Owl City


Sekarang ni aku tengah layan lagu lagu dari Owl City. Lagu lagu dia ni bergenre kan synthpop yang ada unsur unsur electronic music dan juga disco.

Mentang mentang aku amik EE, muzik pon kena dengar yang ada electronic la kan. Pitam jap.

Tapi lagu lagu dia sangat layan dan kena dengan taste aku. Semua lagu lagu dia aku suka. Antara yang agak layan bagi aku ialah Hello Seattle, Vanilla Twilight, On The Wing, Fuzzy Blue Lights, Early Birdie, dan juga Meteor Shower. Tapi sebenarnya banyak lagi yang aku suka.

Pendek kata, sume lagu Owl City ni aku suka la. Maybe sebab muzik dia lain dari yang lain kot. Tenang je bila dengar.

Jadi, sape sape yang tak pernah dengar lagu Owl City dan inginkan kelainan cubala dengar. Mana tau kena dengan jiwa anda kan.

bermain lidah

Tadi aku dengar lagu dayang nurfaizah yang tajuknya aku tak ingat tapi liriknya ada "...manis dibibir, pandai bermain lidah.."

Lalu tergambar kat kotak imaginasi otak aku ni macam manala rupanya main lidah.

adakah:

a) 2 orang sedang enak bercium mulut (ala, cara omputih cium mulut dalam tv tu) sambil lidah diorang merayap rayap dalam mulut pasangannya.. ini adalah benda pertama yang aku bayangkan bila kuar lirik tu. ehem ehem. otak blue betul aku.

b) lidah tu boleh tanggalkan pastu kumpul lidah banyak2 pastu main cam main kad. hahaha

c) lidah bermain main sendirian didalam mulut.kejap keatas kejap kebawah mengira ngira gigi berlubang.

d) tapi maksud yang sebenarnya ialah pandai berkata kata.. bak kata pepatah lembut gigi dari lidah.. erm, ada kaitan ke.. ada kot.. maksudnya ayat yang dia tuturkan tu alamak sedapnya..








jadi jom kita main lidah. tak kisahla yang a ke b ke c ke d.. ahaha

Impak Seks Dalam Kehidupan

Seks adalah satu keperluan bagi setiap orang yang sudah cukup umur. Seks adalah sebahagian daripada keperluan hidup kita. Sama penting dengan makan, minum, sembahyang. Jadi tak perlu la nak malu malu bila bincang tentang isu seks.

Bagi aku, seks sangat mempengaruhi hidup kita. Ni bagi aku, pendapat aku. Kalau salah nevermind sebab aku tak buat research pon.

Seks yang baik dan sempurna akan menjadikan hidup anda lebih gembira. Seks yang sempurna hanya dapat dinikmati apabila kedua dua belah pihak merasa puas. Jadi rumah tangga pon makin bahagia dan kita pon lebih ceria.

Soalan aku, ni sebab aku tak pasti jawapannya.

Adakah bila seseorang tu melakukan seks yang sempurna atau a good seks, adakah dia akan penat dan tidak bermaya untuk bekerja pada keesokkan harinya atau dia akan melalui harinya dengan penuh ceria dan optimistik sambil tersenyum senyum kambing sepanjang hari dan tak sabar sabar nak buat seks lagi malam tu?

Bagi aku, dia akan melalui harinya dengan lebih ceria. Ye la kan. dan seronok dan bahagia kenala gembira.

Sebaliknya, kalau seseorang tu tidak memperolehi kepuasan seksnya maka hidup dia akan murung, selalu gaduh gaduh suami isteri. Mula lah nak makan luar. Lama lama rumah tangga musnah, anak anak teraniaya.

Jadi, seks memang penting dalam kehidupan kita. A good seks.

Oleh itu, tak salah kalau nak buat seks. Buatlah sampai puas supaya hari anda lebih gembira.

But of course, buatlah seks secara halal.

Tapi kalau nak buat seks haram pon terpulanglah, dosa tanggung sendiri. Satu je nasihat aku kalau korang nak buat seks haram.

Please wear protection.

Pakai kondom supaya penyakit kelamin tidak merebak dan takde la kes kes buang anak lepas ni. Kesian bayi bayi yang tidak berdosa tu.

Akhir kata, pandai main pandai simpan. Sekian.

Kind-Of-Thing Meter

40 minit terakhir kelas Cultural Anthropology by Doc Mat tadi, aku dan Syah telah mengira berapa kali Doc Mat cakap Kind Of Thing.

