Keliru

Keliru betul bila ada 2 Hakim ada dalam kelas Power Electronic 2 sem ni. Kang nak tegur kang takut silap orang. Bila tak tegur kang kata aku sombong.

Haih.. Keliru keliru.

Kad Matrik Sebagai Aksesori

Sedang aku dan hilal bergegas ke kelas Operation Management pagi tadi kami ternampak segerombolan pak guard sedang mengusha kesalahan kesalahan pelajar di Poket D.

Aku pon apa lagi. Kasut check. Baju berkolar check. Kad matrik check. Rambut check. Hensem check. Lengkap. Tak ada yang kurang.

Dengan confidentnya aku dan hilal lalu disebelah pak guard tu. Kelihatan juga beberapa orang pelajar yang kantoi tak pakai kad matrik.

Tiba tiba..

Aku terdengar seorang junior lelaki gempal berbaju merah berseluar slack hitam yang berjalan kehadapan sedikit dari aku berkata kepada kawannya.

"Nasib aku pakai kad matrik tadi.. sebab tadi aku tengok baju aku ni kosong sokmo.."







Pitam. Sejak bila kad matrik jadi aksesori fesyen.

Ilham dan Cerita

Untuk menulis blog, aku perlukan ilham dan juga cerita. Ilham yang membentuk rupa dan aliran penulisan sesuatu post manakala cerita adalah content post itu.

Ia ibarat lagu dan irama, aur dan tebing, isi dan kuku, siang dan malam. Saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Setiap post memerlukan kedua dua elemen ini. Jika kurang, maka tidak akan terhasil post itu.

Sehari dua ni, aku punya cerita tetapi aku tidak punya ilham. Banyak cerita yang ingin aku kongsikan tetapi cerita itu susah untuk dizahirkan melalui tulisan.







Aku belum bersedia memulakan sem baru walaupon sudah seminggu berlalu.

Ah Ah Ah.. Lega

Adakah anda kaki shopping?

Ataupon selalu lepak lepak di shopping complex

dan kerap terasa lenguh dan penat badan

kami ada penyelesaiannya..

gunakanlah kerusi urut berbayar

3 minit RM1

15 minit RM5

30 minit RM10

dijamin dapat membuatkan ada rasa lebih

relex,



nyaman,



dan bertenaga


untuk shopping semula

hanya di

Ipoh Parade

*tertakhluk pada terma dan syarat







tetiba aku tolong promote kan pulak kan..

Ipoh

Aku baru balik dari Ipoh. Aku pergi nak main boling. Pergi semula sebab semalam kecewa tak dapat main boling. Semalam lane penuh sebab ada tournament. Aku pegi dengan roomate aku, hilal. berdua saja sebab yang lain tak nak ikut.

kitorang main 4 game tapi seperti biasa prestasi aku hampeh. tak ada satu game pon yang lebih 90 point. aku dah jatuh keliga E. tangan aku ni tak cukup kekar lagi agaknya.

pastu kitorang tengok movie. tengok Tooth Fairy lakonan The Rock tu. best jugak la walaupon badan dah penat penat.







esok cuti. nak berjalan mana pulak ek?

biskut

Yesterday, at career advisory talk by encik idham, he said that no requirement for ability test and structured interview for petronas scolar. thats mean all scolars are able to take the test.

Suddently today, when we check our name for the test slot, some of the name are not there including mine. pitam jap. macam biskut kejap ada kejap tak ada.

so how?






-yang hampa-

Isteriku

Perasaan aku sangat tenang dan bahagia. Maklumlah, aku sedang melalui fasa baru berumah tangga. Semuanya indah belaka. Walaupon gadis yang ku kahwini adalah pilihan keluarga, tapi gadis ini sungguh ayu dan cantik tanpa gagal menarik perhatianku. Aku terus jatuh cinta.

Malam itu ku habiskan saat saat indah bersamanya di kampung halamanku. Maka ramailah ahli keluarga ku yang menjadi wartawan melodi bersoal jawab dengan isteriku yang tercinta itu. Tutur suaranya, liuk lenggok badannya sangat menawan. Aku terasa bangga kerana dialah isteri ku.

