Tips Mengunakan Tandas

Hari ini mari kita belajar cara cara menggunakan tandas dengan betul. Tambah tambah kalau kita guna tandas awam atau tandas yang dikongsi beramai ramai.

Macam kat utp ni, anda menggunakan tandas yang dikongsi bersama 11 orang yang lain, itu tak dicampur dengan orang2 dari rumah sebelah, atas, orang2 yang tak sempat nak balik rumah sendiri untuk melepaskan hajat.

Tapi kalau tandas tu anda guna sorang sorang tak nak pam lepas tu pon takpe.

Dan tipsnya adalah..

  1. Sebelum anda melepaskan sisa pepejal dan cecair anda, lebih baik anda mencangkung. Kemudian aim betul betul pada lubang yang disediakan.
  2. Semasa anda membuang sisa sisa pepajal anda, dinasihatkan untuk sentiasa mengalirkan air ke dalam lubang supaya bau-bauan yang dihasilkan dapat dikurangkan.
  3. Selepas anda selesai membuang, basuh dengan bersih dan pastikan tiada sisa sisa degil yang tertinggal dan melekat di tepi dah di dalam lubang.
  4. Juga pastikan tiada sebarang sisa yang tertinggal di atas lantai bilik empat segi itu. Seelok eloknya basahkan saja lantai bilik itu.
  5. Sebelum anda keluar dari bilik empat segi itu, jangan lupa pam dan pastikan sisa sisa anda dipam dengan sempurna.
  6. Juga, sila double check dilantai supaya tiada sisa sisa degil yang tertinggal.
  7. Letak semula kepala hos air ditempat yang disediakan dan elakkan meninggalkannya didalam lubang.
  8. Kepada anda yang lebih selesa merokok semasa membuang sisa sisa anda, sila pastikan abu rokok anda dibersihkan sebelum ada meninggalkan bilik empat segi itu.

Jadi, mari kita amalkan tips yang berguna ini. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab kita bersama.

Majulah tandas bersih untuk 1 Malaysia

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2009

Jom kita ramalkan siapakah pemenang bagi setiap kategori untuk Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung ahad ini.

Jadi, bak kata Ana Rafali, apa kata ramalan kaji cuaca? Ramalan kaji cuaca kata pemenangnya adalah..

Artis Baru Lelaki Popular
1. Akim AF7 (ramalan kaji cuaca kata..)
2. Aril AF7
3. Black
4. Gambit
5. Hafiz AF7

Artis Baru Wanita Popular
1. Dira Abu Zahar
2. Isma AF7
3. Putri Mardiana
4. Tiz Zaqyah (ramalan kaji cuaca kata..)
5. Yuna

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Aznil Hj Nawawi
3. Din Beramboi
4. Faizal Ismail (ramalan kaji cuaca kata..)
5. Kieran

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana (ramalan kaji cuaca kata..)
3. Nana
4. Linda Onn
5. Sharifah Aleya

Pengacara Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Hj Nawawi (ramalan kaji cuaca kata..)
4. Faizal Ismail
5. Nabil

Pengacara Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana (ramalan kaji cuaca kata..)
3. Nurul Shuhada
4. Raja Azura
5. Sarimah Ibrahim

Artis Komedi Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Afdlin Shauki
3. Nabil (ramalan kaji cuaca kata..)
4. Saiful Apek
5. Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza 'Enot' Abdullah
2. Didi Alias
3. Kenchana 'Kamala' Dewi
4. Nor Khiriah (ramalan kaji cuaca kata..)
5. Nik 'Mek Kelate' Sayyidah

Penyanyi Nasyid Popular

1. Hijjaz
2. In-team
3. Rabbani (ramalan kaji cuaca kata..)
4. Raihan
5. Saujana

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
1. Adam & Stacy
2. Bunkface (ramalan kaji cuaca kata..)
3. Hujan
4. Black & Meet Uncle Hussin
5. 6ixth Sense

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Fizz Fairuz
4. Fizo Omar
5. Remy Ishak (ramalan kaji cuaca kata.. kalau tak pon Fizz Fairuz)

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sanda
2. Norkhiriah
3. Rozita Che Wan
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah (ramalan kaji cuaca kata..)

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Afdlin Shauki
3. Farid Kamil (ramalan kaji cuaca kata..)
4. Que Haidar
5. Zul Huzaimy

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin (ramalan kaji cuaca kata..)
5. Sharifah Amani

Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Akim AF7
3. Aizat
4. Faizal Tahir (ramalan kaji cuaca kata..)
5. Mawi

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Mila
3. Dato' Siti Nurhaliza (ramalan kaji cuaca kata..)
4. Stacy
5. Yuna

Bintang Paling Popular

Ramalan kaji cuaca kata saingan antara Aizat, Faizal Tahir, Dato' Siti Nurhaliza. Oh tu je la kot. So pilih la yang mana satu.

Tu kata ramalan kaji cuaca, apa pula kata anda?

If I Can Dream


Hi all. Do you still remember Alex Lambert? The guy who is shockingly eliminated before he made in to final 12 of American Idol season 9. Do you miss him? Do you adore his talent and his look?

Well, if your answer is YESSSS!!!, here is a very good news for you. Now, you can watch Alex Lambert live 24/7 via your computer.

Alex with his new hair cut. But he still have his mullet i guest.


