kembali ke sekolah..

*post ini ditulis pada 4 january 09, 12.26am

nampaknya esok dah start sekolah setelah cuti lama.. hehe.. sedar tak sedar dah lebih kurang 4tahun FK meninggalkan alam persekolahan..
bagi yang dah tak sekolah cam FK ni pastinya bersetuju bahawa alam persekolahan adalah alam yang paling best sekali dalam kitaran hidup manusia ni.. banyak memori yang telah tercipta sejak kita mula sekolah sampai lah dapat sijil berhenti sekolah tingkatan lima besides exam oriented yang diamalkan di malaysia ni.. pengalaman itulah yang mematangkan kita.. ececehh..

jadi episod kali ni mari kita imbas pengalaman persekolahan FK sejak darjah satu sampai tingkatan lima..

FK ingat lagi bila FK mula-mula masuk darjah satu.. sepatutnya bersekolah di tempat ayah FK mengajar menjadi satu kelebihan, tapi tak.. FK jadi anak cengeng.. nak masuk kelas pon menangis.. percaya tak, yang FK penah buat drama masa kat sekolah dulu.. masa tu pagi baru nak masuk kelas, tapi FK tak nak masuk sebab nak berkepit je dengan ayah.. menangis-nangis bukan main kuat.. pastu cikgu yang ajar FK masa tu, kalau tak silap cikgu india perempuan yang FK tak ingat nama paksa jugak FK masuk kelas.. siap tarik2 FK lagi.. kat tengah2 kawasan lapang antara kelas tu, depan bilik guru.. FK pulak menangis bukan main kuat sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri dari tarikan cikgu india itu tadi sambil menarik2 sari dia.. nasib dia tak terbogel.. haha.. boleh dikatakan semua cikgu kat dalam bilik guru tu keluarla tengok kejadian tu.. nasib budak lagi..

owh ye.. bukan itu je kisah cengeng FK.. sampai nak masuk asrama masa form 1 pon FK menangis lagi.. homesickla katakan tapi takde la sampai tahap meraung2.. boleh dikatakan seminggu awal tu memang ingat rumah je la..eerm bukan seminggu, the whole year kott.. nangis kat tandas masa mandi, masa nak tido.. ataupon masa lepas parents FK datang melawat.. kalau ikut hati memang nak kuar je sekolah tu masa tu.. tapi sebab satu ayat yang mak FK cakap masa 1st day mendaftar membuat FK kuat semangat..

mak FK cakap.. "tengok berapa banyak mak dah habis untuk abang masuk sekolah ni.. jadi takyah nak kuar2.. blaja je kat sini.."

ye la.. masuk f1 kat sbp banyak kot duit masa nak daftar tu.. dekat rm1000 jugakla habes.. yuran sekolah, yuran asrama, pibg.. barang2 yang kena beli kat koperasi, cadarla, baju batik la.. buku teks lagii.. tak ke dekat seribu mak FK habes... sebab ayat tu je FK kuatkan semangat nak belajar kat situ..

kenangan pahit?? takde la.. semua kenangan manis yang FK tempuhi masa alam persekolahan... pengalaman yang mendewasakan kita..

tapi satu je yang FK kesalkan masa zaman sekolah FK terutamanya masa zaman sekolah menengah.. FK jadi budak baik.. budak yang ikut peraturan sangat.. skema.. kalaulah FK bergaul dengan budak2 nakal masa tu.. main2 masa skolah.. fly ke sekali sekala.. kena rotan.. buat benda2 jahat sket.. sebab bagi FK budak2 macam ni la yang lagi dewasa dari budak2 skema ni.. diorang boleh adapt dengan real world.. ahhh, pendek kata diorang ni cool la..

ye la.. masa sekolah la nak jadi bad boy.. nanti bila dan masuk u ke dah keje ke dah tak sesuai.. dah terlambat.. sbab masa ni orang sedang sibuk nak membentuk masa hadapan yang stabil..

bagi FK, UPSR ngan PMR tu takde effect pon dalam hidup ni.. so takyah buat betul2.. tak ada beza pon dengan orang yang dapat teruk.. sama je.. main2 la sementara boleh..
tapi SPM tu sangat penting.. buat betul2.. score the best..sebab SPM tu la yang menentukan masa depan kita.. kalau SPM teruk nak sambung belajar pon susah..

okla.. good luck bagi sape2 yang masih bersekolah.. enjoy your life masa zaman ni.. nanti dah tak dapat nak enjoy dah..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails