my life as a student

kali ni FK nak cerita pasal my life as a student

bangun takde la pagi sangat. ikut bila ada lecture. selalunya bangun 20minit sebelum kelas. kalau kelas pkl 8.00am pkl 7.40am baru bgn.. mandi2, siap2 terus pegi kelas. ala, FK bersiap bukan lama pon..

hurm, itu pon bukan rajin sangat pegi lecture. dalam seminggu tu adala sekali dua ponteng.. saja ponteng.. malas..

selalunya kalau ada gap antara kelas tu pegi la makan ke, or siapkan keje yang tak siap lagi dengan meniru or pegi baca surat khabar kat irc.. kalau tak pon balik bilik la, lepak2 main internet yang lembab giler or takpon tido..

tapi sem ni banyak masa gap antara kelas tu pegi lab siapkan etp yang tak jadi2 tu. mujur, etp dah habis..

petang, duduk menghadap laptop, tak buat apa pon, tgkla series yang dah banyak kali ulang ke or tidur petang. bersukan? owh no! no! FK sangat malas.

pastu malam ulang apa yang dibuat masa petang.. tak pob borak2 sampai eh, dah pkl 12.. pastu tidur..

dan rutin ini diulang setiap hari..

erm, bila plak masa FK belajar. jarang sangat FK belajar. kalau esok ada test baru hari ni nak belajar dan akan meluangkan masa di irc sehari suntuk.. last minutes study..

dan seperti biasa, tak reti nak jawab masa test.. pastu emo.. hah hah..

dalam kelas pula bukan belajar pon. dengar or salin apa yang kena salin.. kalau bosan sangat ajak KA main BINGO!

learning should be fun but for me the fun is no more. FK seperti dipaksa untuk belajar. it should be fun..

kesimpulannya, jangan tiru tabiat FK sebagai seorang pelajar sebab FK langsung tak belajar.. dan sem ini berlalu dengan sangat teruk dan hampir dinobatkan sebagai my worse sem ever.. tapi hopefully the result is not so bad..

12 comments:

Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 2:58 PG  

salam.
solat subuhnya bila?

dalam jadual seharian,ada pergi ke masjid tak?

apa ye sumbangan FK untuk Islam di bumi UTP ni?

sebagai lepasan sekolah agama, FK mesti fahamkan kewajipan dakwah dan ilmu.

saya lihat FK menghabiskan hidup FK dengan perkara2 yg sama..

dimana masjidnya?dimana AlQuran nya? dimana agenda dakwahnya? sumbangan pada Islamnya mana?

Apa yg FK belajar selama 5 tahun di SMAP Kajang dulu? dimana ilmu2 tu sume?

Firdaus Kamaruzaman 30 Oktober 2008 pada 3:23 PG  

wsalam.
terima kasih kerana memperingat FK.

mmg betul manusia itu mudah lupa dan perlu sering diperingatkan.

i am choose not to reply any of this comment because i know myself better than the 'tanpa nama' dan i know apa yang FK belajar selama ini.

owh ye. solat itu sudah jadi rutin harian FK. sama seperti mandi, makan dan gosok gigi. So tak perlu la nak cerita dengan details.

erm lagi satu, kalau nak berdakwah apa kata tonjolkan diri daripada menyorok dibalik 'tanpa nama' sebab nanti mudah FK nak contact mana tahu FK masih perlukan bimbingan.

thanks.

Isumaru 30 Oktober 2008 pada 3:43 PG  

semata2 org tak tuliskan rutin solatny.. x bermakna dia xmelaksanakannya..

perlu ke FK nk war2kan pada dunia urusan dia dgn Allah?

itulaa.. mcm yg ditekankan korg.. pemimpin yg kita pilih. kene yg pergi masjid kan? eloklaa kiranya kita buat count pergi ke masjid.. lps tu amek jek pemimpin berdasarkan perkara tu.. wlupun bakat kepimpinan entah ke mana~

Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 9:20 PG  

bakat kepimpinan entah kemana? sdr ismal tahu tak latar belakang setiap calon. especially yg menang tu?

bak kata pepatah arab "manusia itu benci/tdk suka kpd perkara yg tidak diketahuinya". inilah gambaran saya kpd sde ismal n the gang.

justeru merekalah pemimpin sebenar. sedar akn tanggungjawap dan mara ke hadapan.

bukan mcm sdr ismal dan ribuan pelajar lain yg hanya pandai "berkokok dari luar" sedangkan tidak berbuat apa2.

mana dia pemimpin yg en ismal kata tu?kalau betul2 pemimpin,kenapa bersikap bacul. tidak mahu kehadapan.