Kemudian melangkah dia kepadaku dengan penuh sopan. Agaknya dapat dia merasai kerinduanku terhadap gelak manjanya walaupon dia hanya ada didepan mata. Aku bermesra dengannya. Dunia ini ku rasakan begitu indah. Terasa seperti aku berada di dalam syurga.

Tiba tiba, pintu bilikku di ketuk kuat. Tok tok tok. Sambil nama ku di laung laungkan.

Ku buka pintu dengan kadar segera. Ku lihat wanzul di depan bilik ku. Lalu dia berkata..

"pat, jom gi kelas CA jom. asal kau baru bangun ni?"

Alamak! Aku bermimpi rupanya. Segala yang indah indah hanya aku kecapi dalam sekelip mata saja. Kacau betul la wanzul ni.

Mandi Manda di Bukit Merah

lebih 100 kilometer

dengan hanya bermodalkan 50 ringgit seorang

hanya 25 ringgit tiket masuk

planning mendadak kurang dari 6 jam

idea timbul lebih kurang pada pukul 4 pagi di mapley

bertolak pukul 10 pagi

dengan 4 peserta yang cool habes

aku. mino. pullah. syah

telah meneruskan perjalanan ke

bukit merah laketown resort


pada jumaat yang lepas

cool habes bukan.

mandi manda di wave lagoon yang wave dia lite lite je

lompat lompat dan tolak tolak sampai penat di giant wet bubble

bergelongsor di gelongsor air yang sangat laju dan best sampai main banyak kali tak puas puas

dan tidak dilupa gelongsor gergasi berbentuk U yang sangat curam dan menyeramkan

aku hanya naik sekali sampai tak mampu menjerit sampai terbeliak mata sebab takut sangat tu pon naik setelah dipaksa oleh rakan rakan

dan kami lakukan semua aktiviti ini berulang ulang kali sebab tak ramai orang, jumaat kan

dan tido selama 24 jam lebih sesampainya di utp

bangun bangun terus rasa sakit tengkuk dan perut macam lepas kena belasah sebab kacau anak dara orang.

amacam cool tak?







sori gambar takde sebab planning mendadak.

Meet Me Halfway Versi Melayu

Lagu Meet Me Halfway dari Black Eye Peas ni memang layan habes la. Tambah tambah part rapping yang gagap gagap tuh..


I spent my time just thinkin thinkin thinkin bout you
Every single day yes, i'm really missin' missin' you
And all those things we use to use to use to do
Hey girl, wuz up, it use to be just me and you


Then cuba korang bayangkan ada artis malaysia yang nyanyi lagu ni dalam versi melayu.. Macam ni lah lebih kurang lirik dia..


Hey, masa aku habis asyik asyik ingat kamu
Hari hari aku sangat sangat rindu kamu
Ingat benda kita kita buat dulu
waktu itu aku hanya ada kamu


Ha.. dah dapat bayangkan? Mesti geli kan.. haha

Teluk Batik

Pagi semalam aku dan member member aku memulakan perjalanan seawal pukul 5 pagi ke teluk batik untuk melihat matahari terbit. Sampai di lumut pukul 6 pagi. seterusnya bersarapan di tengah tengah pekan lumut. dah kenyang baru pergi teluk batik.

sampai teluk batik, aku rasa takut gila sebab gelap gila kat tepi pantai tu. tengah lepak lepak tu baru kitorang sedar yang kitorang takkan nampak matahari terbit sebab kitorang kat pantai barat. matahari terbit dari timur. kau gila nak tengok matahari terbit kat sebelah barat. kalau kitorang nampak matahari terbit masa tu terus ke masjid la jawabnya.

apa pon, kitorang still have fun sambil celup2 kaki dan tangkap2 gambar bogel buat kenang kenangan. ok itu tipu.







tetiba aku feeling survivor bila duduk kat tepi pantai pagi pagi macam tu..

Related Posts with Thumbnails