Tips Mengunakan Tandas

Hari ini mari kita belajar cara cara menggunakan tandas dengan betul. Tambah tambah kalau kita guna tandas awam atau tandas yang dikongsi beramai ramai.

Macam kat utp ni, anda menggunakan tandas yang dikongsi bersama 11 orang yang lain, itu tak dicampur dengan orang2 dari rumah sebelah, atas, orang2 yang tak sempat nak balik rumah sendiri untuk melepaskan hajat.

Tapi kalau tandas tu anda guna sorang sorang tak nak pam lepas tu pon takpe.

Dan tipsnya adalah..

  1. Sebelum anda melepaskan sisa pepejal dan cecair anda, lebih baik anda mencangkung. Kemudian aim betul betul pada lubang yang disediakan.
  2. Semasa anda membuang sisa sisa pepajal anda, dinasihatkan untuk sentiasa mengalirkan air ke dalam lubang supaya bau-bauan yang dihasilkan dapat dikurangkan.
  3. Selepas anda selesai membuang, basuh dengan bersih dan pastikan tiada sisa sisa degil yang tertinggal dan melekat di tepi dah di dalam lubang.
  4. Juga pastikan tiada sebarang sisa yang tertinggal di atas lantai bilik empat segi itu. Seelok eloknya basahkan saja lantai bilik itu.
  5. Sebelum anda keluar dari bilik empat segi itu, jangan lupa pam dan pastikan sisa sisa anda dipam dengan sempurna.
  6. Juga, sila double check dilantai supaya tiada sisa sisa degil yang tertinggal.
  7. Letak semula kepala hos air ditempat yang disediakan dan elakkan meninggalkannya didalam lubang.
  8. Kepada anda yang lebih selesa merokok semasa membuang sisa sisa anda, sila pastikan abu rokok anda dibersihkan sebelum ada meninggalkan bilik empat segi itu.

Jadi, mari kita amalkan tips yang berguna ini. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab kita bersama.

Majulah tandas bersih untuk 1 Malaysia

0 comments:

Related Posts with Thumbnails