Yong Tau Foo Terbaeekkkk

Penah rasa Yong Tau Foo kat R&R Seremban Arah Utara? Sedap wooo. Kalau lalu situ mesti nak berhenti, dah lah orang nak beli tu beratur panjang. Dengan kat R&R Seremban tu umak aih punya lah ramai manusia, meja semua penuh. Walaupun begitu tetap ku gagahi jugak. Nak makan Yong Tau Foo punya pasal.

Anda boleh memilih pelbagai jenis kuih Yong Tau Foo dan meminta disediakan sama ada Yong Tau Foo Sup atau Yong Tau Foo kering. Dua dua terbaik.

Ahhh, tolong!! Saya nak Yong Tau Foo tapi susah nak pegi sebab kat R&R Seremban arah Utara. Takkan semata mata pegi Seremban, keluar tol lalu masuk balik highway dan singgah di R&R Seremban Arah Utara semata mata nak makan Yong Tau Foo kan.

Jadi ku pendam sahaja mengidam ku ini. Sekian.

p/s: Ahad depan nak singgah lagi lah.

Related Posts with Thumbnails