He is moving into the "If I Can Dream" house. If I Can Dream is a web reality show created by Simon Fuller, the guy who created American Idol. This show is documenting the story of six rising star living in Hollywood Hill.

There, Alex Lambert will meet with top music managers and record labels and have the opportunity to perform in front of live audiences at clubs and venues in LA. His fans will be able to follow his every move and will be able to give Alex real-time feedback as he writes and tests out new songs on If I Can Dream.

And, if you are in America, you can also tune into Hulu every Tuesday to watch If I Can Dream for new episodes.

Alex and the other contestant from If I Can Dream


Exited?? So just go to ificandream.com to watch the show now. I mean now.

Tahukah Anda, Roomate Aku Peminat Sharifah Aini Dan Ramlah Ram

Tau tak sape roomate aku? Sape lagi Hilal la. Nak tau, Hilal ni 'kipas terbesar' aka biggest fan Sharifah Aini dan juga Ramlah Ram. Tapi rasanya dia minat Sharifah Aini lagi.

Pendek kata, lagu lagu Sharifah Aini dengan Ramlah Ram sume dia ada. Pastu kalau ada masa masa terluang, dia akan bukak lagu lagu mereka. Yang bestnya setiap kali bukak mesti lagu lain. Memang variasi la. Takde ulang tayang.

Tadi baru je dia bukak lagu Sharifah Aini yang aku tak pernah dengar.

Aku? Aku mana layan Sharifah Aini. Aku rasa dia dah desperate nak popular sampai buat macam macam kontroversi. Sama macam Azwan Ali, propah je.

Tahukah Anda, Aku Bulimic?

Tau tak bulimia tu apa? Bulimia tu adalah masalah permakanan atau eating disoder dimana seseorang itu akan memutahkan makanan yang dimakan. Alah, takkan la korang tak tahu, biologi form 4 ada belajar kan. Tak pon google je.

Dan aku penah menjadi bulimic. Masa tu dalam 1st year, lebih kurang tahun 2006 camtu. Lepas makan aku akan muntahkan balik. Tapi bukan aku muntahkan sengaja. Muntah tu kuar sendiri. Tak yah jolok jolok. Pegi je tandas muntah la.

Senang je aku nak muntah masa tu. Ada satu kali tu, baru balik dari Jarum Mas, tak sempat nak masuk gate utp dah benti tepi jalan nak muntah.

Tapi masa tu aku bukannya muntah sebab nak kurus ke, menyesal makan ke. Bukan. Tetiba je rasa nak muntah. Terutama kalau bau busuk2 tandas tu.

Sekarang aku dah tak bulimic lagi. Anda bila lagi. Tetiba je.

Tapi semalam aku masus tandas je terus rasa nak muntah dah muntah. Sebab tu la aku tulis entri ni.

Nak Tengok Gambar Lucah?

Tengah aku blogwalking malam malam ni sebelum tidur, terjumpa imej imej ni di blog ni.


Ha suka la tuh. Korang ni benda benda camni suka bukan main. Laju je kan. Hehe.

Omigod!!

Alex Lambert, Todrick Hall, Lily Scott, Kathlyn Epperly dah terkeluar American Idol sebelum dapat masuk Top 12.

Terkejutttttt. Sebab aku sokong semua tu. What???? Alex Lambert keluar????

Personal. Tak Yah Baca Pon Tak Apa

Aku percaya blog bukan tempat yang sesuai untuk menceritakan hal yang terlalu peribadi. Namun bagi aku blog ini sudah menjadi sebahagian dari jiwa aku, diari aku, penyimpan memori suka duka hidup aku yang menjadi bahan bacaan aku bila tua nanti.

Mungkin aku akan jadi lebih lega bila dapat meluahkan dalam blog.

Begini, keluarga aku kini berada dalam masalah kewangan yang kronik. Bagi aku ia kronik, bagi orang lain aku tak tau.

Walaupon mak ayah aku tak pernah bagi tahu atau berbincang depan2 dengan aku, namun pada usia begini aku sudah mampu mentaksir segala galanya sendiri.

Tidak perlukan suara untuk memberitahu, cukup sekadar longgokan surat surat dari pejabat peguam, bank, bil bil, panggilan telefon. Juga dari riak muka mak ngan ayah aku. Segalanya jelas menceritakan segala galanya.

2010 tahun yang sukar bagi kami. Setakat ini.

Rasa begitu useless sebagai anak pertama, aku tak mampu nak buat apa apa. Semakin dekat nak grad semakin berat dugaannya.

Keadaan dalam rumah pon jadi muram semuram muramnya.

Aku jadi sedih bila aku balik rumah.

Sedih.

Cuti

Cuti midsem sudah bermula. Jadi lepas ni aku nak balik rumah. Tak lama. Kejap je kot. Sebab banyak kerja pulak nak kena hantar minggu lepas cuti tu. Tension. Harap harap bila balik rumah tak ada benda benda yang menensyenkan berlaku.


Sekian.

Oh ya. Aku mungkin update, mungkin tak update blog.

Facebook?

Hurm, facebook dah tak se'exciting' masa memula ada facebook dulu. Sekarang ni bukak facebook rasa boring je, rasa kosong je. game ke, quiz ke, status tu sume dah rasa mual dah. muak. tu sume dah tak laku dah untuk aku.

Ni mesti sebab duk bukak facebook berpuluh kali dalam sejam.

Jadi, sapa ada application facebook yang best best yang nak di'recommend' pada aku?

Related Posts with Thumbnails