justeru keputusan PRk kali ini sekali lg menunjukkan, dalam persaingan sengit 11 calon, siswa siswi yg cakna politik kampus,yg sedar tanggung jawap memilih pemimpin telah memilih calon2 terbaik dan mengetepikan calon2 lain..jgn ada lagi pihak menuduh mereka yg bukan2..

mana lebih baik, pemimpin berakhlak dan yg mengimarahkan masjid atau yang suka mengimarahkan konsert dan majlis2 hiburan?

kalau sdr ismal ini berkaliber dan hebat, kenapa tidak awal2 lagi bertanding? mudahkan utk "berkokok".tp nk mengemudi sebuah universiti bukan mudah.

jadi jgn pndang enteng.

maaf kepada sdr FK,kerana tk tulis nama. utk mnjaga hubungan baik.

Firdaus Kamaruzaman 30 Oktober 2008 pada 1:32 PTG  

kenapa tidak cik tanpa nama berkata je yang bertanding?

kenapa nak memburuk2 kan FK n the geng?

kenapa nak menyebok saja?

Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 3:16 PTG  

wakakakaka..lawak siot..
wahai saudara tanpa nama, btul jgk ap yg fk-ckp tuh..asal x ngko jer pg betanding?..erm..mebi bole la menng kn..dh 1000 undi dr junior..tp kepimpinan?..dop ahu la..
masalah ny skg ni ak tgk yg asyik kne dakwah budk2 local jer..ak tgk budk2 forener tuh lg ruk kot..siap ad yg nama ISLAM lg..tp perngai lg truk dr ak kot..asal x bedakwah ngn dorang2 neh..ak pn x paham r..pakaian dorng lg r truk kot (tp x sumer r)..tp yg slalu jd isu budk2 local jek..ish3..d mana "keadilan" yg d-war2-kn yg spttny ad dkt pemmpin?..
last but not least, bgtaw je la sape ngko tuh tanpa nama..nk men smbunyi2 plk..

Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 3:46 PTG  

1st, sy tk reveal nama bkn sbb sy tkt,tp cukuplah sekadar sy beritahu sy knal anda. hubungan perlu dijaga.

saya tk rasa perbincangan ini akn berhenti. masing2 akn lebih mencari alasan.

stiap org ada kelemahan dn keburukannya, mungkin yg FK nmpak keburukan, tp 1000 kebaikan yg ada pada dia tidak Tuhan perlihatkan.FK tk mungkin nmpak stiap pekerjaan dia. itu sy yakin.

tahniah kpd junior..1000 junior kan..kesedaran mereka tntang kepimpinan adalah jauh lebih tinggi berbanding senior2 di v5 ni..

apa yg kalian cuba sampaikan ye?korang tk ngundi ingt selesaikan masalah? membazir duit UTP adalah..
brape bnyk kertas undi yg dibazirkan..ni sume pasal korang.

semoga korang tk ngundi ni..selesai segala masalah student kt UTP ni..

berkenaan dkwah, nape tuding2 kt org?dkwah ni tk pilih bulu. awak pun kene dkwah..ni la ciri org yg ego..di tegur pastu tuding kat org lain..apsal tk tegor org lain la~~

tnggungjawap dkwah tu kewajipan aku dan engkau,seluruh umat. jgn hrp ustaz2 or Rm je nk wt keje tu.

apa2pun,kritikan2 kosong korang terhadap MPP tkkan bawa apa2 hasil. mengkritik pandai,berbuat nya tiada.

ok lah..tak nak buang masa lagi.

Isumaru 30 Oktober 2008 pada 5:55 PTG  

eieww~

geli sgt pelajar foundation mempunyai kesedaran kepimpinan..

walhal2 awal2 tu sekadar dibrainwash.. tradisi setiap tahum meng-brainwash foundation bak kata FK dulu..

dr dulu lg.. junior jek yg ramai mengundi.. tp bler da masuk 1st yr, 2nd yr. nape xberterusan kesedaran tu?? sbb derg da sdr derg mengundi sampah jek awal2 dulu~

Tanpa Nama 30 Oktober 2008 pada 6:36 PTG  

ngundi sampah? siapa yg sdr katakan sampah? hrp cepat2 istighfar.

bila dh naik 1st year, 2nd year, bila diri dah mula liar, bila dah tak nak berusrah, bila sudah jrg2 dtg ke masjid..bila mula seronok ke majlis2 hiburan,stage dan tari menari..

diri dah semakin jauh dari kebenaran.
sehinggakan wajah2 islam di pandang serong..seruan dakwah di anggap pelik..mjlis2 maksiat digemari, majlis2 ilmu di masjid dh tk mahu dtg..

inilah puncanya..
cuba cek diri awak.betul tak apa saya cakap.

bila dah bertahun duk sini. mula lupa diri.lupa pesan naqib2 dulu.

bila dah besar, mula tunjuk lagak,tegur bercouple marah,

inilah punca2nya...diri semakin jauh dari Islam..yela..wajah2 islam ni dianggap pelik..wajah cerminan agama sendiri dianggap pelik.

wajah2 stage disukai...degemari..

