Pukul 4.38 Pagi

Jam sudah menunjukkan pukul 4.38 pagi. Sudah sejam lebih aku menggolek-golekkan diri di atas katil, namum mataku ini masih lagi liat untuk dipejamkan.

Sudah berbagai-bagai posisi telah aku lakukan untuk memujuk mata ini untuk lelap. Namun hasilnya kini aku bangun menaip dalam blogku ini.

Duhai mata, lenalah dikau. Duhai badan, rehatlah dikau. Duhai minda, cukup cukupla berfikir. Kerana pukul 9 pagi nanti kita ada temu janji bersama lecturer Operation Management, kemudian pukul 10pagi bersama Dr.Rama Rao mengajar Power Electronics 2. Selepas itu, pukul 11 pagi pula bersama Doc Mat bagi subjek Cultural Anthropology.

Sudahlah, mari kita tidur. Dengan lena. Dibuai mimpi mimpi indah. Bersama bidadari bidadari syurga.

3 comments:

Unknown 6 April 2010 pada 10:13 PTG  

bangun tulis blog memang lagi tak boleh lena lah hehehe..

Firdaus Kamaruzaman 7 April 2010 pada 12:11 PG  

actually lepas mencoret rasa kat blog semalam, terus mata rasa ngantuk yang amat lepas tu tutup laptop, baring terus tidur lena.

bangun2 je terus terlepas date date bersama lecturer.. haha

Seri 13 April 2010 pada 5:30 PTG  

tido 1 nikmat. rugi2

Related Posts with Thumbnails