Bola Sepak

Hari ni aku nak tulis pasal bola sepak. So, please pay attention. Wah. Sebab bukan senang seorang yang tak minat bola sepak dan juga kaki bangku macam aku ni nak tulis pasal bola sepak. Bola lain takpe.

Bukan apa, pengalaman aku dengan bola sepak ni pon ada bape kerat je pon. Antaranya:

Masa kecik kecik dulu kalau ikut ayah aku gi tengok bola kat stadium, selain aku tengok orang yang lalu lalang jual burger, air dan juga kacang, aku juga tengok jam di hujung padang. Kira bape lama lagi game nak habis. Bosan ok.

Masa sekolah rendah pula, asal time pendidikan jasmani je cikgu suruh yang lelaki ni pegi main bola sepak kat padang. Jadi untuk orang yang tak minat bola macam aku ni takkan nak beria kejar bola kan, baik aku borak borak dengan goal keeper as if aku ni defender la kan. Pastu keeper tu leka lalu gollll. haha. Jadi, salahkan sistem pendidikan kita yang menyebabkan ramai budak budak jadi gemuk sebab mereka tak minat main bola sepak. Cuba dari sekolah rendah dia develop minat main ping pong ke, badminton ke, kan kan.

Aku bukan apa, aku takleh masuk la bila kena tengok orang ramai ramai terkejar kejap bola tu. Boring boring. Sama je pon cara main. Pastu bukan nampak sangat pon bola tu, sebab padang tu kan besar. Lagi pon setakat 90 minit main 2,3 gol je yang masuk bapak bosannya. Not worth to watch. Better aku tunggu result je, sama je kan.

Jauh pulak aku menyimpang, bukan itu main point yang aku nak tulis sebenarnya. Masa aku mandi tadi, aku terfikir, apa sebab orang Malaysia menyokong satu satu team yang main kat Liga Inggeris tu? Apa buat ada orang sokong MU, ada orang sokong Chelsea, ada orang sokong Liverpool. Sebab apa?

Kalau team Malaysia, orang sokong ikut negeri. Kalau orang Perak sokong team Perak, orang Negeri Sembilan sokong Negeri Sembilan. Tu aku paham la kenapa ada orang sokong pasukan tertentu.

Masalahnya, orang Malaysia ni ada yang sokong Liverpool padahal dia bukan penduduk Liverpool pon. Lokasi tepat Liverpool pon dia tak tau kat mana. Pastu jadi die hard fan. Jadi apa sebab utama mereka menyokong.

Adakah sebab warna team. Contohnya Mr.X menyokong Chelsea sebab jersey dia warna biru, team lain lain sume pakai merah, tak menonjol. Lagi pon biru warna kegemaran Mr.X.

Ataupon sebab pilihan selamat, contoh pilihan selamat adalah Menchester United, ramai je yang nak sokong MU. Sebab kononnya MU ni paling popular la. Jadi fan dia ramai. Pastu jadi ikut ikutan tanpa tahu sebab sebenar minat MU.

Ke sebab menyokong pemain. Minat gila team ni sebab ada barisan pemain yang handal2. Ada encik X, encik Y, encik Z. Tu pon betul ke minat sebab cara pemainan, ke sebab pemain tu ada rupa sket, popular, berpengaruh, pastu minat gila gila kan.

Pastu ada la yang boo MU, boo Chelsea, siap ada group kat facebook "group membenci MU". Pastu kalau team pilihan tu kalah terus bad mood ni. Tak boleh kena tegur ni, esok pegi ofis senyap je semua. Macam la dia ada share dalam team tu. kan kan.

Sebab apa? sebab apa? sila komen dah bagi tahu aku sebab apa? tak paham nih.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails