Skrin Putih

Telefon bimbit gua punya skrin jadi putih lepas gua terjatuhkannya masa gua tengah nak cepat pergi KFC Taman Maju yang servisnya macam cibai. Jadi sekarang ni gua tak dapat nak baca sms. Kalau orang call bolehla jawab tapi gua tak tau caller tu.









Tak bolehla gua nak baca sms yang dihantar gadis gadis untuk gua.

Pagi Hari Minggu

Sebelum tido tadi gua dah set jam pukul 10 pagi, cadangnya nak menonton cerita kegemaran gua di hari minggu. Ghost, Blogger Boy dan juga Melodi. Bukan apa, gua juga perlu tau tentang dunia hiburan ni. Gua kan artis.









Tapi gua bangun bangun je sudah pukul 1.30.. Melepas cerita kegemaran gua.

Cuti Cuti Malaysia

Member gua dari tadi meroyan ajak gua pergi cuti cuti Malaysia.. Eh bukan cuti cuti 1 Malaysia.. Katanya nak menenangkan fikiran.. Gua pon on aje tapi kena pilih location la dulu..

Member gua dengan excitednya pm gtalk gua. "FK, FK, 3 hari 2 malam dekat Langkawi RM12o je.." Cet apa barang guna FK. Tak ganas langsung. Guna Ehsan baru ganas. "Ehsan, Ehsan, 3 hari 2 malam dekat Langkawi RM120 je.."

Gua kata, "buat apa duk langkawi lama-lama.. belanja comfirm banyak punya.. lain lain.." Lalu gua hadir dengan satu cadangan yang agak bernas mengikut kotak fikiran gua, "kita pegi pangkor, dekat pon dekat.. boleh snorkelling, bosan bosan boleh mandi laut" cadangan gua dengan bangganya..

Tapi member gua ni membangkang, "Tak nak la tido tepi laut, panas. Kita pegi Cameron. Sejuk sikit, boleh tenangkan fikiran.."

Gua reply, "Alah, Cameron bukan ada apa pon.. Lagi pon kita baru je pegi hari tu.."

"Habes tu lu nak pegi mana?" Soal member gua. Jawab gua "Susah susah lu pegi tido je la dulu.. Sambil tu lu pikir nak pegi mana.. Esok lu bagi tau gua.."

Member gua sambung.. "Takpela takyah pegi mana mana.. Kita duduk bilik je la.."







Lalu gua pon tutup laman web cuti cuti malaysia, basuh kaki, tarik selimut. Tido.

Penyakit Susah Tidur

Gua kalau kepala banyak pikir memang susah gua nak tido. Penat macam mana pon kalau kepala tu asyik bepikir je memang susah gua nak tido.Tension betul. Entah apa benda yang gua fikir pon gua tak tahu. Yang gua tau dari tadi gua baring nak tido tak lelap lelap.






Agaknya, gua dah bosan tido sorang. Ada gadis buat peneman tido elok juga.

Tahun Baru

Tahun ni dah masuk tahun 2010. Dekad ke 2 dalam abad ke 21. Tahun ni juga tahun akhir gua sebagai seorang pelajar kejuruteraan elektrikal dan elektronik.

Dan juga genap umur gua 23 tahun ogos nanti. Bak kata orang, sudah elok benar kalau mahu berumahtangga. Kebetulan, masuk tahun baru ini hati gua sudah terbuka untuk seorang gadis.

Gadis tu tak perlu secantik dan sehot Fazura mahupun Taylor Swift. Cukup sekadar memahami gua dan juga menghormati famili gua.










Tapi sayang, mana ada gadis yang nak kan gua.

Tidak Bertajuk

Pernah tak semasa anda semua tengah memandu di jalan raya tiba tiba ada polis trafik datang dari belakang suruh anda ke tepi sebab ada 'orang besar' nak lalu? Kejadian ni baru berlaku semalam, tapi bukan pada FK tapi pada sebuah kereta lain.

Tepi tepi polis nak lalu.. tepiiiii

Ceritanya begini, kami tengah berhenti di traffic light, then ada polis trafik ni datang suruh pemandu kereta tu jalan. Dan pemandu tu pon kelam kabutla sama ada nak jalan terus atau hanya menyusur didepan kereta lorong sebelah sebab masa tu kereta dari arah lain di traffic light tu banyak, kalau jalan tak pasal pasal accident kan.

Dan dengan kurang hajarnya polis tu marah marah kat pemandu tu sebab dia lambat sikit. Tu antara situasi yang FK tak gemar bila ada polis trafik mengiringi 'orang besar'. Satu lagi situasi ialah bila kita nak masuk simpang pastu datangla polis ni suh kita ke tepi sebab mereka nak lalu sedangkan kalau kita ke tepi, sah sah kita terlepas simpang tu dah jauh gila tempat nak pusing.

Boleh tak sebelum jalan tu, tunjuk fuck kat polis tu?

