Akademi Fantasi All-Star

Well. Kebanyakkan rancangan realiti macam survivor dan juga amazing race bila dah masuk banyak banyak season akan ada satu season all-star di mana bekas bekas peserta di bawa masuk semula untuk bertanding.

It is interesting to figure out siapa yang akan menjadi peserta all-star akademi fantasia since sekarang ni pon dah masuk year 8 kan. Jadi mari kita usha peserta all-star dari sudut pandang FK-Zone.

And please take note that bukan semua yang dipilih bedasarkan bakat semata mata tetapi faktor personaliti serta keupayaan menarik afundi serta menambah rencah dan drama dalam produksi tersebut. Plus, juara juara tak masuk sebab tak best la kan kalau diorang masuk.

The contestants are:

Nana AF1
Well, kita semua tahu yang Nana ni bukan la boleh nyanyi sangat kan. So its kind of interesting to find out after 8 years dia jadi artis, adakah skill menyanyi dia telah bertambah. Plus, boleh la kita tengok dia nangis tiap tiap minggu kan.


Dafi AF5
Dia ni pon kita tahu bukan la boleh nyanyi sangat. Tapi kebolehan dia untuk menarik undi tu sangat penting. AF kan bukannya tempat untuk mencungkil bakat semata mata. AF is a business.


Farah AF2
Ni baru betul betul boleh menyanyi plus ada personaliti yang disenangi. So kali ni kita tengok adakah penonton betul betul akan afundi dia.


Bob AF2
Bob ni suara sangat sedap. Tapi sayang disebabkan fizikal dia tak mempunyai kareer yang kukuh dan mantap. So AF All-star ni ibarat peluang kedua untuk dia memantapkan kereer nya.


Rini AF7
Rini punya personaliti yang kuat. Boleh nyanyi. Jadi, mungkin kita boleh lihat lebih drama dengan kehadiran Rini dalam season ni kan. Mana tahu dia boleh sampai final.


Diddy AF4
Diddy antara bekas pelajar af4 yang menonjol sikit dari yang lain. Mempunyai suara yang bagus, sesuai benar untuk dibawa semula untuk bersaing dalam AF All Star ni.


Marsha AF3
Seorang pelakon dan juga penyanyi yang tidaklah kuat dalam mana mana bidang pon. Tapi mempunyai personaliti yang menarik dan manja serta menggoda. Sangat sesuai untuk menarik afundi.


Akim AF7Tengah popular sekarang ni kan. Suara ada, rupa boleh la, personaliti pon ada. So pilihan yang baik untuk menyertai AF All Star.


Farhan AF4
Mempunyai suara yang baik, tapi sayang lepas keluar af terus tak popular. Mungkin dia perlukan peluang kedua seperti ini.


Felix AF3
felix suara sedap, ada personaliti. Kiranya calon yang sesuai untuk menjuarai af. Tapi sayang, masa af3 tu aura mawi sangat kuat. Felix sering mendapat tempat ke2. Lepas keluar af, Felix gagal menjual bakatnya. Jadi kali ni mampukah Felix menjadi juara?


Saida AF6
Satu satunya wakil AF6 dalam AF All Star ni. Mungkin susah sangat nak pilih wakil dari AF6 kan. Tapi Saida ni interesting untuk dilihat. Selepas keluar af, dia banyak menumpang show2 adiknya, Siti Nurhaliza. Dan dah ada single sendiri. Adakah dia telah improve bakat nyanyian serta penguasaan pentasnya? sama sama kita lihat.


Aizat AF5
Aizat sedang berada di kemuncak kerjayanya. kalau dioffer untuk menyertai AF All Star mesti dia pikir lama. Tapi dia sangat berbakat. Sangat sesuai untuk menyertai AF All Star.


Amylea AF3
Lepas keluar af, masuk pula One In a Million. Tapi still tak dapat menonjolkan diri dalam industri hiburan. Mungkin kurang dari segi rupa. Tetapi dia memang berbakat. Boleh menyanyi serta membuat lagu. Mungkin peluang kedua untuk menyertai AF All Star ni membuka jalan baru kepada Amylea.


Iwan AF8
Peserta terakhir ni dipilih sebab nak cukupkan kuota untuk AF8. Disebabkan tiada peserta yang benar benar berbakat dalam AF8 ni dan dialah yang paling menonjol pon. So Iwan lah yang menjadi pilihan untuk AF All Star.


Ha itu dia senarai peserta AF All Star. Disebabkan ni AF All Star dan nak menarik bekas bekas pelajar ni join, so hadiah kena gempak. Jadi hadiah yang ideal ialah RM1juta. Kan Kan Kan. AF kan kaya..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails