Tolonglah Jangan Dera Kanak Kanak

Tolonglah jangan dera kanak kanak. Kenapa ada orang yang sampai hati nak dera kanak kanak. Seronok ke dengar budak budak tu nangis melolong lolong kesakitan. Ke rasa puas dapat pukul kanak kanak.

Tolonggggla jangan dera kanak kanak.

Kalau tak suka kanak kanak ke marah dengan budak tu, lari jauh jauh. Jangan dekat. Kalau tak suka kanak kanak, jangan ngada ngada nak dekat dengan budak tu. jangan.

Arghhh, tolonglah ada kesedaran sikit.

Aku Sakit Gigi

Dah dua hari aku rasa sakit gigi. Tapi bukan constantly sakit. Kejap rasa sakit kejap tak rasa apa apa. Tu pon sakit sikit je.

So tadi aku pegi la klinik kesihatan Tronoh sebab hari ni klinik pergigian buka. Take note, klinik pergigian ni buka sebulan sekali je ye. Jadi pukul 8pagi aku dah sampai sebab takut ramai.

Tulis bukak pukul 8.30pagi, tapi pukul 9.oopagi baru doktor ngan nurse tu sampai. Pitamla, pegi minum dulu ke. Pastu bila diorang open registration counter je terus semua orang letak kad pengenalan ramai ramai. Hayo, dah tak ikut giliran dah sebab kad pengenalan tu dah berterabur. Ikut nasib la sape kena panggil dulu.

Tunggu diorang setup setup dulu pukul 9.45pagi baru orang pertama kena panggil. Sentapla klinik kerajaan di slow gila.

Masa tunggu tu aku tengokla ada makcik melayu ni cakap tamil dengan auntie india ni. Fasih ya. Sangat fasih. Pastu dengar dia cakap melayu, gaya dia cakap serupa gaya orang india cakap melayu. Ayo, makcik ni bahasa ibunda dia bahasa tamil ke. Letop.

Pastu aku nampak kurang dari 10minit, 6orang berturut turut keluar dari bilik doktor tu dengan gaya baru lepas cabut gigi. Tau tak gaya baru lepas cabut gigi. Maksudnya semua keluar gigit kapas. Bedebar jap aku, doktor ni main cabut ke semua gigi. Ada masalah je cabut kan.

Tunggu punya tunggu tibalah giliran aku nak jumpa doktor. Aku cakapla gigi geraham belah kiri bawah aku rasa sakit, tapi aku tak sure yang mana. Doktor tu check la gigi aku dengan pantas.

Pastu dia cakap gigi geraham awak yang hujung ni ada lubang sikit, pastu goyang sikit. Cabut eh. Lagipon gigi tu bukan guna sangat, kalau gosok gigi pon tak sampai sangat.

Pitam pitam pitam. Memang feveret dia cabut cabut gigi ni, walaupon goyang sikit dengan belubang sikit. Tapi aku tak bagi, perlu ke bagi senang2 je cabut gigi. Aku muda lagi kot.

Pastu dia check kat satu satu gigi, dia tanya ni ke yang sakit? Tapi semua aku cakap tak. Aku cakap aku sakit sikit je tu pon kadang kadang. Bukan sentiasa sakit.

Dia tanya masa makan sakit ke? Aku cakap tak. Dia tanya lagi masa baru bangun tido sakit ke? Ha, tu memang rasa sakit.

Pastu dia bagi tau la tu bukan sebab sakit gigi tapi sebab stress. Lalu aku bangun, mengucapkan terima kasih dan blah.

Aku pon blur kejap. Tertanya tanya pada diri sendiri. Aku stress ke. Hari hari tengok movie, main tenet, kepala otak pon jarang jarang guna pon stress jugak ke. Susah ni.

So apa lagi aku nak buat tak nak bagi stress. haha. I need a vacation kot. Matila. Tu lagi stress sebab takde duit.






Aku stress ke? Sesapa tolong jawab? Btw, first time jumpa doktor yang suka cabut gigi.

Carta Carutan Terhebat

Let say, anda tengah marah dan geram dengan seorang perempuan yang sangat kurang ajar, apakah carutan yang akan keluar dari mulut atau fikiran anda?

Sila abaikan fikiran fikiran seperti tak baiknya nak hina orang macam tu, atau bagila dia peluang sekali lagi, atau tak gentleman langsung nak maki pompuan. Just bayangkan perempuan ni sangat kurang ajar. Susah susah bayangkan dia goda laki korang.