Persoalannya sekarang, apakah keperluannya 'orang orang besar' ni di iringi polis trafik. Sudah tentu untuk menjaga keselamatan mereka kononnya mereka ini kerabat diraja dan juga pemimpin negara.

Tapi kalau pemimpin pemimpin rakyat ni lalu dijalan raya sebegini, macam mana mereka nak tahu situasi sebenar jalan tersebut. Padanla jalan jalan kat malaysia ni banyak lubang lubang, traffic jam tak tentu arah, jalan teruk. Ni semua sebab pemimpin negara tak tahu keadaan sebenar jalan tu.

Contohnya, sangatla tidak logik perjalanan dari kuala pilah ke seremban yang hanya lebih kurang 40km mengambil masa lebih dari sejam sebelum jalan baru yang menggantikan jalan bikit putus siap dibina sedangkan seri menanti, bandar diraja negeri sembilan terletak di kuala pilah. Adakah semua kerabat diraja diiringi polis?

Lalu, FK nak cadangkan kepada pemimpin negara dan juga kerabat diraja untuk memandu sendiri dijalan raya di Malaysia untuk mereka tahu, bagaimana terseksanya pengguna jalan raya di Malaysia ni lebih lebih lagi di kawasan luar bandar.

Alah, bukan ada orang nak tembak pon kalau memandu sendiri kalau kita baik dan membuat perkara yang betul. Lainla kalau takut sebab asyik buat benda yang jahat dan menganiaya orang lain serta tamak barulah perlukan pengawasan polis.

Buat apala I nak naik kereta, baik I naik flight, I kan Manohara.

psst: Buat apa mereka nak susah susah naik kereta kalau boleh naik helikopter.

Si Seksi Sumo

Anda semua penah tak nampak ahli sumo yang seksi berebut rebut untuk menaiki sebuah kereta mr.bean hijau sampai berhimpit himpit perut berlaga perut, punggung berlemak tertepek di tingkap.

Tengok! Ahli sumo pon pandai ballet. Korang tak pitam?

Itulah rupanya iklan milo fuze 3 in 1 yang kian hangat disiarkan semasa slot slot iklan di tv. Pendek kata motif iklan itu ialah ingin menunjukkan yang milo fuze 3 in 1 yang dijual di pasaran ni sangat padat lalu amatlah berbaloi jika membelinya.

Tak ngamuk ke Mr.Bean nanti bila kereta dia dah penuh dengan bau kentut ahli ahli sumo tu?

Tapi bagi FK, isilah padat mana pon kalau bekasnya kecil, sikit juga isi milo tu. Cadangannya, isikan saja milo tu dalam lori. Lagilah berbaloi-baloi.

Best jugak kan kalau lori yang bawak milo tu terbalik kat tengah jalan.. Sebulan tak payah beli milo..

psst: apa cerita cuti-cuti begini.. meng'sumo'kan badan ke?

Help Me!


Dua bulan yang lalu FK telah membuat keputusan untuk berhenti menulis blog. Tetapi apa tujuan FK mencoret di sini? Sejak akhir-akhir ini, keinginan FK untuk menulis blog sangat meluap-luap. Banyak saja idea yang datang.

Sebenarnya, FK ingin kembali aktif menulis blog. Tetapi FK ingin menukar layout dan banner yang lebih menarik serta da bomb. Masalahnya, FK tak reti. Orang kata google saja layout blogspot sebab berlambak-lambak. FK dah search tapi tak reti nak guna.

Jadi, FK perlukan bantuan anda semua untuk menukar layout dan banner blog ni yang lebih menawan. Tolong eh..

psst: buat pertandingan mereka layout dan banner untuk FK-Zone pon best gak kan.. sapa yang terpilih adalah habuannya..

Izinkan Ku Pergi


Setelah FK fikirkan semasak masaknya, dan telah mencapai kata putus, FK akan berhenti menulis blog berkuatkuasa serta merta. namun FK tidak akan menutup blog ini kerana sungguh banyak memori sepanjang FK menjadi penulis blog. Jadi tulisan tulisan FK ini akan menjadi kenangan buat FK selamanya.

Keputusan ini dibuat setelah FK lihat sudah lama FK tidak mengemaskini blog FK ini dan juga tiada tulisan tulisan bernas yang FK hasilkan dalam sebulan dua yang lalu ini, lalu lebih baik FK isytiharkan untuk berhenti menulis blog sahaja.

Namun, jika ada masa lapang dan idea yang bernas yang ingin FK kongsikan dengan anda semua pada masa yang akan datang, mungkin FK akan menulis semula.

