vip hotfm big jam 2009

ni je gambar yang FK amik guna henset FK.. yang lain tunggu FK mintak kat vip lain~

kali ni FK nak story sket pasal pengalaman FK jadi vip hotfm big jam 2009 yang berlangsung di Danga Bay, Johor Bahru..

Hurm nak cerita dari awal sampai habes pon nanti berjela plak post kali ni.. so FK bagi tau yang penting-penting je la yer..

1. Rombongan vip ni diiringi oleh qistina seorang viva zoomers yang sangat cun serta mesra serta Nikit dan juga seorang bro ni yang FK lupa nama dia.. ramai la laki sibuk kacau qistina termasukla FK..

2. Kami tinggal di hotel grand paragon, jb yang sangat mewah dan best.. nak tau google.. kat hotel ni semua artis dan juga krew serta penyampai hotm stay kat sini.. so ada la ternampak faizal tahir, estrange dan juga one nation emcee kat lobi hotel tu.. owh anne ngan ikhwan gak..

3. Kalau semua pengunjung yang datang tengok konsert kat tempat terbuka, dalam hujan serta kesesakan orang ramai, kami vip ni duduk kat dalam khemah yang dikawal rapi oleh rela sambil makan-makan yang disediakan oleh hotfm..

4. kami juga dapat t-shirt hotfm big jam 2009

5. hanya fara fauzana serta seelan paul je yang datang ke khemah kami melayan para vip ni.. yang lain sombong! dan hanya fara fauzana je yang sebut para vip ni bila cakap atas pentas yang lain tak ingat pon!! saaaayyyannggg Fara!

6. azura adalah penyampai hotfm yang paling cun.. cun gilerrr!!

7. satu lagi kelebihan vip hotfm ni ialah dapat pegi backstage dan bergambar dan bermesra dengan artis.. so kat backstage tu FK dapat bergambar dengan faizal tahir, elyana, guitarist one buck shot, fabolous cats yang sangat sempoi, anne serta leya, azharina, the devine masters yang tak ada orang kenal sebab rupa tak cam artis tapi sangat baik dan mesra serta penuh dengan senyuman.. tabikla.. dapat bergambar dengan stacy sebaik sahaja dia turun pentas, dapat menegur aizat before dia perform serta bergambar bersama estrange..

8. mawi dan ekin serta bodyguard dia sangat sombong.. mawi tak nak toleh pon kat peminat yang nak bergambar dengan dia.. dia buat bodoh je.. mentang-mentang dah popular lupa diri la tuh..

9. tapi sayang FK tak sempat jumpa bunkface sebab kitorang kena masuk bergilir-gilir takleh masuk sekali semua..

10. FK tak sempat nak beli apa-apa sovenir sebab syok sangat menari-nari tengok konsert..

11. on da way nak balik tu terjumpa aizat, jinbara, the devine masters yang so cool serta humble kat R&R Ayer Keroh sebab rupanya bas artis jugak berhenti rehat kat situ..

12. walaupon FK pergi ke bigjam sorang tanpa kawan2 tapi FK dapat jumpa kawan-kawan baru yang sangat cool serta sempoii..

13. dan FK pegi sana tak bawak kamera hanya berbekalkan kamera henset, so FK tumpang je kamera budak-budak ni.. nanti korang email la ek gambar tu ye..

14. walaupon pegi satu hari je tapi tengok bape banyak artis yang FK jumpa dalam sehari.. seronok sangat..

15. Terima Kasih Hotfm.. tahun depan jemput kitorang lagi.. takyah recruit orang baru..

perlu kamu by nashrin & misha

personality test

Semalam FK ada buat quiz pasal personality test ni kat internet. So, FK nak share la result dia yang FK boleh kata lebih kurang 90% betul. Bacala..

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education:
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Love:
Love at first sight is your style. You are not fussy about who you fall for, and often there seems to be no rational reason for you deciding to love someone, it just happens and you'll follow your heart. When you do fall for someone, you fall completely. Your love is somewhat child-like, or what people like to call "puppy love". While following your heart is important, you should also remember to use your head occasionally.