Nasib baik UTP ni masih ada orang2 yang cintakan masjid, msih ingin ke masjid dan masih ada yg menyeru yg makruf dan mencegah yg mungkar..walaupun event2 maksiat masih bnyk berlangsung..

kalau tidak, mungkin sudah lama dimusnahkan Allah.

Firdaus Kamaruzaman 30 Oktober 2008 pada 7:13 PTG  

cik tanpa nama,

cubaan dakwah anda kepada FK sangat bagus sebab telah menjadi kewajiban setiap orang islam.

tapi setelah beberapa kali FK dan kau berperang komen termasuk rakan-rakan FK, tak nampakkah anda yang cara dakwah anda yang beri komen di blog FK ni tidak dapat diterima kami. Maksud FK, msg dakwah tu tak sampai.

bagi FK, kalau anda benar2 ikhlas nak berdakwah kepada FK, Ismal n the geng, Syah dan rakan2 FK yang lain apa kata anda berdakwah secara depan2.. kita berjumpa anda dakwahlah kami. mungkin pintu hati kami lebih terbuka dengan cara begini.

dan juga bila kami dah kenal anda. dan siapa tahu kami respect anda, mungkin msg dakwah yang cuba anda sampaikan tu akan lebh mudah diterima..

kami mungkin susah nak menerima kerana sesiapa saja boleh menulis dengan tanpa nama.. FK perlu kenal anda untuk mengikut nasihat anda..

tak kenal maka tak cinta.. betul tak?

saya cabar anda..

MinoRity 31 Oktober 2008 pada 12:07 PG  

kepada tanpa nama,

ko tuh yang salah sebanarnya, jika kita nak berdikusi pendapat, kenapa nama tidak perlu ditulis!! Setahu aku tak da org berdikusi kat dalam dunia tanpa memperkenalkan nama, walhal orang berdikusi kat dalam radio pun org memperkenalkan nama mereka walaupun kita tak nampak muka mereka. huhu

lagi satu tentang menari konsert dan sebagainya tuh aku melihat golongan yang kata mereka tuh berdakwah demi islam telah menyisih mereka. kalo betol golongan "tanpa nama" nak berdakwah, kenapa perlu wujud diskriminasi dan juga prejudis kepada mereka, tapi yang pelik rektor utp tuh selalu gak gi konsert kat utp siap buat persembahan lagi kat event tuh. So persoalanya adakah rektor utp tuh tak leh dipanggil pemimpim??

sila jawap k.

ntah la, aku pun malas nak cakap, cakap pun semua sampah. Pasal election 2008 tuh aku lagi la rasa terkilan dengan nilai pemimpim yang ada kat utp.

nanti ko mesti tanya kenapa aku tak bertanding pilihan raya kat utp nieh kan?? sebabnya aku tau nilai kepimpinan aku tak sehebat yang boleh dikatakan pemimpin. So aku cermin diri aku sendiri. So aku tak nak bertanding. Aku sedar sapa aku, tapi yang tak sedar tuh yang susah..

kata nak pemimpin yang adil dan boleh membawa perubah, golongan yang ke masjid semua, tapi masalahnya, dari memula aku masuk utp, golongan yang dikatakan "ahli masjid" nieh, tak boleh pun membawa suara budak utp. Dari kebajikan pelajar sampai lah hak pelajar. langsung lemah longlai tidak bersuara.

MANA KUALITI KEPIMPINAN YANG DIKATAKAN DARI BUDAK YANG SELALU PERGI MASJID?? aku pun tak tau.

kepada "saudari" tanpa nama, (panggilan "saudari" sesuai untuk anda kerana takut nak letak kan nama sebenar anda), kita kene menilai dari keseluruhan aspek bukan dari satu aspek sahaja. Kualiti kepimpinan perlu dinilai bukan berdasarkan pergi kemasjid semata-mata. Ianya meliputi seluruh aspek dan penting kemahiran memimpin dan melaksanakan tugas.

Kroni kat utp nieh bersepah, event di conquer oleh sesuatu organisasi dan mengamalan politik kotor, yang hanya berdiri atas NAMA ISLAM...

sekian...

Tanpa Nama 31 Oktober 2008 pada 11:33 PTG  

rase mcm tau jek sape saudara tanpa name ni...huhu...adik beradik ko ni pat...ehem2..paham2 la...huhu

Related Posts with Thumbnails