FK seorang yang sensitif

percaya tak? FK seorang yang sensitif. pastinya itu satu sudut lain bagi diri FK.

owh tapi tidaklah sesensitif MAEL yang pasti menitiskan air mata menonton setiap movie ataupon seperti CHAIRY yang menangis teresak2 menonton cerita korea tentang nasib keluarga.

tapi FK sensitif juga.

FK rasa sebak sampai menitiskan air mata apabila menonton american ido 7 episod penyikiran untuk ke final apabila tersiar kisah Archuleta dan Cook pulang ke kampung dengan begitu ramai orang yang bersorak untuknya. Bagaimana mereka menjadi kebanggaan penduduk setempat. Itu satu kisah kejayaan. FK mudah sebak melihat kejayaan seseorang.

tetapi agak susah menitiskan air mata apabila menonton cerita sedih seperti 1 litre of tears. FK terpaksa meneran utk mengalirkan air mata.

tapi ikut masa kot

bila FK rasa sunyi FK akan rasa sedih yang amat sangat juga

sebab itu FK sudah mula bersedih untuk berpisah dengan teman2 lagi seminggu saat kami sudah hendak pegi intern.

FK takut kehilangan dan kesunyian dan kerinduan yang bakal tiba.

1 comments:

Tanpa Nama 22 November 2008 3:46 PG  

salam..
jangan takut..
satu perpisahan akan membuka lembaran pada satu pertemuan..
seperti kata fk..
hilang cuma dimata..
dihati tidak..

all the best..

along_cute

Related Posts with Thumbnails