Hai semua. Lama gila oiii aku tak update blog.. oink oink. bulan mei tak berusik langsung blog aku ni. Jadi aku update la ye pasal aku sekarang ni.
Sekarang ni tengah final exam terakhir aku sebagai student. tak sabar rasanya nak habis cepat cepat tapi biar masa study tu rasa lama je biar semua ilmu tu bagai di absorb unconsciously. Setakat ni aku dah habis dua paper semalam, Cultural Anthropology dengan Operation Management. Selasa ni paper Industial Automation & Control System, dan paper last aku ialah pada sabtu depan, paper Power Electronics 2. 9 June pulak final presentation FYP aku, pastu GRADDD.
Oh ye, hari tu aku ada tulis pasal soalan Cultural Anthropology tu kan, so aku dah dapat jawapan dia dah. Meh sini aku bagi tau.
Soalan pasal marry out or die out tu macam ni jawapan dia. Dalam sesetengah culture, diorang mengamalkan perkahwinan dalam group mereka sendiri, tapi kadang kadang bila group tu ada penyakit genetik ataupon keturunan, lebih baik mereka kawin dengan orang dari luar group tu supaya anak cucu yang bakal lahir tu tak mewarisi penyakit mereka yang boleh menyebabkan kematian. Contohnya telesemia, kalau dah dua dua mak bapak ada membawa gen talasemia, maka anak yang bakal lahir tu akan sakit la kan, so better dia kawin dengan orang yang tak membawa gen telesemia.
Ok, ada paham?
Soalan religion may keep the rich rich and the poor poor tu plak jawapannya cam ni. Menurut teori Marxism, dunia ni terdiri daripada 2 kelas sahaja, iaitu the rulling class, dan juga the working class. The rulling class ni sah sah la yang kaya raya, banyak harta, ada power, pegang sumber ekonomi, manakala working class ni orang orang miskin yang hanya ada kudrat untuk bekerja sahaja.
Jadi, rulling class ni tahu kalau working class ni memberontak, habis la diorang. Jadi mereka memperkenalkan dan menggalakkan working class ni untuk have religion. Sebabnya, religion tu hanyalah illusion je. Bila working class ni percaya pada agama, maka lebih senangla rulling class ni nak memeras working class ni. So jurang society pon akan ada disitu.
Tapi macam mana la religion boleh buat sampai macam tu sekali kan. Haaa, dengan religion, working class ni akan ada harapan bahawa dalam kesusahan diorang tu, akan datang mereka akan mengecapi jugak kebahagaian, ada syurga. Selain itu, dengan agama jugak mereka jadi redha je, tak pela susah susah sekarang, dapat pahala. redha je. Agama jugak menyebabkan working class ni tak berusaha apa apa, just berharap satu hari nanti tuhan akan tolong mereka.
Jadi sebab tu la religion keeps the rich rich and the poor poor. Betul tak?
Ok masuk topik lain. Sejak aku tak bawak kereta ni ni kan aku rasa dunia aku ni sempit aje. Rasa terkurung je dalam UTP ni. Kalau nak gi memana kena mintak tolong orang, kena tunggu orang, kena pinjam orang, so kebanyakkannya aku just jalan kaki je. Alah tu pon bukan jauh sangat pon, paling jauh pon pegi IRC dengan bank.
So, aku jadi burung didalam sangkar je la tak pon ikan didalam akuarium. Dapat tengok dan berimiginasi je la keadaan kat luar macam mana. Haha, sedikit over disitu. Rasa dia lain bila kau tak penah bawak kereta dengan kau penah bawak kereta tapi kereta tu dah takde. Rasa lain. tapi takpela, dekat nak habes dah pon kan.
Topik lain. Sekarang ni aku dah ada tabiat apa ntah. Mana ntah aku dapat. Sebelum tidur aku akan baca blog blog perempuan perempuan muda yang dah kahwin macam blog Ceeramon, Kasih Aleeya, Kak Tijah, Apple Green, Peej Burhan (ops dia belom kawin), Virus Padu, Cik Geli Geli. Aku tak link sebab malas plak nak carik blog diorang. So cari sendiri la ye. Tapi kenapa aku baca blog perempuan. Ye la paham paham je la, ada ke blog lelaki yang selalu update pastu cerita kisah seharian mereka termasuklah kisah kisah dalam selimutkan. Mana ada kan. Rasa best je baca kehidupan berumah tangga diorang tu. Macam syook ya tak. Bila dah syok baca tu aku tengok tengok jam dah pukul 4 pagi. Tu yang bangun pukul 12, 1 tengahari tu.
Hurm, sapa nak kawin dengan aku?
Jadi dah cukup panjang belom post aku kali ni untuk cover bulan mei punya post? Cukupla kan. Nanti nanti lepas ni kalau aku ada mood aku update lagi ye.
Ok bye.

1 comments:
thanks dengan jawapan ca. final exam mode. haha.
Catat Ulasan