kasih ibu~

untuk entry kali ini FK just copy paste satu cerita yang menyayat hati dari blog seorang teman.. Kasih seorang ibu.. Thanks to Matpeet, http://matpeet.blogspot.com for the nice story..eternal gift

a mother's sacrifice..after i've read diz story, if im not mistaken, bout last week's tv3 drama (9th of may kot~), all the plot n even the ending wuz d same. anyhow, it surely touches d heart. heh. happy reading!
My mom only had one eye. I hated her... she was such an embarrassment. My mom ran a small shop at a flea market. She collected little weeds and such to sell... anything for the money we needed she was such an embarrassment. There was this one day during elementary school.I remember that it was field day, and my mom came. I was so embarrassed.How could she do this to me? I threw her a hateful look and ran out. The next day at school..."Your mom only has one eye?!" and they taunted me.

I wished that my mom would just disappear from this world so I said to my mom, "Mom, why don't you have the other eye?! You're only going to make me a laughingstock. Why don't you just die?" My mom did not respond. I guess I felt a little bad, but at the same time, it felt good to think that I had said what I'd wanted to say all this time.

Maybe it was because my mom hadn't punished me, but I didn't think that I had hurt her feelings very badly.

That night...I woke up, and went to the kitchen to get a glass of water. My mom was crying there, so quietly, as if she was afraid that she might wake me. I took a look at her, and then turned away. Because of the thing I had said to her earlier, there was something pinching at me in the corner of my heart. Even so, I hated my mother who was crying out of her one eye. So I told myself that I would grow up and become successful, because I hated my one-eyed mom and our desperate poverty.

Then I studied really hard. I left my mother and came to Seoul and studied, and got accepted in the Seoul University with all the confidence I had. Then, I got married. I bought a house of my own. Then I had kids, too. Now I'm living happily as a successful man. I like it here because it's a place that doesn't remind me of my mom. This happiness was getting bigger and bigger, when someone unexpected came to see me "What?! Who's this?!" ...It was my mother...Still with her one eye. It felt as if the whole sky was falling apart on me. My little girl ran away, scared of my mom's eye.

And I asked her, "Who are you? I don't know you!!!" as if I tried to make that real. I screamed at her "How dare you come to my house and scare my daughter! GET OUT OF HERE! NOW!!!" And to this, my mother quietly answered, "oh, I'm so sorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared. Thank good ness... she doesn't recognize me. I was quite relieved. I told myself that I wasn't going to care, or think about this for the rest of my life.
Then a wave of relief came upon me...one day, a letter regarding a school reunion came to my house. I lied to my wife saying that I was going on a business trip. After the reunion, I went down to the old shack, that I used to call a house...just out of curiosity there, I found my mother fallen on the cold ground. But I did not shed a single tear. She had a piece of paper in her hand.... it was a letter to me.

She wrote:My son...I think my life has been long enough now. And... I won't visit Seoul anymore... but would it be too much to ask if I wanted you to come visit me once in a while? I miss you so much. And I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I decided not to go to the school.... For you... I'm sorry that I only have one eye, and I was an embarrassment for you. You see, when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you having to grow up with only one eye... so I gave you mine...I was so proud of my son that was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye. I was never upset at you for anything you did. The couple times that you were angry with me. I thought to myself, 'it's because he loves me.' I miss the times when you were still young around me.I miss you so much. I love you. You mean the world to me.
My world shattered!!!
Then I cried for the person who lived for me... MY MOTHER
p/s: aiyo, nice story, aint it?!

FNB Convofair 2008

Atas permintaan seorang teman yang telah menghantar testi kepada FK, FK tunaikanla permintaan dia untuk mengenali ahli department FNB Convofair 2008.
Yang ni mestila FK. Yang paling macho antara semua. Tak percaya? The pictures worth a thousand words. Haha..



Hai, ayu tak saya. Nama saya Hanis. (FK: ada apa kat atas tu Hanis?)

Yang ni nama dia Amad. Yang lain.. no comment..


Hai, nama saya Rain..
Tapi nama betul saya Azreen. Yang bestnya pasal saya ni, saya ada kereta Kia berbonet panjang dan juga skrin laptop yang boleh dipusing 360 degree..




