konsert af7 minggu pertama

mari kita review prestasi peserta af7 pada konsert pertama.. adakah transformasi telah berlaku.. ikuti laporan dari wartawan kami, FK dari dewan sri putra, bukit jalil semalam

konsert yang bermula tepat pukul 9malam dan dimulakan dengan persembahan tarian oleh penari profesional.. katanya menuju puncak akan ditarikan oleh pelajar pada permulaan konsert tetapi apa yang disajikan kepada penonton adalah pose pose macho dan ayu oleh para pelajar.

persembahan #1 ; Dibawah Pohon Asmara by Adila

nyanyian Adila tiada sumbangnya, penguasaan pentas juga baik tetapi kalau dah takde x-factor tu nyanyi macam mana pon tak dapat nak pukau penonton sangat la.. maybe energy kurang..

FK bagi 3bintang...

persembahan #2 ; Terima Kasih Cinta by Sidi

nampak gugup ketika diatas pentas, nyanyian sekadar ok..

FK bagi 3bintang..

persembahan #3 ; Molek by Zizi

dewan mula hangat dengan persembahan zizi. FK pon sudah mula terjerit terpekik serta mengoyang-goyangkan badan dan juga menepuk-nepuk tangan.. penonton terhibur dengan penguasaan pentas dan cara nyanyian zizi yang mempunyai suara serak-serak basah tu.. menyanyikan lagi ini lain dari penyanyi asal.. best!

FK bagi 4bintang..

persembahan #4 ; Yazid (tajuk lagu tak ingat.. yang penting lagu Jamal)

suara sedap.. erm okla.. tu je yang FK ingat..

FK bagi 3.5 bintang..

persembahan #5 ; Sepi by Isma

penyanyi beranak 5 ni ntah bape banyak ntah famili dia afundi dia.. ye la, memula undian dibuka dia duduk bawah sekali tapi sejak akhir2 ni naik no1 plak.. sape yang nak afundi emak orang.. oit komen nyanyian la.. owh ok2.. nyanyi lagu sepi dengan sedap.. satu standard yang tinggi dibuat di minggu pertama..

FK bagi 4bintang..

persembahan #6 ; Hatiku Kau Luka by Akim

FK jatuh cinta dengan suaranya yang sangat sedap ni.. sangat sedap.. jeles dengan suara dia.. nyanyi lagu ni dengan baik.. tapi maybe lagi allycat ni terlalu tua untuk dia..

FK bagi 4bintang..

persembahan #7 ; Sempurna by Claudia

klon dayang.. kantoi pada permulaan lagu.. kemudian naik semula.. sangat klon dayang dengan suara, stail nyanyi, serta muka ada sket2.. penguasaan pentas baik.. tapi FK tak suka..

FK bagi 3bintang..

persembahan #8 ; Lagu Kita by Hafiz

sedap sangat.. sedap sangat.. perserta terbaik malam ni.. mendapat sorakkan yang paling kuat dari penonton.. FK jerit kuat gak.. sampai sume orang pandang.. keep the good work..

FK bagi 4.5bintang..

persembahan #9 ; Elergi Sepi by Rini

ok je.. tak menarik perhatian FK nak dengar.. tak sedap sangat.. suara tak sesuai ngan lagu.. energy tak cukup gak..

FK bagi 2.5bintang..

persembahan #10 ; Jeritan Batinku by Obri

suara dia tak cukup kuat nak nyanyi lagu yang sangat berat dari p.ramlee ni.. posture badan masa nyanyi pon dah nampak cam orang cacat..

FK bagi 2.5bintang..

persembahan #11 ; Dan sebenarnya by Aishah

antara peserta feveret FK.. pemilihan lagu yang sangat baik.. penguasaan pentas sangat bagus.. nyanyian good..

FK bagi 4.25bintang..

persembahan #12 ; Pheonix Bangkit Dari Abu by Qhaud

FK suka persembahan dia.. keyakinan yang sangat tinggi.. nyanyian yang takde sumbangnya.. tapi FK tak paham asal pengkritik tak suka.. FK jerit paling kuat masa dia habes nyanyi.. tak malunya..

FK bagi 4.25bintang..

persembahan #13 ; Matahari by Rubisa

nyanyi dengan bagus.. penguasaan pentas yang baik..

FK bagi 4.25bintang..

persembahan #14 ; Rahasia Perempuan by Aril

ramai orang terjerit2 tengok persembahan dia.. tapi FK tak suka pon.. persembahan bagus.. tapi gaya sangat poyo.. menang gaya je tapi suara takde la best sangat pon..

FK bagi 4bintang..

Komen Konsert #1... okla. transformasi gak la..

2 comments:

my name is KARL 15 Mac 2009 8:29 PTG  

i like ur reviews... fair!

haha

my favs are;
aril, akim, isma, aishah, zizi, hafiz...

isma tu.. i byk undi tau!!! die x mcm saida last year..

Firdaus Kamaruzaman 16 Mac 2009 10:22 PG  

thx!!

betul la apa yang aku pikir pasal isma tu..

haha..

Related Posts with Thumbnails