Adnan Sempit

Petang tadi, gua bersama dua member gua gigih menaiki kereta perodua viva color silver gua meluncur laju ke Jusco Ipoh dengan satu tujuan, satu matlamat, mengubah impian menjadi realiti. Kitorang bukan mau pegi ujibakat Af8, tapi kitorang mau menonton Adnan Sempit yang baru ditayangkan arini.

Gua yang ganas dan rempit ni sudah semestinya menyokong filem filem rempit ni. Bukan gua je tapi ramai lagi mat mat rempit bersama minah minah mereka menonton filem ni.

Walaupon filem ni mempunyai unsur unsur tipikal filem melayu, tapi gua rasa filem ni best sebab unsur unsur lawak dalam filem ni memang terbaikla der. Lu orang comfirm suka punya la filem ni. Jadi gua sarankan kat lu orang semua, tak rugi kalau pergi menonton filem ni.

Bak kata gua, better la dari filem Muallaf yang gua tengok minggu lepas. Gua bagi 4 bintang la der kan. Chow.









Gua kira kira, dua minggu ni gua dah 3 kali tengok wayang kat Ipoh. Gua rasa boleh maju industri perfileman kita kalau gua terus support macam ni.

2 comments:

.ilinasir. 14 Januari 2010 10:51 PTG  

best ke wei cite die?
pelakon die siape eh?
cam tak glamer kan?

Firdaus Kamaruzaman 14 Januari 2010 11:10 PTG  

best la ili..

kena tengok nih...

Related Posts with Thumbnails