ya ampun!!


ehem ehem.. mood serius.. diharap semua pembaca dapat membaca dengan nada yang serius kerana FK memang serius dan bukan main main.. kerana FK ingin membuat satu kenyataan maaf secara terbuka..

Saya, Firdaus Kamaruzaman atau dengan nama glamor FK, tunduk setunduk tunduknya serta membuang ego ke tepi dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada AHMAD KHUSYAIRY kerana telah bekomplot bersama 3 lagi ahli geng kain pelikat dan mengetuai mereka dalam membuat kenyataan yang pada pandangan AHMAD KHUSYAIRY adalah memalukan dan menjatuhkan reputasinya yang telah dibuat di laman facebook AHMAD KHUSYAIRY sekitar pukul 11.00 malam 23 jun lalu.

Sesungguhnya tindakan saya yang sungguh tidak bermoral dan tidak patut dicontohi oleh mana mana pihak itu adalah tiada niat untuk menjatuhkan air muka AHMAD KHUSYAIRY tetapi hanyalah sekadar suka suka di saat kebosanan.

Dengan ini, saya berjanji keadaan sebegini tidak akan berlaku lagi dimasa yang akan datang dan diharapkan permohonan maaf saya ini diterima oleh AHMAD KHUSYAIRY dengan ikhlas dan tiada dendam di hati. Sesungguhnya tidak baik kita berdendam sesama manusia bagi mengekalkan awet muda.

Terima Kasih.

psst: ok.. anda semua dah boleh tukar ke mood yang anda inginkan.

1 comments:

kucheye 29 Jun 2009 pada 10:15 PG  

ceh...buat kenyataan terbuka konon...still ade tercalit kat hati ni....luka x baik lg...hahaha~

Related Posts with Thumbnails