menjadi hangat!

kali ni FK bersiaran dari rumah FK, Batu Kikir Negeri Sembilan. Yesss, Batu Kikir ada internet ok.. laju lagi.. FK balik rumah menziarah keluarga, ala balik hujung minggu saja.. ahad nanti balikla ke UTP..

hurm, blog FK ni menjadi hangat seketika sejak beberapa hari lalu. sejak FK tulis pasal pilihan raya kampus hari tu.. ada yang sudi meninggalkan komen yang pedas dan bunyinya seperti FK ni sangat jahat dan seperti tergolong dikalangan orang2 yang sesat.. nauzubillah.. mintak dijauhkan.. dan dengan komen itu ia telah menimbulkan perang komen antara FK serta rakan2 FK dan juga pengomen tegar yang mahu identitinya dirahsiakan..

apa pon FK dah malas nak layan dan dia pon nampaknya dah sunyi sejak semalam.. bagus juga, kurang dosa FK. Ye la, emo juga dibuatnya..

new topik.

tadi FK balik naik bas sebab nak jimat duit.. setelah sampai di KL, FK bergegas ke klcc sebab nak jumpa my x-rumate aka kb.. sampai klcc pon dah pkl 12.55, so FK dan kucai pegi la masjid klcc tu nak semayang jumaat.. sebab dah lambat kami terpaksa semayang di taman klcc tu bertemankan beratus2 lagi jemaah yang lain yang tak dapat semayang kat dalam masjid sebab dah penuhh.. satu pengalaman baru bagi FK semayang outdoor.. ingat sukan je ke ada outdoor indoor..

owh ye, nak ditekankan disini yang FK PERGI SOLAT JUMAAT DI MASJID KLCC. ye! FK SOLAT!!!

pastu lepas semayang, kami pegi makan di Burger King, Kucai belanja setelah dipaw oleh FK. ni pon kali pertama FK makan di Burger King. Kira jakun jugakla.. owh ye, lupa nak bg tau ini ialah kali kedua FK pegi KLCC.. siankan.. lagaknya macam rusa masuk kampung.

bila dah time kucai nak masuk office tu, FK pon meneruskan perjalanan pulang ke rumah..

tapi, yang FK pelik tu, kenapa semua tambang bas yang FK naik semuanya dah naik harga. FK belek2 tiket rupanya ada 30% surcharge.. apa tu surcharge? FK pon tak tahu dan baru nak mengkaji ni. tapi bagi FK, 30% surcharge ni membebankan pengguna dan lagi pon harga minyak sekarangkan dah turun, takkan nak ada surcharge lagi..

nantila, bila FK dah paham betul2 apa itu surcharge, FK akan menulis dalam blog FK ni..

semoga bertemu di lain hari.. bye bye..

2 comments:

Tanpa Nama 31 Oktober 2008 pada 11:20 PTG  

lalalala...jmpe ko td...siot je paw kan...hahaha

Isumaru 1 November 2008 pada 2:40 PTG  

yess.. u solat jumaat!

i suka statement tu! :P

Related Posts with Thumbnails