Dan jumlahnya adalah.... (drum please)

66 kali
dalam masa 40 minit

Amacam, banyak kan.

Tapi kalau kira kind-of je tadi mesti lagi banyak.







Next class boleh kira you-know plak.

Musim Panas Menjadi-jadi

Aku tak tau kenapa. Tapi musim panas sekarang ni menjadi jadi. Kat utp tanah gersang tu aku tak terasa sangat. Mungkin sebab kedudukan bilik aku yang sentiasa redup dan juga faktor bilik yang dikongsi hanya berdua serta tingkap dan kipas bilik yang sentiasa di buka 24jam.

Namun bila aku balik ke rumah aku yang terletak di daerah kuala pilah yang mendapat taburan hujan terendah di malaysia masa belajar geografi sekolah menengah dulu, panas dia menjadi jadi. Di tambah pula faktor rumah aku ni rumah teres yang bagi aku sistem pengudaraannya sangatlah tak tidak bagus serta kedudukan rumah yang disimbah tepat cahaya panas matahari di waktu petang.

Panas dan bahangnya tu hanya Allah yang tahu sampai tahap kipas dah dibuka yang paling laju dan sliding door tu di bukak seluas luasnya, namun panas nya tetap ada. Sampai tahap malam tadi aku tido di bilik belakang sambil buka tingkap seluas luasnya, dimana katil terletak disebelah tingkap.







Tapi, malam ni aku nak tido mana sebab port baik malam tadi dah takleh guna sebab adik pompuan aku dah balik. Bilik belakang tu bilik dia.

Tahan tahan.

Masa Muda

Bagi aku, waktu muda adalah masa untuk keluar dari kepompong dan eksplore new things. Time ni lah kita nak meninggalkan kelurga, belajar berdikari, pergi mengejar cita cita, menjelajah dunia, dan tidak hanya terperuk didalam zon selesa kita.

Time ni lah jugak kita nak kumpul pengalaman hidup, jumpa pelbagai ragam manusia, ilmu ilmu yang tak ada di kampung kita, dan mana tahu jodoh kita untuk dijadikan bekalan mengharungi hari mendatang dengan lebih matang dan mendidik anak anak kita serta memajukan kampung halaman melalui pengalaman kita.

Jadi, jika selama ni anda yang sedang selesa duduk didalam kepompong, terbanglah menjadi rama rama yang cantik. Jika ada peluang dan cita cita untuk merantau, keluarlah dari negeri anda dan pegilah tanpa ragu ragu. Merantau disini maksudnya pergi sambung belajar, kerja.

Dan juga time muda ni lah anda nak eksplore potensi diri. Jika selama ni anda jenis yang terperuk je mangadap pc 24-7, sekali sekala pergilah cuba flying fox ke, naik roller coster ke, wall climbing ke meremit ke. Oh bukan, merempit tak masuk sekali.

Oleh itu, marilah kita jadi berdikari dan keluar dari kepompong kita.

30 Hari Mencari Cinta: Day 2

Tapi hilal tak setuju dengan statement aku dalam post sebelum ni. dia kata adik beradik emak dia tak ikut figure nenek dia tapi ikut figure atuk dia.

So, lepas jumpa bakal mertua terus mintak clash dengan teman wanita. bila dia tanya kenapa, aku jawab "yang, u dah cantik dah, tip top, mantap. mak u pon bergetah lagi, tapi bapak u tu gemuk sangat. kita clash je la yang ye."

pitam kali kedua.

30 Hari Mencari Cinta: Day 1

Gempak tak idea ni. Tadi mencurah curah idea nak tulis tapi tetiba je tak tahu nak tulis apa.

Jadi aku post je la macam ni. Lain kali lah sambung.

Sekian.






Orang kata perempuan ni dia akan ikut figure emak dia bila dia dah tua. Kalau emak dia gemuk, maka dia pon gemokla masa tua. Kalau mak dia kurus, maka kurus la dia masa tua.

Silap silap lepas jumpa bakal mertua terus minta putus dengan teman wanita. Bila dia tanya kenapa, terus jawab "u cantik yang, tapi mak u gemuk sangat. so i nak clash dengan u"

pitam.

Malaysian Typing Speed Test III

50 perkataan

Speed test


ok pecah lagi rekod peribadi..

tapi still tak dapat nak tewaskan si jazlin ernida tu..

takpe2.. berusaha..

Malaysian Typing Speed Test II

48 perkataan

Speed test



yes yes. pecah rekod peribadi. ada bran?

Related Posts with Thumbnails