gLee

Cepat cepat pergi tengok Glee. Glee besssttt. Dalam masa 24 jam, aku dah berjaya tengok Glee dari episode 1 sampai episode 15. Kau mampu?

Bagi aku, Glee lagi best dari High School Musical. Kalau nak bandingkan dengan Hotel Mania serta Kau Aku tu, macam langit dah bumi.


Jadi mari kita berkenalan dengan watak watak dalam Glee. Lelaki dalam kotak hijau kiri atas sekali tu nama dia Finn Hudson, dan gadis dalam kotak kuning sebelahnya itu ialah awek Finn, nama dia Quinn Fabray. Quinn ni mengandung dan Finn ni ingat anak dia tetapi sebenarnya baby tu anak lelaki 'kendu' dalam kotak merah kanan atas sekali. Nama dia Noah Puckerman.

Dalam masa yang sama, pompuan dalam kotak merah bawah sekali kanan tu yang bernama Rachel Berry suka dekat Finn. Rachel ni bajet dia diva dan dia paling berbakat plus dia ni anak kepada dua lelaki gay.

Lelaki gay dalam kotak biru sebelah Rachel tu nama dia Kurt Hummel dan mempunyai vocal yang sangat mantap sebab dapat sampai ke note F Sharp. Dia ni pon pernah suka dekat Finn Hudson.

Gadis gemuk dalam kotak kuning tengah tengah kiri pula nama dia Mercedes Jones. Walaupon gemuk, suara dia mantap sekali. Manakala gadis dalam kotak merah dibawah Mercedes tu nama dia Tina Cohan-Chang. Tina ni bercinta dengan Artie Abrams, lelaki yang pakai cermin mata dalam kotak tengah kanan. Artie ni lumpuh sebab dia kemalangan jalan raya masa umur 8 tahun.

Mereka semua ni adalah ahli Glee Club. Lelaki dalam kotak yang tengah tengah tu cikgu kelab tu. Nama dia William Schuester manakala perempuan tu nama dia Sue Sylvester. Sue ni selalu je nak sabotag Glee club sebab dia rasa tergugat dengan Glee Club.

Ah, tengok je la. Cite ni best.



Ni pulak gambar gambar pelakon Glee versi UTP. haha. Sweet memories with blue team masa family day EE hari tu.


4 comments:

kerabatASTANA 23 April 2010 1:47 PG  

WOW!! cAYALAah Pat!!
*btw,tgk iklan dkat starWorld- kate bulan May ni kuaw season baru! So- check it out!!

Firdaus Kamaruzaman 23 April 2010 4:14 PG  

wow kerabatASTANA.. peminat glee jugak ke?

biskott 23 April 2010 8:07 PG  

setuju!glee best!!!!!

kerabatASTANA 27 April 2010 9:17 PTG  

hohohoooe.mestilah!!evryweek layan kot! genius musical drama eva!! x sabar nak tggu nex season!hahahaha

Related Posts with Thumbnails