Sekian, salam sayang dari FK dan selamat berpuasa dan selamat hari raya buat semua.

psst: kepada penulis penulis blog diluar sana, FK harap anda semua dapat menulis dengan ayat yang sempurna dalam bahasa melayu mahupun inggeris. sila jangan rosakkan bahasa kita.

satu perspektif baru

selama ini mungkin kita semua termasuk FK sendiri mempunyai satu pandangan serong terhadap komunis dan pejuang pejuang komunis seperti chin peng dan juga shamsiah fakeh, tetapi setelah membaca buku karangan shamsiah fakeh yang bertajuk memoir shamsiah fakeh: dari awas ke rejimen ke-10 terbitan universiti kebangsaan malaysia telah memberi satu perspektif baru kepada FK tentang komunis atau Parti Komunis Malaya (PKM)

membaca buku tentang sejarah bukanlah satu benda yang digemari oleh orang orang zaman kini termasuklah FK sendiri, tetapi atas gerak hati kecil ini yang mahu membaca buku ini yang dipinjam teman sebilik yang menjadi bahan kajian bagi matapelajaran Malaysian Studies telah membuatkan buku setebal 142 muka surat ini sangat menarik dan habis dibaca dalam masa satu hari sahaja.

shamsiah fakeh yang lahir pada 1924 dari kuala pilah, negeri sembilan adalah seorang pejuang kemerdekaan seperti tokoh tokoh kemerdekaan yang lain seperti tunku abdul rahman dan juga dato onn jaafar. jadi mengapa perlu kita membencinya tanpa kita sendiri mengetahui hal yang sebenarnya.

perjuangan politik shamsiah fakeh bermula sebagai ketua bahagian wanita PKMM (iaitu parti berhaluan kiri yang dipimpin oleh dr.burhanudin al-helmy yang mempunyai moto perjuangan 'merdeka') selepas tan sri aishah ghani yang kemudiannya menyertai umno. PKMM serta parti parti berhaluan kiri yang lain memperjuangkan kemerdekaan. pada masa ini persatuan sayap kiri sangat popular dikalangan rakyat kerana memperjuangkan kemerdekaan.

manakala umno pada masa itu adalah parti berhaluan kanan dengan moto perjuangan 'hidup melayu' yang bekerjasama dengan british menentang persatuan sayap kiri yeng menentang penjajah pada masa itu. oleh sebab itu, tiada pemimpin dan ahli umno yang ditangkap dan dipenjarakah oleh british sepertimana pejuang pejuang dari persatuan sayap kiri.

namun setelah penjajah british megisytiharkan perintah darurat dan menentang persatuan sayap kiri termasuk PKMM dan juga PKM dan mengharamkannya menyebabkan pejuang2 sayap kiri ini lari ke dalam hutan kerana hidup mereka tidak lagi selamat dan sentiasa menjadi buruan british untuk dibunuh. pada masa ini orang orang kampung yang menyokong perjuangan parti sayap kiri ini atau dengan nama yang telah diburukkan oleh british sebagai pengganas komunis tetap memberi sumbangan bekalan makanan kepada pejuang yang tinggal didalam hutan. dan untuk menyekat sokongan penduduk kampung ini, mereka telah dikurung dan dikawal rapi oleh british.

jadi sewaktu parti haluan kiri ini telah diharamkan, tinggal umno sahaja menjadi parti yang dominan kerana tiada parti yang menentang. lalu mereka telah menukar moto mereka dari 'hidup melayu' kepada 'merdeka'. perjuangan umno dan komunis kini sama sahaja iaitu ingin menuntut kemerdekaan dari british tetapi caranya sahaja yang berbeza. umno lebih kepada cara diplomatik dan menurut manakala komunis memberontak serta memerangi penjajah. oleh itu, huru hara yang dibangkitkan oleh komunis tidak bolehlah dinafikan sebagai salah satu punca yang mendorong kepada kemerdekaan negara kita.

shamsiah fakeh dan suami telah ditugaskan oleh PKM untuk sambung belajar di china dan bermulalah episod hidup shamsiah fakeh merempat dinegeri orang dari tahun 1957 sehingga tahun 1994 apabila dia telah pulang ke malaysia setelah mendapat izin dari perdana menteri pada ketika itu iaitu, Tun Dr. Mahathir.

oleh kerana dasar luar yang diwarisi oleh Tunku Abdul Rahman dari penjajah yang memerangi komunis dan PKM diseluruh dunia menyebabkan shamsiah fakeh dan pejuang pejuang lain tidak dapat pulang ke tanah air. perjuangan komunis adalah untuk menentang penjajah bukan menentang kerajaan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman selepas merdeka namun kerana beliau meneruskan fahaman anti-komunis dari british dan memerangi komunis berlakulah perang saudara didalam negeri sendiri.

tetapi dasar luar yang memerangi komunis dan negara negara PKM seperti china telah sedikit demi sedikit diubah sejak zaman perdana menteri kita yang kedua lagi sehingga termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan malaysia dan kerajaan thailand di hadyai pada 1989.

oleh itu, kita semua harus mengenali sejarah negara kita supaya kita tidak hanya memandang dari satu sudut sahaja dan dapat membuat pertimbangan yang matang setelah mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi. sesungguhnya shamsiah fakeh adalah pejuang kemerdekaan yang patut kita hormati.

psst: wajarkah chin peng dibenarkan kembali ke malaysia? kena baca kisah dari perspektif chin peng pula lah..

Related Posts with Thumbnails