Hai, nama saya pula Amir. Ada orang kata Kak Ren nampak lagi muda dari saya. Ye ke yang dia awet muda. Ke saya yang nampak lagi tua dari Kak Ren. Maybe saya lebih matang kot..



Hai, nama saya Bopiq. Saya tengah garu kepala ni sebab tak tahan dengan telatah rakan-rakan saya tu. Terutamanya Amad yang banyak cakap tu. Kalau dah cakap tu tak reti nak berenti sampai suara serak jadinya.


Hai, saya Bahariah. Saya ni kiranya yang paling muda la antara mereka ni. Jadi panggil saya Adik Bahariah..
Ekceli, dalam department FK ni ada sorang lagi ahli. Nama dia Sadiq. Tapi ingat bukan Sadiq Segaraga penjual barang-barang terkenal dalam cerita 3abdul, tetapi nama dia Syed Sadiq. Anyway, nak buat camne. Dah FK tak ada gambar dia. Jadi, tulisan je la sebagai peganti bicara.
Okla tu ye. Dah kenalkan mereka ni semua. Kalau ada yag nak berkenalan tu, bagi tau je dekat FK. FK sedia membantu.
psst: FK masih single dan available..

Blythe

OMG!! FK sekarang ni sangat teruja dengan sesuatu. Tapi FK bukan la nak bersikap feminin ke apa. Cuma FK sangat tertarik dan teruja dengan benda ini.

Jeng..jeng..jeng..
Persembahkan.... BLYTHE... wuuhuuu...

Ha, comel tak.. FK suka sangat Blythe ni. Rasa nak beli satu je.. Tapi kena kumpul duit dulu sebab mahal sangat.. RM 300 ++ kenala FK kumpul duit dulu..

Apa pon korang suma tengok je la keindahan dan kecomelan yang FK amik dari internet ni. Nanti kalau FK dah ada satu, FK tangkap gambar dia dan FK tunjuk kat korang semua..

Layann..











SEPI THE MOVIE


FK baru saja pulang dari menonton filem Sepi arahan pengarah yang terkenal dengan kreativitinya iaitu Khabir Bhatia. FK memang menunggu-nunggu peluang untuk menonton filem ini setelah menyaksikan triller di tv.
Sejak dari beli tiket sehingga masuk ke panggung, yang hanya dapat FK lihat ialah sambutan penonton tentang filem ini memang 'sepi' sesuai dengan tajuk filem ini. Namun semangat FK tetap ada kerana FK sudah lama jatuh cinta dengan karya Khabir Bhatia sejak filem Cinta lagi.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang tiga orang yang hidup dalam kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu Adam, Sufi, dan Imaan yang mengajar mereka erti cinta, kehilangan, dan kesepian.
Adam lakonan Afdlin Shauki ialah seorang tukang masak handalan yang juga pemilik restoran terkemuka. Namun hidupnya kesepian kerana belum menjumpai pasangan yang dicintai dan mencintainya. Dia bertambah tertekan apabila kawan-kawannya dan adiknya melangsungkan perkahwinan. Kesepiannya berakhir apabila dia berjumpa dengan seorang wanita yang diidamkannya iaitu Ilyana (lakonan Vanidah Imran)
Sufi (lakonan Tony Eusuff) pula berlari beribu-ribu kilometer hanya untuk melupakan kesepiannya setelah kematian isteri tercinta. Hidupnya mula berubah apabila dia berjumpa dengan Marya (lakonan Eja), seorang isteri yang bertahun-tahun menunggu peluang untuk mengandung. Namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Marya disahkan mengandung semasa cinta mereka mula hendak berputik. Namun Sufi tetap menunggu Marya, wanita yang telah berjaya mengubat kesepiannya sehingga akhir hayatnya.
Imaan (lakonan Baizura Kahar) seorang gadis yang kesepian dan terperangkap dalam khayalannya setelah teman lelakinya, Khaliff (lakonan Pierre Andre) terbunuh apabila ingin membantu mangsa buli jalanan. Dia yang juga seorang penulis puisi telah ditakdirkan bertemu dengan Ean (lakonan Hussein Ruffadge) yang berjaya membawanya keluar dari dunia khayalannya bersama Khaliff.
Ketiga-tiga watak ini dikaitan dengan satu kemalangan jalan raya yang akan merubah hidup mereka.
Komen
Bagi FK filem ini mempunyai elemen kejutan apabila terdapat babak-babak yang tidak dapat dijangka menambahlan lagi penghayatan penonton terhadap jalan cerita filem ini.
Pujian juga harus diberikan kepada team produksi terutamanya pengarah Khabir Bhatia kerana berjaya menonjolkan keindahan Kuala Lumpur dan juga kawasan sekitarnya. Beliau berjaya menjadikan lorong-lorong belakang taman perumahan bergitu cantik, taman-taman disebuah bangunan lama begitu indah dan berseni.
Lagu-lagu yang dimuatkan didalam filem ini juga sangat bersesuaian dengan mood penonton. Pastinya lagu-lagu ini akan menjadi hit di corong-corong radio.
Namun apa yang menyedihkan ialah kenapa filem yang sebegini baik tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari penonton? Adakah kesan dari kenaikan harga minyak yang telah mengajar sikap berjimat cermat di kalangan penontom filem tempatan. Atau penonton lebih tertarik untuk menonton filem antarabangsa yang ditayangkan serentak dengan filem Sepi seperti Wanted.
Apa pon FK rasakan inilah filem melayu yang paling hebat yang pernah FK tonton. Kalau diberi kesempatan FK ingin meninton filen ini sekali lagi. FK bagi 5/5 bintang untuk filem ini. Filem wajib tonton untuk tahun 2008.

