JAMBU

Hai kawan-kawan. walaupun FK ada kelas pukul 8pagi karang tetapi FK tetap gigih nak update blog FK yang tercinta ni. Topik kita hari ini ialah JAMBU. FK akan mengupas definisi jambu yang terlintas di kepala otak FK ni.
1. Jambu: sejenis buah
Jambu ialah sejenis buah tempatan yang mudah didapati di Malaysia ni. Terdapat 2jenis buah jambu iaitu jambu batu (guava) dan jambu air (water apple). Buah jambu boleh dimakan begitu saja dan ada juga yag dibuat air seperti air pink guava yag dijual di cafe v3 dengan harga 50sen satu. Cubalah sendiri dan anda akan tahu nikmatnya.
Contoh ayat
: Bang, rojak tu tak nak jambu ek.
: Kat kampung aku ada tanam pokok jambu.
Jambu air aka water apple

Jambu batu aka guava

2. Jambu: adik angkat atau abang/kakak angkat
Jambu ini ialah sejenis amalan. Amalan berjambu ini biasanya dilakukan atau diamalkan disekolah-sekolah berasrama dan ada juga yang terbawa-bawa ke universiti. Amalan berjambu ini boleh dikatakan sebagai berkongsi kasih sayang apabila berjauhan dengan keluarga. Saling ambil berat katanya. Namun tidak semua yang gemarkan amalan berjambu ini tetapi bagi sesiapa yang gemarkannya pastu mempunyai ramai jambu.

contoh ayat
: Eh, R(bukan nama sebenar) tu bukan ke jambu si K(juga bukan nama sebenar).
: Aku tolong jambu aku jual selimut ni, kau nak tak?
: Owh, dia bawak kete savvy jambu dia tu.

3. Jambu: bentuk muka
Jambu ini menunjukkan bentuk muka seseorang yang masih tidak matang dan tidak mempunyai bentuk muka yang maskulin. Contoh artis yang mempunyai muka yang jambu ialah dafi. Perkataan ini lebih sesuai digunakan untuk lelaki.

contoh ayat
: Alahai, jambu gila muka mamat ni.
: Takyah ar kau nak buat muka jambu camtu.

Dadi antara penyanyi yang bermuka jambu.

Contoh orang sebenar yang bermuka jambu.


Itu saja maksud perkataan jambu yang terlintas difikiran FK. Kalau ada masa lagi bolehla kita belajar perkataan-perkataan yang lain lagi.

1 comments:

wan zul (bukan nama sebenar) 27 Mac 2008 11:52 PG  

amboii ngutuk aku ye..

Related Posts with Thumbnails