Musim Panas Menjadi-jadi

Aku tak tau kenapa. Tapi musim panas sekarang ni menjadi jadi. Kat utp tanah gersang tu aku tak terasa sangat. Mungkin sebab kedudukan bilik aku yang sentiasa redup dan juga faktor bilik yang dikongsi hanya berdua serta tingkap dan kipas bilik yang sentiasa di buka 24jam.

Namun bila aku balik ke rumah aku yang terletak di daerah kuala pilah yang mendapat taburan hujan terendah di malaysia masa belajar geografi sekolah menengah dulu, panas dia menjadi jadi. Di tambah pula faktor rumah aku ni rumah teres yang bagi aku sistem pengudaraannya sangatlah tak tidak bagus serta kedudukan rumah yang disimbah tepat cahaya panas matahari di waktu petang.

Panas dan bahangnya tu hanya Allah yang tahu sampai tahap kipas dah dibuka yang paling laju dan sliding door tu di bukak seluas luasnya, namun panas nya tetap ada. Sampai tahap malam tadi aku tido di bilik belakang sambil buka tingkap seluas luasnya, dimana katil terletak disebelah tingkap.







Tapi, malam ni aku nak tido mana sebab port baik malam tadi dah takleh guna sebab adik pompuan aku dah balik. Bilik belakang tu bilik dia.

Tahan tahan.

2 comments:

Jazlin Ernida 12 Februari 2010 9:10 PTG  

kat sarawak pon panas. saaaaaaaangat panas. huhuh. memang musim panas kot.

Amar Amirah 15 Februari 2010 12:45 PTG  

ha, tido depan rumah pulak malam ni. boleh tengok bintang!

Related Posts with Thumbnails