FK dan EKZEMA..

Sudah lama FK tak post apa-apa entry.. Maaflah, FK sedikit busy kerana ada dua test hari ni.. Tu yang gigih study tu.. Hehe.. Last-last tak boleh jawab semua pon.. Sikit je.. Camne FK nak dapat scolar balik ni? Huhu..

Okla.. Kali ni FK nak cerita pasal Ekzema.. FK yakin ramai yang tak tau apa itu Ekzema.. Ekzema ni ialah sejenis penyakit kulit dan tidak berjangkit. Ia adalah sejenis penyakit genetik yang diwarisi dari ibubapa dan dua dari sepuluh orang menghidap penyakit ni.. Dan ekzema ni juga berkait rapat ngan penyakit asma.. Contohnya dalam famili FK sendiri, siapa yang takda asma, ada ekzema.

Penyakit ni menyebabkan pengidapnya mengalami kegatalan kulit terutama di bahagian pelipat seperti di tengkuk, belakang lutut dan ruang antara tangan dan lengan. Apabila penghidap ekzema terdedah kepada habuk, cuaca terlalu kering atau peluh yang keluar dari badan, dia akan merasa gatal dan tidak dapat mengawal diri dari menggaru bahagian tersebut.

So, sape-sape yang pernah tengok FK terkeruk-keruk tu adalah disebabkan ekzema bukan sebab FK ni datang dari keluarga beruk..Hehe..

Penyakit ni sebenarnya tak boleh baik terus sebaliknya dia akan berkurang atau bertambah teruk terpulang bagaimana penghidapnya mengawalnya.. Kalau nak kawal tu kena la berpantang dari memakan makanan yang gatal terutamanya seafood dan jangan biar kulit kering.. So kenala sapu losyen selalu..

Antara selebriti yang menghidap ekzema ialah Azah Yazmin Yusuf.. Alah, bekas pengacara 3R tu.. So, bagi sesiapa yang menghidap ekzema tu janganla merendah diri sangat sebab FK dan Azah 3R dah membuktikan untuk sentiasa tampil berkeyakinan walupun tidak mempunyai kulit yang cantik..

Oho, walaupun entry FK kali ni agak bosan, tetapi tetap ilmiah. Maybe ini adalah satu ilmu bagi anda semua. Oh ye, bagi sesiapa yang nak tau mengenai penyakit ni dengan lebih lanjut bolehla melayari laman web ni.. http://www.eczema.webs.com/ atau http://www.atopiceczema.wordpress.com/ Semoga bertemu lagi.. Assalamualaikum..

2 comments:

Tanpa Nama 10 Mac 2008 pada 11:41 PTG  

A'kum FK!

Kak Azah ni. Terima kasih lah FK tulis tentang ekzema di blog FK. Kak Azah harap informasi tentang ekzema ni akan mendidik mereka yang menghidap ekzema supaya tidak rasa rendah diri lagi dan bagi mereka yang tidak menghidapnye akan lebih bersimpati dan menolong mereka bila perlu dan bukan mengejek mereka.

Kalau boleh Kak Azah nak 'cut and paste' blog FK ke dalam website ekzema Kak Azah. Boleh tak?

Firdaus Kamaruzaman 26 Mac 2008 pada 1:44 PTG  

Betul ke ni Kak Azah. Kalau blog FK ni dapat memberi inspirasi dan maklumat kepada khalayak apa salahnya.

Related Posts with Thumbnails