Isteriku

Perasaan aku sangat tenang dan bahagia. Maklumlah, aku sedang melalui fasa baru berumah tangga. Semuanya indah belaka. Walaupon gadis yang ku kahwini adalah pilihan keluarga, tapi gadis ini sungguh ayu dan cantik tanpa gagal menarik perhatianku. Aku terus jatuh cinta.

Malam itu ku habiskan saat saat indah bersamanya di kampung halamanku. Maka ramailah ahli keluarga ku yang menjadi wartawan melodi bersoal jawab dengan isteriku yang tercinta itu. Tutur suaranya, liuk lenggok badannya sangat menawan. Aku terasa bangga kerana dialah isteri ku.

Kemudian melangkah dia kepadaku dengan penuh sopan. Agaknya dapat dia merasai kerinduanku terhadap gelak manjanya walaupon dia hanya ada didepan mata. Aku bermesra dengannya. Dunia ini ku rasakan begitu indah. Terasa seperti aku berada di dalam syurga.

Tiba tiba, pintu bilikku di ketuk kuat. Tok tok tok. Sambil nama ku di laung laungkan.

Ku buka pintu dengan kadar segera. Ku lihat wanzul di depan bilik ku. Lalu dia berkata..

"pat, jom gi kelas CA jom. asal kau baru bangun ni?"

Alamak! Aku bermimpi rupanya. Segala yang indah indah hanya aku kecapi dalam sekelip mata saja. Kacau betul la wanzul ni.

2 comments:

hafizKAMID 28 Januari 2010 8:31 PG  

berangan jela ko ni

hafizKAMID 28 Januari 2010 8:31 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts with Thumbnails