Kind and Gentle:
Your kindness is your charm - you are also gentle and sweet. Everybody likes to be around people with your personality. Like a psychologist, people like to talk to you to discuss their problems because you are proper and discrete, as well as confident. You look mature and people respect you. People with this kind of character are few and far between.

perlu kamu~~

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi

Aku perlu
Aku rindu

haih~

.bosan.
.membosankan.
.kebosanan.
.terbosan.
.arrghh.. yang penting FK bosan.
.bosan dengan hidup.
.bunuh diri lebih baik?

am krew menang jawa rangers kalah

(post ini ditulis pada 7.45malam 21feb2009)

dengan semangat yang berkobar-kobar untuk beraksi. FK telah bangun seawal 6pagi untuk ke taman tasik titiwangsa.. ye la, kang lambat kang takut disqualified plak kang..

pukul 6.40 dah kuar rumah dah,maik lrt sampai titiwangsa, pastu naik teksi sampai taman tasik. pukul 7.30 sampai.. duduk2 tunggu2 lebih kurang pkl 830 baru start acara..

game #1 - stepping stone
dalam acara ni semua peserta dalam setiap team kena berjalan di atas batu bata sampai digarisan penamat... masa terpantas menang.. semua ahli jawa rangers sampai dulu sebelum ahli am krew tapi amkrew yang dinobatkan sebagai pemenang game #1 atas alasan masa mereka lebih pantas.. yang FK tak puas hati, kalau jawa rangers sampai dulu maka jawa rangers la yang terpantas.. ini satu konspirasi!!

game #2 - belon beracun
game ni senang je, peserta kena pas2 belon berisi air masuk dalam bakul, belon terbanyak menang.. no doubt, jawa rangers menang bergaya..

game #3 - bowling kelapa
dengar nama pon dah tau kan.. game ni balance antara jawa rangers dan juga am krew.. tetapi jawa rangers tetap unggul menerusi heronya iaitu AG, jawa rangers menang.

game #4 - balancing (FK main letak je nama ni)
3 peserta memakai bakul diatas kepala manakala 3lagi membaling bola pingpong ke dalam bakul tersebut. kalau ada bola pingpong hantar masuk bakul digarisan penamat.. am krew menang dengan 5bola manakala jawa rangers 2bola..

jawa rangers dan juga am krew seri.. FK mmg tak puas hati dengan keputusan yang game 1st tadi.. kalau tak dah menang dah..

game #5 - kira cam tie breaker la ni
Kieran dan Fara dirantai dan dikunci dengan mangga diatas kerusi, manakala AG dan juga Faizal kena mencari kunci didalam akuarium berisi air biru.. seorang peserta dari setiap team mambantu mereka untuk membuka kunci.. sape dapat buka dulu menang.. am krew menang dengan hanya kunci pertama.. nasib je tuh.. nasib ke sudah dirancang??

lalu am krew diumumkan sebagai pemenang telematch am krew vs jawa rangers dan akan dibawa menonton hotfm big jam di danga bay secara percuma.. penyokong2 jawa rangers walaupon sedih tetapi tetap have fun.. namun biasala kalau tak ada kejutan tak best la kan, lalu sielan paul mengumumkan yang jawa rangers juga akan dibawa ke dangan bay secara percuma.. so, kitorang sume pon sangatla gembira..

jadiknya, FK akan ke johor bahru hujung minggu ni.. hurm tak sabar-sabar!! walaupontakde member, namun FK tetap nak have fun nanti..

psst: Wana juara Mystarz LG, Nashrin tempat kedua~ hampa..

sudah pukul 6petang, hari jumaat.. FK ingin pulang~

dari kiri NASHRIN, Cassey, sape ntah, dan juga Hairi

weekend ni ada 2event yang FK tunggu sepanjang minggu ni.. iaitu;

1. Hotfm am krew vs hotfm jam
so hopefully, jam yang menang.. sebab FK teringin sangat pegi danga bay free.. hehe

2. Final Mystarz LG
yang akan berlangsung pada ahad malam ni.. walaupon rancangan ni tak popular tetapi FK tetap mengikuti perkembangan pertandingan ni.. so favorite FK untuk menang ialah NASHRIN sebab FK rasa dia je yang berbakat.. so, im voting for NASHRIN.. setakat ni dah FK dah undi satu.. yeahh..

hotfm am krew vs jawa rangers

(post ini ditulis pada 10.41pm 16feb2009)

selaku seorang pendengar setia hotfm FK tentulah teringin sangat nak join telematch am krew vs jawa rangers dimana mana-mana team yang menang akan dibawa ke hotfm big jam di dangan bay secara percuma..

so FK pon berhempas pulas la isi borang kat website hotfm dan tentulah FK sokong jawa rangers..

alhamdulillah tadi seorang krew hotfm call FK cakap FK terpilih untuk mewakili jawa rangers untuk telematch yang akan berlangsung pada sabtu ni di taman tasik titiwangsa.. yeayy.. akhirnya FK dapat join jugak..