Buntu

setelah sekian lama blog FK ni terbengkalai, FK buntu.. tidak ketahuan nak tulis apa.. tolonggg!!! ada sesapa punya idea nak tolong FK?

aku.muzik.kamu


Sajak album aku.muzik.kamu nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai album terbaik anugerah industri muzik baru-baru ini belum sempat FK nak menghayati album penuh yang dikatakan mempunyai energi rock generasi baru.


Lalu sejak beberapa hari lalu, FK meluangkan masa yang tak berapa nak terluang ni untuk mendengar. Yes. memang betul tindakan juri memilih album ini sebagai album terbaik. FK setuju.


Album yang memuatkan 13 lagu ini dimulakan dengan mengajak pendengar untuk berrock-n-roll bersama faizal menerusi lagu Batu & Golek. Lagu yang sudah popular dimainkan dicorong-corong radio.


Kemudian, pendengar didendangkan dengan siri-siri lagu rock versi faizal tahir yang rancak mahupon slow rock. Antaranya Kerna Kamu, Aku Punya Kamu, Sempurna, dan juga Cuba (which is one of my fav song in this album) disamping lagu-lagu yang sudah menjadi siulan peminatnya antaranya Mahakarya Cinta, Sampai Syurga dan juga Gemuruh.


Faizal juga tampil dengan sebuah lagu bahasa inggeris yang bertajuk La Da Di Dum. Muziknya yang segar serta gaya penyampaian yang tersendiri berjaya mencuri perhatian FK untuk terus mendengar lagu ini berulang-ulang kali sambil menggoyang-goyangkan badan. Memang berkesan la..Tidak hairanlah lagu ini berjaya dicalonkan dalam top 5 susunan muzik terbaik dalam lagu bahasa inggeris semasa anugerah industri muzik yang lalu.


Apapon FK merasakan yang inilah dia album yang wajib untuk dimiliki. So, apa tunggu lagi, dapatkanlah album ini di kedai-kedai cd berhampiran dan belilah yang original. FK bagi 4.5/5 bintang untuk album ini.

and the winner is..

Kalau dah kipas-susah-mati rancangan realiti tu, FK pasti tak nak melepaskan peluang untuk berbicara tentang episod akhirnya walaupon lambat menulisnya didalam blog FK ni. Buat pengetahuan semua FK sekarang dalam exam week, so perhatian lebih ditumpukan kepada pelajaran dan akibatnya FK-Zone ni pon bercuti la.



