Sepanjang hidup aku, aku sangatlah tidak reti nak buat karangan cerita. Tengoklah dalam blog ni, jarang la aku nak tulis pasal cerita cerita, selalu pasal pendapat je.
Kalau kat sekolah tu, tak akan punyalah aku pilih nak buat karangan jenis careka, asyik asyik pilih karangan fakta. Sebab setiap perenggan tu kena ada satu fakta, huraian, pastu bagi contoh. Senang.
Kang kalau aku buat cerita kang mesti kejap kejap lepas tu buat tu, lepas tu buat ni, tetiba dah habis sebab takde benda nak buat dah. Mesti karangan aku jadi pendek. Sebab aku sangatlah tidak reti nak describe suasana, benda, conversation, nak buat jadi menarik. Pakcik tak reti ok.
Jadi hari ni aku nak mencabar diri aku untuk membuat karangan jenis careka. Mana tau boleh masuk buku antologi kan. Wah.
**********************
Ketuk ketuk ketuk.. Ring ring ring.. Telefon bimbit nokia model 5200 berwarna merah putih  yang diletakkan di sebelah bantal berbunyi. Lalu seorang lelaki yang berusia lebih kurang 23 tahun mencapai telefon bimbit itu. Dengan mata yang terpisat pisat dia melihat di skrin telefon bimbit itu. "Alah, dah pukul 6.45 pagi ke? Kena bangun ni, kata orang pagi pagi begini ilmu cepat masuk, " getus hati lelaki itu. Lalu dia bangun dan menuju ke bilik air untuk membuat apa yang patut.
Sekembalinya dia dari bilik air, terus dia membuka nota nota ringkas yang telah dibuatnya semalam untuk menghafal fakta fakta penting sebelum dia menduduki peperiksaan "
Industrial Automation & Control System" pada pukul sembilan pagi nanti. Habis semua fakta fakta tentang 
fieldbus, 
DCS, 
PLC, 
capacitance level measurent dihafalnya. Bukan setakat itu, kertas ujian 1 dan 2 juga hampir lunyai dibeleknya. Mana tahu terkeluar semasa menjawab peperiksaan nanti, tidaklah kertas jawapan yang dihantarnya kosong saja nanti.
Sedar tak sedar, jam pon dah menunjukkan pukul 7.45 pagi. Terus dicapainya telefon bimbitnya itu yang terletak diatas rak buku sebelah meja belajarnya. Kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada rakan sekuliahnya, Fadzhli. "Li, nak gerak pukul berapa ni? Kereta kau 
kat mana?" Selang beberapa saat selepas itu, Fadzhli sudah membalas pesanan ringkas lelaki itu. "Pat, 
kol 830 kita gerak ya, kereta aku 
kat tepi jalan sebelah kafe."
Tepat pada masa yang dijanjikan, Pat menuju ke tempat meletak kenderaan seperti yang telah diarahkan. Kelihatan Fadzhli, seorang lelaki berbaju panas berwarna putih yang agak berisi badannya sedang memanaskan enjin kereta. Sambil menunggu teman wanita Fadzhli Atiqah bersama rakannya Faizatul, Pat menanyakan soalan yang disimpannya sejak semalam, "Fadzhli, nak cari 
flow yang mengunakan rumus Q sama dengan CEA darab punca kuasa dua darab 
differential pressure bahagi 
rho tu kan kena tahu 
inner dan 
outter diameterkan. Jadi 
beta sama dengan 
outer bahagi 
inner ke 
inner bahagi 
outer?" Lalu jawab Fadzhli, "owh, 
outer bahagi 
inner."
Sesampainya Atiqah dan Faizatul, Fadzhli terus memecut ke Dewan Chanselori yang menjadi dewan peperiksaan mereka pada hari ini. Sementara menunggu kebenaran untuk memasukki dewan peperiksaan, Fadzhli dan Pat berbual bual untuk menghilangkan 
nervous sambil sambil mengulangkaji pelajaran. Tetiba tiba, Pat tidak jadi 
nervous kerana dia teringat kata kata Simon Cowell, juri American Idol yang menyatakan 
the only reason you should feel nervous is when you are useless. Pat bukan seorang yang 
useless.
Kemudian Fadzhli menanyakan satu soalan untuk menguji daya ingatan Pat, "
what is the principle operation of an electromagnetic flowmeter?" Dengan yakinnya Pat menjawab,  "t
he principle operation of an electromagnetic flowmeter is based on Faraday's Law. An emf of electric potential is induced when a moving conductor with high velocity cuts through the magnetic potential of the magnetic flux. In this case, the liquid flows through the meter is the conductor." Ayatnya serupa macam ayat dalam 
lecture note sebab Pat memang dah menghafalnya sejak dari semalam.
Dan masa yang ditunggu mereka telah tiba. Saat untuk memasuki dewan peperiksaan. Sebelum masuk, mereka mengucapkan 
good luck kepada satu sama lain.
*************************
Tengok. Penat ok nak buat karangan jenis careka. Tu baru buat karangan dari pukul 6.45 pagi sampai pukul 9 pagi. Kalau lebih tak tau bape panjang lagi aku nak kena mengarang. Jadi, camne dengan percubaan aku untuk menulis karangan cakera? Btw, karangan ni hanya boleh dipaham oleh budak budak yang amik IACS sahaja. Haha.
Okla sudah malam. Jadi aku mau tido dulu. Bye.