so hopefully, jawa rangers akan mengalahkan am krew sekali gus melayakkan FK untuk ke danga bay 1march ni..

adios~

betul betul betul

(post ini ditulis pada 11.50pm 15feb2009)

semalam FK bawak adik-adik FK tengok cerita geng.. pengembaraan bermula di tgv seremban2.. kitorang sampai2 je masa tu pukul 3.15ptg tengok ramai gila orang beratur nak beli tiket kebanyakkannya keluarga..

tangok2 kat skrin tu pukul 3.20ptg punya sah-sahla full house, yang 5.20petang punya full gak.. yang pukul 9malam punya full gak.. yang tinggal pukul 11.40malam.. ada gila nak tunggu sampai midnite..

so dengan hampanya FK beratur la jugak dengan harapan ada la mana-mana lobang kosong nak duduk.. ye la penat tu datang jauh2 dari batu kikir siap bawak tisya lagi.. takkan nak balik hampa je..

masa beratur tu macam-macam la ragam yang FK dapat tengok.. ada yang mengeluh la cerita geng ni dah full.. ada budak-budak yang kena pujuk ngan mak ayah sebab dah takde diket nak masuk.. rata-rata yang FK tengok semua yang datang tu nak tengok geng..

so sampai je kat kaunter alhamdullillah ada jugak seat kosong tapi kat depan sekali ar.. mendongak pon mendongakla asal dapat tengok upin ngan ipin..

bila dah ada dalam panggung tu ada juga keletah yang lucu FK tengok.. ni semua gara-gara nak tengok geng punya pasal.. ada mak bapak yang tunjuk anak dia punya seat kat tengah tengah orang ramai.. mak dia duduk kat hujung sana.. ayahnya duduk kat depan.. makcik dia duduk kat celah-celah kat belakang.. ni sume gara-gara tiket yang kosong ada satu seat satu seat je.. so berpecah belahla keluarga bahagia tu sebab nak tangok geng..

cerita dia sangat menarik.. ada jalan cerita yang best sebab ada unsur2 seram, suspense, fantasi serta dipenuhai dialog2 yang mencuit hati.. kalah raja lawak skrip dia.. ditambah pula dengan animasi yang sangat bermutu serta sound system yang mengasyikkan memang layaklah kalau FK nak bagi 5bintang..

dan bila balik dalam kereta dengar radio pon ada pemanggil yang begitu suka dengan cerita geng ni.. sampai 2,3 pemanggil yang call bagi tau cerita ni sangat best siap ag pon promote kata dia tengok best giler..

siap adik-adik sepupu FK membebel2 ajak ibu diorang tengok cerita upin dan ipin ni..

so FK doakan semoga target pengarah filem ni untuk dapat kutipan sebanyak rm10 juta untuk pasaran malaysia sahaja tercapat dan FK yakin la target tu akan tercapai dengan melihat sambutan masyarakat malaysia terhadapat filem ni..

bagi yang belom tengok filem geng.. pengembaraan bermula ni tak rugi kalau korang pegi tengok..2,3 kali pon takpe..

apa lagi, mari kita sokong filem malaysia tapi bukan sokong sebab kesian tapi kita sokong sebab kualiti yang bagus tu.. adios~

adakah anda seorang pemandu?

(post ini ditulis pada 11.10pm 15feb2009)

*post ini tiada kaitan dengan isu politik dari mana-mana parti. ini hanya luahan rasa geram yang sudah tidak dapat dibendung oleh seorang pemandu..

cuba anda bayangkan.. anda sedang memandu dengan kelajuan yang tak sampai 60km/j dan kadang2 boleh mencecah 15km/j serta ada berderet lagi kereta didepan anda sedang membontoti sebuah lori balak yang sangat lembab dan perjalanan anda masih ada lebih kurang 40km lagi dan jalan yang anda lalui itu hanya ada dua lorong, satu pegi satu balik dan keadaan yang amat sukar untuk memotong sebab jalan yang bersimpang siur serta kenderaan berderet dikedua-dua arah.. apa yang anda akan lakukan?

a)anda rasa nak langgar je kereta depan tu..
b)anda rasa nak bunuh je diri..
c)dalam hati anda ni memang dah mencarut2 serta menyumpah seranah..

geram bukan?

begitulah yang FK rasa bila memandu dari batu kikir ke seremban atau seremban ke batu kikir.. atau dengan kata lain melalui jalan di kuala pilah yang sangat teruk..

mari FK huraikan situasi lalu lintas serta keadaan jalan dari batu kikir ke seremban serta sedikit tentang politik di kuala pilah..

