Esok, 8 March, hari jadi ayah. Seingat aku, belum pernah aku mengucapkan selamat hari jadi pada ayah. Apatah lagi menyambutnya.
Bukan sebab aku tak sayang. Juga bukan sebab aku tak ingat. Cuma hubungan aku dan ayah tak rapat. Aku hanya bercakap dengan ayah apabila perlu sahaja. Sepatah ayah bertanya sepatah aku menjawab. Berpatah patah ayah bertanya, hanya beberapa patah aku menjawab.
Jadi mungkin sebab itu sukar untuk aku melafazkan ucapan itu. Terlalu malu mungkin. Aku pon hairan, adik beradik aku semuanya masa kecil ok je dengan ayah, bila dah besar rasa segan segan nak bercakap dengan ayah.
Untuk permulaan, walaupon hanya dalam blog, ingin aku mengucapkan,
SELAMAT HARI JADI, AYAH. ABANG SAYANG AYAH.
Jadi semperna hari jadi ayah yang ke-48, aku nak menulis 8 benda yang aku nak tulis tentang ayah.
- Dalam ic, ayah lahir pada 8 March 1962. Tapi kata ayah, ayah lahir lagi awal sebab masa tu atuk lambat daftarkan kelahiran ayah. Tarikh yang sebenarnya tak pernah pula aku tanya.
- Ayah anak ketiga dari empat adik beradik. Anak lelaki pertama. Jadi semua panggil ayah, Atan. Aku ingat mungkin sebab nama ayah panjang sangat, Kamaruzaman. Tapi emak kata, nama Atan tu sebab ayah yang paling manja sekali.
- Ayah aku ialah seorang cikgu. Dia masuk maktab perguruan lambat sebab mula mula ayah tak cukup layak untuk apply. Tapi ada satu tahun tu, kelayakan untuk guru lelaki dilonggarkan sebab kekurangan guru lelaki. Masa ayah masuk maktab tu aku baru umur 1 tahun.
- Masa darjah 1, aku sekolah dengan ayah di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Ayah tak ajar kelas aku, tapi ada satu hari tu, ayah jadi guru ganti kelas aku. Macam biasa dalam kelas aku panggil dia ayahla kan. Tapi dia marah, dia suruh panggil cikgu. haha. Owh ya. Jadi anak cikgu kat sekolah sangat popular ok. Rasa kacak je. Semua pelajar dan cikgu kenal. Pak guard, makcik kantin sume kenal la.
- Masa duduk KL, disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan masa tu gaji ayah dengan mak berapa je kan, ayah pernah bawak teksi sebagai kerja sampingan. Selalu lepas sekolah aku dengan adik aku ikut ayah bawak teksi. So selalu malam malam baru balik rumah.
- Lepas tu ayah berhenti bawak teksi sebab agaknya bahaya bawak aku ngan adik aku. Lagipon kalau tak bawak tetap kena bayar sewa teksi kan. Ayah beli van jual beras pulak. So selalu la kitorang pegi sekolah duduk atas longgokan beras berkampit kampit.
- Dalam akhir tahun 1998 kitorang pindah kampung. Masa aku form 1 agaknya ayah buat bisness PA system ngan karoke untuk majlis kawin. Dengan sewa kereta jugak. Bisness PA system tu untuk beberapa tahun je kot lepas tu ayah berenti. Maybe sebab penat dan tak untung sangat kot. Lagipon dia sorang je. Kalau ada event baru upah orang. Gigih kan ayah aku.
- Sekarang ayah aku sekolah kat sekolah yang ada orang asli. Anak murid aku ada yang dah tua tua tetap jadi anak murid ayah aku. Isteri tok batin pon student ayah aku ya.
Itulah ayah aku. Walaupon dia tak sesempurna macam ayah orang lain, dia tetap ayah aku. Dan aku sayang ayah aku.
1 comments:
oh baru tau.aku pon nk citer pasal bapak aku time besay die nanti
Catat Ulasan