Parvati Shallow: Sole Survivor Micronesia



Survivor Micronesia: Fans vs Favs telah melabuhkan tirainya ahad lepas dan pemilik sejuta usd yang baru ialah Parvati Shallow. Amanda Kimmel pula hanya berjaya menjadi runner-up buat edisi yang ke-16 ni. Gaya permainan Parvati yang lebih agresif kali ini memikat hati juri untuk memilihnya sebagai the sole survivor. Walaupon FK lebih meminati gaya permainan Amanda yang lebih setia kepada pakatannya dan under the radar tetapi apakan daya the tribe has spoken and the winner is Parvati. Tahniah FK ucapkan.




Amanda Kimmel, Runner Up Survivor Micronesia




Tidak ketinggalan, rancangan mencari model terkemuka Amerika, America's Next Top Model (ANTM) edisi ke-10 telah menemui pemenangnya minggu lalu. Whitney Thompsan, full-figured model pertama yang berjaya menjuarai rancangan ini mengalahkan Anya Kop, yang selama ini FK agak akan menjuarai rancangan ini kerana dia telah menunjukkan bakatnya sejak episod pertama musim ini disiarkan.





Anya Kop, runner-up ANTM 10



Apapon FK lebih tertarik dengan ucapan kemenangan Whitney yang disiarkan selepas dia diumumkan menjadi pemenang. "There's definitely times I've looked in the mirror or at other girls and thought that I wasn't like them -- always being judged and thinking, 'Am I different? Is there something wrong with me? No. I do feel good about myself and I want other women in America to feel good about themselves. I honestly think that girls will look up to me and say, 'I can do that. I can be that. I don't have to starve. I don't have to have plastic surgery. I can really be like that. I can be on the billboard. I can be on that magazine cover. Why? Because I'm beautiful -- on the inside out.' I have breasts, I have hips, I have a butt -- and I am so proud of those things. I am here and I am me. I'm not going to change myself." Apapon, tahniah buat Whitney.



Whitney Thompson, first full-figured model who win ANTM

identiti diri

selamat petang. baru baru ini FK-ZONE telah dikutuk oleh satu blog lain yang mengatakan kandungan blog FK ini hanyalah gosip semata-mata.. which is true.. dan juga terdapat komen dari teman-teman yang gaya penulisan FK ni sangat bosan.. which is true too.. so, nampaknya FK sekarang ni tercari-cari identiti blog FK supaya kandungannya lebih berinformasi dan menarik untuk dibaca.. tengokla FK akan cari identiti tu kat mana-mana je nanti.. dan kepada anda yang ada cadangan yang menarik boleh je bagi tau FK.. FK akan terima dengan hati yang terbuka..

chocolate

p/s: catatan ini telah ditulis pada 28april2008 pkl 12.30am. baru dapat diupload gara-gara internet yang lembab.

Tajuk kita pada hari ini ialah chocolate aka coklat. Ini semua gara-gara tetiba teringin makan coklat. Walaupon FK tak suka sangat makan coklat sebab bila makan cepat muak tapi FK layan je terutama coklat putih. Sedapp.

Actually dari kecil kita sudah diajar jangan makan coklat banyak-banyak nanti gigi buruk atau jangan makan coklat je keje nanti gemuk baru tau.. Ya, itu memang betul.

Tapi coklat itu bessstt!! Terutamanya kek coklat yang mak FK buat. Mak FK pandai wooo buat kek coklat.. sedaapp.. tapi tu la tak bleh makan banyak-banyak cepat muak..