Jadi apakah carutan dan makian terhebat dalam abad ini?

Sundal punya pompuan, kau ingat kau cantik sangat?

ataupon

Hey bitch, asal perangai kau macam babi sangat ha?

ataupon

Diala kan yang menjaja p**i kat mapley ameth aritu kan. Tak sangka, mapley pon dia layan.Desperate la tuh.

ataupon

Loser gila budak ni, drive pon tak lepas.

ataupon

Tengok tengok, t***k dia unevenla..

ataupon

Sayangnyalah belajar je universiti tapi perangai tahap pelacur.

So, mana satu carutan yang anda suka? Renung renungkan dan selamat beramal. Lepas ni kita buat Carta Carutan Terhebat Untuk Lelaki pulak eh. Jangan bimbang, aku adil.

No offence ya! Sekadar suka suka.

American Idol 9 Top 10 Girls

Semalam kita telah mencartakan performance Top 10 guys musim ini. Apa kata kita tengok kedudukan perserta wanita pilihan FK-Zone untuk minggu ni.

  1. Crystal Bowersox - walaupon sakit sakit tetap beri persembahan terbaik. Like her.
  2. Paige Miles - walaupon judges ada yang tak suka persembahan dia tapi aku suka sangat.
  3. Siobhan Magnus - walaupon tak blonde tapi tetap nampak dumb but still talented.
  4. Lilly Scott
  5. Katelyn Epperly
  6. Didi Benami - suara sedap tapi asyik salah pilih lagu je.
  7. Katie Stevens
  8. Michelle Delamor (akan dieliminated kot minggu ni)
  9. Lacey Brown (akan dieliminated kot minggu ni)
  10. Haeley Vaughn - walaupon tak sedap still nak dia stay

So, siapa pilihan anda untuk dieliminated?

Adoi Sakitnya Gigi

Aku tengah sakit gigi sekarang ni. Belubang agaknya. Rasa sakit, rimas, rimas.

Tadi pegi Klinik Kesihatan Tronoh, tengok2 klinik gigi bukak jumaat je. Yang kat Batu Gajah pulak bukak selasa aje. Nak pegi klinik swasta, tak mampu. Mahal ya.

Pitam jap. Kurang sangat doktor gigi kat Malaysia ni. Kesian pesakit pesakit kat luar bandar, doktor kena share share, sakit gigi tahan je la.

Jadi kepada sape sape yang tengah amik dentistry tu cepat cepat la habes belajar. Jadi doktor gigi kat luar bandar ni. Kan Amar Amirah kan. Takyah susah susah cari pesakit nak buat bahan uji kaji macam kat Indonesia tu kan.

So sape ada tips nak meredakan sakit gigi sementara nak tunggu klinik bukak esok ni?

Someone, Please Help Me!

Aku nak letak banner sebagai header blog aku ni agar berwajah baru. Tapi bila aku upload banner tu dekat Layout > Page Element > Edit Header tapi sejak semalam aku try, tak kuar kuar jugak banner tu.

Kenapa ek?

Atau korang ada cara yang lain macam edit HTML dia ke. Sesiapa kalau tahu please tinggalkan komen. Sebab aku pon tak reti pasal HTML ni.

Please ya!


Btw, ni la dia banner yang aku nak jadikan header blog ni. Lawa tak?

Mari Belajar Bahasa Melayu

Penyataan pertama:
Sekarang musim panas menggila.

Penyataan kedua:
Aku menghidap eczema.

Perkaitan:
Dan

Kesimpulan:
Aku sangat tersiksa.

Huraian:
Sekarang musim panas menggila dan aku menghidap eczema. Jadi aku sangat tersiksa.

Huraian lanjut:
Seorang penghidap eczema tidak sesuai dalam keadaan yang panas. Kerana apabila panas, akan berpeluh, apabila berpeluh badan jadi gatal. Apabila badan gatal, garu. Apabila garu, luka. Apabila luka, pedih bila mandi. Benci. Noktah.

Sekian.

psst: siksa ke seksa?

I am Alex Lambert's Biggest Fan

Omigod. Alex Lambert best gila. Best. Sila tengok dia dalam American Idol. Jadi, mari kita revise carta top 10 guys American Idol season ini.

  1. Alex Lambert
  2. Lee DeWyze
  3. Big Mike
  4. Casey James
  5. Todrick Hall
  6. Aaron Kelly
  7. Andrew Garcia
  8. Tim Urban
  9. John Park (expected to be eliminated)
  10. Jermaine What-Ever-Your-Last-Name-Is (expected to be eliminated)

Omg. Jermaine tu memang patutla disingkirkan minggu ni. Dah la nyanyi tak sedap, perangai nak diva je, nak lawan lawan judges plus no looks. So sila berambus cepat cepat.

