Mak Mak Jangan Main La, Brother!

Penah dengar ayat tu? FK yakin anda pernah dengar, tapi mesti tak tau dari mana kan. Ye lah, sekarang musim Avangers, movie movie melayu mana nak ada orang tengok.

Tu la dialog dari filem Chow Kit. Anda dah pergi menonton? FK sudah, hari pertama tayangan lagi. Pergilah tonton, tak rugi punya.

Sebuah filem yang mengisarkan kehidupan masyarakat di Chow Kit. Kisah tentang kanak kanak yang tidak bersekolah, seorang ibu yang melacur untuk mencari rezeki, seorang budak lelaki yang menjaga adiknya dengan penuh tanggungjawab walaupun hanya berumahkan kotak dibawah jambatan dan berayahkan penagih dadah, seorang anak yang sanggup buat apa saja untuk mencari wang perubatan ibunya, kisah sahabat yang melacurkan dirinya untuk mengelakkan sahabatnya dari dirogol.

Sebuah filem yang membuka mata.

Membuka mata bahawa tidaklah maju negara kita ini jika masih ada lagi masyarakat sebegini. Masyarakat yang hidup dalam kedaifan, tidak berumah.

Saya sudah, anda bila lagi?


0 comments:

Related Posts with Thumbnails