Cerita pasal bab coklat ni FK teringat dua orang lecturer FK ni ada cerita pasal kebaikan coklat.. terbayang...

kisah #1
apabila anda mendaki puncak gunung kinabalu, what the heck u naik kinabalu bawak maggi dan nasi bagai, kata lecturer itu.. bukannya dapat masak air pon sebab di tekanan yang rendah.. kalau masak pon nasi mentah so nanti perut sakit.. baik bawak chocolate je.. disamping dapat memberi tenaga, chocolate juga ringan, jadi dapat mengurangkan beban beg anda..

kisah #2
apa guna angkasawan naik ke angkasa lepas bawak kuah sate bagai sebab di angkasa iaitu di zero graviti daya lekatan dan lekitan tu takde.. so kuah sate tu nanti takde rasa dan rasa cam telan bola sebijik.. Benda yang paling bagus ialah chocolate sebab daya lekatan dan lekitan dia tinggi so dapat rasala chocolate yang best tu.. yummy..

dan tetiba roomate FK bawak balik sepotong kek coklat hasil majlis hari jadi aliff adam katanya.. so happy birthday aliff adam.. cam tau-tau je FK teringin makan coklat..

hehe.. anyway itu saja update untuk kali ini.. FK tgh gigih nak study ni sebab pkl 3pm dan 6pm karang FK ada tesssstttt!! chayok2..

me, myself and i


salam semua. FK sekarang ni tgh muhasabah diri. Tengah mengkaji diri sendiri. Lalu FK menyoal siasat rakan-rakan yang ada dalam list gtalk FK. Walaupon ramai yang tak nak komen sebab kata busy walaupon gtalknya warna hijau. Sah-sah tipu. Tapi takpela, FK perlukan komen-komen yang ikhlas dan membina sahaja.

Rata-rata yang komen kata FK ni nampak sombong bila memula kenal FK. Kata yang FK ni nampak garang. Ye ke. Ye kot.

Ini dia antara komen-komen orang terhadap FK:


- pertama kali jmp tyme 1st kelas 1st year 1st sem..d perknalkn oleh KA yg baek hati..saat melihat wajahny,ak dpt lihat seribu ke-garangan yg tersimpan..wat ak x brni nk ckp ngn dier..lirikan matany ktika memndang ak mnonjolkan ke-diva-an dier..saat ak nk beckp ngn dier, dier seolah2 xnak layan ak..n palng pntng,tyme dorng KA kcu dier,bapak cpt giler dier merajuk..ak jd cuak nk dkt ngn dier..tp setelah bbrp hari belalu,ak dpt kenali dier ngn lbih rpat..ala2 KB gitu~most of ol,dier nih baek hati jgk rpny -Ryan aka Suri-

- emosi yang tidak stabil. ko bisu lg satu perlu ke senyap klu aku tanye pe2 kdg2. Gelak cara yang tidak ikhlas dengan orang yang kau tak suka atau yang kau tak rapat -kucai-

-adeyhh~~lawakk..hurmm..~1st..yg tuu ah..tpi klu tsermpak kt luarr...ak cm segann cket nk tego0o..ahaa..sbb nmpak cm garanggg..ngaaaaggaggagaaaa -ren-


Erm, ni je kot sebab ramai yang tak nak reply..

Actually, FK sedar yang FK ni banyak sangat sifat buruk. Antaranya:

- Selalu kelihatan sombong apabila bertemu dijalanan. Maybe senyuman tu kurang manis dan lambaian yang tak berapa nak dibalas.

- Sukar mesra dengan orang yang tidak kenali. So, kalau yang baru-baru kenal tu jangan harapla FK nak memulakan perbualan, kalau orang tu yang start pon, FK mesti jawab sepatah-sepatah. Maybe kurang sosial skill.

- Saya seorang yang dominant. Maksudnya, semua orang kena dengar cakap saya dan tidak boleh membantah. Saya juga ego. Saya tidak suka dikritik tetapi sangat suka mengkritik dan mengutuk.

- Banyak mulut. FK ni memang banyak cakap dan bila bercakap tu sangat kuat dan tak tahu malu. Kekadang orang suka sebab boleh menceriakan keadaan kononya, tetapi banyak juga buat orang sakit hati apabila cakap terlebih. Maybe kurang sensitif kot..

- Ada masa-masa period. Kadang-kadang tu rasa malas sangat nak cakap dan layan orang sekeliling. Tapi nasib baik FK dapat rumate yang berjiwa halus..

Maybe tu je kot.. Kalau ada sesapa yang nak komen, sila2la komen.. Nak kutuk pon takpe.. Janji rock.. Tetiba..

Related Posts with Thumbnails