa ini persatuan sayap kiri sangat popular dikalangan rakyat kerana memperjuangkan kemerdekaan.

manakala umno pada masa itu adalah parti berhaluan kanan dengan moto perjuangan 'hidup melayu' yang bekerjasama dengan british menentang persatuan sayap kiri yeng menentang penjajah pada masa itu. oleh sebab itu, tiada pemimpin dan ahli umno yang ditangkap dan dipenjarakah oleh british sepertimana pejuang pejuang dari persatuan sayap kiri.

namun setelah penjajah british megisytiharkan perintah darurat dan menentang persatuan sayap kiri termasuk PKMM dan juga PKM dan mengharamkannya menyebabkan pejuang2 sayap kiri ini lari ke dalam hutan kerana hidup mereka tidak lagi selamat dan sentiasa menjadi buruan british untuk dibunuh. pada masa ini orang orang kampung yang menyokong perjuangan parti sayap kiri ini atau dengan nama yang telah diburukkan oleh british sebagai pengganas komunis tetap memberi sumbangan bekalan makanan kepada pejuang yang tinggal didalam hutan. dan untuk menyekat sokongan penduduk kampung ini, mereka telah dikurung dan dikawal rapi oleh british.

jadi sewaktu parti haluan kiri ini telah diharamkan, tinggal umno sahaja menjadi parti yang dominan kerana tiada parti yang menentang. lalu mereka telah menukar moto mereka dari 'hidup melayu' kepada 'merdeka'. perjuangan umno dan komunis kini sama sahaja iaitu ingin menuntut kemerdekaan dari british tetapi caranya sahaja yang berbeza. umno lebih kepada cara diplomatik dan menurut manakala komunis memberontak serta memerangi penjajah. oleh itu, huru hara yang dibangkitkan oleh komunis tidak bolehlah dinafikan sebagai salah satu punca yang mendorong kepada kemerdekaan negara kita.

shamsiah fakeh dan suami telah ditugaskan oleh PKM untuk sambung belajar di china dan bermulalah episod hidup shamsiah fakeh merempat dinegeri orang dari tahun 1957 sehingga tahun 1994 apabila dia telah pulang ke malaysia setelah mendapat izin dari perdana menteri pada ketika itu iaitu, Tun Dr. Mahathir.

oleh kerana dasar luar yang diwarisi oleh Tunku Abdul Rahman dari penjajah yang memerangi komunis dan PKM diseluruh dunia menyebabkan shamsiah fakeh dan pejuang pejuang lain tidak dapat pulang ke tanah air. perjuangan komunis adalah untuk menentang penjajah bukan menentang kerajaan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman selepas merdeka namun kerana beliau meneruskan fahaman anti-komunis dari british dan memerangi komunis berlakulah perang saudara didalam negeri sendiri.

tetapi dasar luar yang memerangi komunis dan negara negara PKM seperti china telah sedikit demi sedikit diubah sejak zaman perdana menteri kita yang kedua lagi sehingga termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan malaysia dan kerajaan thailand di hadyai pada 1989.

oleh itu, kita semua harus mengenali sejarah negara kita supaya kita tidak hanya memandang dari satu sudut sahaja dan dapat membuat pertimbangan yang matang setelah mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi. sesungguhnya shamsiah fakeh adalah pejuang kemerdekaan yang patut kita hormati.

psst: wajarkah chin peng dibenarkan kembali ke malaysia? kena baca kisah dari perspektif chin peng pula lah..

1 comments:

Dolmar Desserts 27 Ogos 2009 pada 1:11 PTG  

panjang+padat+berisi.
Jom tgk blog baru aku.
walaupon x berisi sangat.

Related Posts with Thumbnails