Ok. Esok kita review top 10 girls pulak.

Adakah Aku Rasis? (Am I Racist?)

Aku bukannya tak suka cina dengan india. Tak, bukan itu rasis yang aku maksudkan.

Aku hanya menyampah dengan orang yang terlalu kuat semangat kenegerian mereka. Well, i am sure you all know which state that i mean.

Hurm, kalau tak tahu tu tanya kawan kawan aku. Rasanya semua dah tahu.

Mereka ni suka berpuak puak. Tinggal dan duduk ramai ramai bersama puak mereka sahaja. Bercakap bahasa mereka. Pergi mana mana memang tak boleh nak tinggal bahasa tu, walau dengan siapa pon mereka bercakap tetap akan keluar bahasa tu.

Rimas ok bila pegi main hall ada orang bercakap bahasa negeri tu. Pegi kafe dengar lagi. Pegi kelas dengar lagi. Pegi kedai makan kat luar pon dengar lagi.

Agaknya kalau dicampak seorang diri ke America pon tetap cakap macam tu dengan mat salleh tu. Silap2 jumpa pulak geng2 mereka.

Tapi,

Aku rasa meluat, menyampah, rasa nak muntah dengan orang yang bukan negeri tu nak cakap gak bahasa negeri tu sampai tertulis tulis dalam blog. M.E.N.Y.A.M.P.A.H ok.

Kenapa kena cakap bahasa tu dengan mereka tu macam bahasa mereka tu bahasa kebangsaan. Tak boleh cakap bahasa melayu ke?

Agung sangat ke bahasa negeri mereka tu, sampai budak tu nak jugak cakap dalam bahasa tu walaupon lawak.

Kesimpulannya, bercakaplah dalam bahasa kebangsaan kita dan sedarlah diri tu ye.

Eiyyy.. Gelilah

Malaysia ni adalah sebuah negara yang kotor. Serba serbi kotor. Longkang kotor, sungai kotor, tandas awam kotor, tepi tepi jalan kotor, otak kotor, politik kotor. Semua la kotor. Tambah tambah lepas pasar malam ke, konsert ke, majlis ke, bersepah sampah sarap.

Dah la kat Malaysia ni kiri kanan jalan semak samun tak ingat dunia. Ni kan nak tambah dengan sampah sarap yang menjijikkan.

Takyah la tengok jauh jauh. Dalam UTP sendiri, sebuah institusi pendidikan tinggi yang semua ahlinya ada otak dan bijak pandai.

Cuba korang jalan kat susur gajah yang menuruni bukit ke Poket D tu, tengok dalam longkang tu, penuh sampah sarap. Dengan cawan viconya la, kertas la. Pastu tengok tiang tiang tu. Berselirat poster poster. Tiang tu pon dah jadi hitam. Buruk. Mencacatkan pemandangan.

Tu baru satu, cuba masuk tandas pulak. Kadang kadang ada je sisa sisa yang tersadai tak dibersihkan betul masuk lubang jamban tu. Pastu tambah lagi dengan habuk habuk rokok yang dihisap semasa melepaskan hajat. Bukan apa, pandai guna pandai la bersihkan.

Pastu, kat kawasan batu batu bawah blok tu, merata rata ada sampah. Tisu la, air kotak la. Tin la. Macam macam. Semua gara gara buang sampah keluar tingkap.

Bukan kita tak tahu benda tu salah, tapi kadang kadang kita saja reka alasan untuk menutup perbuatan kita tu.

"Bukan selalu pon aku buang sampah merata rata.."

ataupon

"alah, kalau aku tak buang sampah ni, mak cik clearner ni makan gaji buta la.. aku tak nak dia makan duit haram.."

Aku cakap ni bukan apa. Bukan aku tak penah buang tisu keluar tingkap. Bukan aku tak penah buang sampah sarap atas jalan raya je bila kemas kereta. Pernah.

Tapi marilah kita sama sama, start dari sekarang, kita jaga kebersihan alam sekitar kita. Kalau kita tak jaga, sapa lagi. Gelilah hidup bergelumang dengan sampah sarap. Lagipon kita semua dah tahu akibatnya mencemarkan alam sekitar, tapi saje je bersikap ignorant.







Jadi, MARILAH KITA MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR KITA.

Related Posts with Thumbnails