Jumaat

Sekarang dah pagi di hari jumaat. Awal gua bangun hari ni. Ah, propaganda je semua tu. Cehhh, gua pakai propaganda. Ye la kan, sekarang trend kat lagu pakai propaganda. Tak caya cuba lu orang dengar lagu Drama King dengan Ekstravaganza. Actually gua tak tido lagi sejak check result exam. Insomia agaknya.

Teringat gua masa sekolah sekolah dulu semayang subuh hari jumaat mesti lama sebab baca surah assajadah sekali pastu bila dapat sujud sajadah tu lama je, best je sebab lama sangat berdiri kan.

Pastu berebut rebut pegi sarapan kat dewan makan. Hari jumaat mestila makan nasi lemak. Ramai je yang pegi makan nasi lemak. Kalau hari lain jangan harapla nak ramai camni.

Dah makan nasi lemak, pastu saket perut. Pastu buang air. Pastu lambat pegi sekolah. Gua dah masak betul dah dengan suasana hari jumaat kat sekolah gua dulu.

Hari jumaat gak la akan kelihatan banyak sampin (ke sangpin. Ntah gua pon tak sure) yang dipakai terlondeh londeh. Hari jumaat kan.

Pastu masa khutbah jumaat, ramai je yang tersengguk sengguk. Kalah di medan tempur. Ada yang sampai kepala dah cecah lantai dia punya sengguk. Gua? Gua maintain tak tido. Walaupon gua bukannya tumpu 100% kat khutbah tu, tapi gua tak feel la tido masa khutbah jumaat. Gua tak bleh blah la der.

Yang paling best, hari jumaat masa zaman gua takde prep. Prep petang dengan prep malam dua dua takde. So, malam tu gua ngan member member gua lepak tengok tv dekat library. Alah, gua kan librarian. Member member gua pon librarian.








Pahal tiba tiba gua jadi sentimental. Ke gua dah sakit mental. Ntah.

2 comments:

hafizKAMID 15 Januari 2010 pada 10:01 PG  

pergh ko ni wat aku syahdu jek pagi2 ni.nasik lemak, sampin, tido time jumaat & tgk mlaysian idol kt library.wow really smapian la lu ni brader

Firdaus Kamaruzaman 15 Januari 2010 pada 11:16 PG  

mengimbau kenangan silam lu ke..

ok kan hafizkamid..

Related Posts with Thumbnails