1) jalan bahau-kuala pilah-seremban adalah jalan utama bagi penduduk sekitar kuala pilah dan jempol untuk ke seremban serta ke kuala lumpur, jalan ini juga digunakan oleh penduduk2 dari pahang yang ingin ke kuala lumpur.. so boleh dikatakan jalan ini sangat busy dan mempunyai pengguna jalan raya yang sangat ramai..

2) kondisi jalannya sangat teruk kerana hanya mempunyai dua lorong iaitu satu pergi satu balik dan hanya muat-muat untuk satu kereta dan satu moto di setiap lorong.. dan jalan tar yang berurap hanya ada sekitar 5-10inchi border dari line tepi jalan ke tanah..

3) bahu-bahu jalan yang mempunyai ruang yang terhad sehingga jika ada bas yang berhenti di bus stop semua kereta di belakang kena ikut bas tu berhenti sampai bas tu jalan balik sebab jalan yang sangat sempit..

4) jalan itu menyusuri kampung-kampung serta hutan2 yang jalannya bengkang bengkok seperi bukit putus menyusahkan untuk memotong..

5) jalan itu juga melalui pekan kuala pilah yang sememangnya sempit dan juga pekan tanjung ipoh yang dah nak roboh tu serta banyak pula kereta yang parking dibahu-bahu jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk..

6) jika waktu-waktu biasa perjalanan dari batu kikir ke seremban mengambil masa lebih sejam atau sejam setengah padahal jarak antara batu kikir ke seremban hanya 56km sahaja..

7) jika dimusim perayaan terutamanya hari raya haji dan aidilfitri kesesakan lalu lintas untuk orang balik ke seremban boleh mancapai sejauh 40km atau pendek kata kalau orang dari bahau tu akan jalan terhencot-hencot jam sampai la seremban..

8) walaupon ahli parlimen kuala pilah berjawatan timbalan menteri di jabatan perdana menteri tapi tak nampak pon apa sumbangan beliau terhadap orang-orang yang mengundi beliau..

9) dan juga walaupon seri menanti yang terletak di kuala pilah itu adalah bandar diraja negeri sembilan maksudnya kat situlah yang dipertuan besar serta kerabat diraja bersemanyam tetapi jalan2 di daerah ni sangatlah menyedihkan.. ye la sebab orang-orang istana ni semuanya ada polis pengiring sebab tu diorang tak rasa kesesakan lalu lintas yang menyakitkan hati tu..

10) owh ye, kondisi jalan yang berlubang-lubang serta kalau bertampal pon semua cam tak ikhlas je nak tampal jalan sebab tak sampai seminggu jalan tu akan berlubang balik.. ni semua gara-gara rasuahla ni..

11) ye la, nama pon kawasan kampung mesti ada je la makcik2 ni yang memandu macam dah nak mampus.. tak pon ada je lori-lori balak yang dah tak larat nak jalan dah tapi ada hati nak bawak balak tinggi-tinggi sampai silap-silap boleh jatuh balak tu..

12) kalau ada nasib dapat peluang memotong bila dah penat mengekor je kereta2 yang lembab tu tapi kat tempat nak potong tu double line siaplah ada je polis yang duduk depan sikit nak mintak duit kopi..

13) jangan cakaplah tentang perkhidmatan bas kat sini.. kadang-kadang sejam pon tak tentu ada bas lagi.. dah la keadaan bas yang dah nak roboh.. ada hati nak beroperasi lagi.. banyak je nampak bas-bas yang rosak kat tepi-tepi jalan tu.. dah la mnyusahkan penumpang, buat kesesakan lalu lintas lagi..

14) since kat sini orang-orang kampung je kan yang guna jalan ni dan datuk-datuk tu mana la lalu kat sini, so kalau malam tu memang gelap gelita la sebab takde lampu jalan.. kenapa? orang kampung tak bayar cukai ke..

15) dan last sekali, keadaan jalan ni sama je sejak FK lahir sampai sekarang ni.. tak penah berubah-rubah.. ntah apa je la pemeritah dah lakukan kat sini.. tak ada kemajuaan langsung..

so buat anda semua yang berangan-angan nak jadi menantu orang pilah, rentikan je la niat tu.. buat sakit hati je bila nak balik kampung nanti..

Related Posts with Thumbnails