10 perkara yang anda boleh buat jika keseorangan di hujung minggu


waah.. panjang tajuk entri kali ni.. disebabkan FK duduk keseorangan kat dalam bilik di UTP yang tercinta serta yang tak ada orang ini, maka mari kita berkongsi apa yang FK dan anda semua boleh lakukan untuk mengelakkan mati kebosanan..

jeng jeng jeng..
(feel macam dalam cerita hagemaru plak.. hehe)

MEMPERSEMBAHKAN..
10 perkara yang anda boleh buat jika keseorangan di hujung minggu..

1. Bangun tidur lambat.. kalau bangun awal pon nanti anda perlukan lebih aktiviti untuk dibuat. So bangun lambat. Kalau selalu anda bangun pukul 8 pagi, jadi waktu waktu anda keseorangan dihujung minggu anda bangun la pukul 1 ke 2 ke..

2. Kalau rajin, bangun tu terus kemas bilik. Sapu sampah, basuh baju, kemas almari.. kalau anda masih rajin pegi sapu seluruh rumah, kemas dapur, basuh bilik air.. kalau tak cukup lagi pegi basuh bilik air rumah sebelah pulak.. tentu masa anda akan terisi nanti..

3. Jika selama ini anda seorang yang pemalas yang amat untuk bersenam.. anda boleh bersenam puas puas siap pasang lagu kuat kuat.. bersenam mengikut rentak lagu.. kalau teringin nak jogging, jogging saja dalam rumah sebab bukan ada orang pon. Kalau tak minat bersenam tapi minat menari, lagi best, anda menari la puas puas bukak lagu kuat kuat. Menarilah segala tarian yang anda minat..

4. Masa inilah anda boleh mengasah bakat nyanyian anda. Kalau selama ini orang kutuk suara anda sumbang atau sengau, gunakan peluang yang ada ni untuk anda memekak sepuas puas. Jadikan rumah ini pusat kareoke anda sendiri. Bukan ada Paul Moss atau housemate yang nak kritik anda pon.

5. Anda juga boleh dengar radio online macam yang FK sedang buat sekarang ni.. FK tengah dengar Hotfm online dari pagi sampai nak tido karang. Disamping dapat menemankan anda dikala kesunyian, ada juga dapat membantu menaikan rating stesyen radio kegemaran anda. Ye lah, sekarang ni sebuk stesyen radio nak naikan rating masing masing. Owh ye, bagi yang perasan ada bakat nak jadi dj radio tu, masa ni lah anda nak practice, bukan ada orang dengar pon. Kalau terlebih poyo pon takpe..

6. Bagi yang ada facebook, manfaatkan masa yang ada ni sepenuhnya. Masa ni lah anda nak komen serta kutuk facebook kawan kawan anda. Anda juga boleh buat kuiz yang-entah-apa-apa-itu sepuas puasnya.. dapat juga anda tahu personaliti diri. Boleh juga kalau anda nak main Scrabble, Uno dan juga Farm Town sepuasnya.

7. Kalau selama ni anda memang tak sempat nak menonton movie dan tv show kegemaran anda sebab anda terlalu sibuk berkerja, jadi ambil kesempatan ni download cerita cerita kegemaran anda dan tonton sepuas puasnya dari maghrib ni sampai maghrib esok tak ada sape pon nak marah.

3 terbaik minggu ini..
(aduh.. feel hagemaru lagi!)

8. Masa ni lah anda nak memperbanyak ibadah anda. kalau selama ni tak sempat nak baca quran, so gunakan masa ni nak baca sepuas-puasnya. Kalau selama ni sembahyang pon 2,3 minit jadi masa cuti ni anda sembahyanglah 10 minit pulak. Tambahkan ilmu-ilmu anda, cuba belajar jadi imam untuk bacaan yasin, nanti tetiba disuruh mengimamkan bacaan yasin tak ada lah anda gabra nanti. betul tak?

9. Untuk para blogger, masa inilah anda nak memperbaiki mutu penulisan anda dengan membaca contoh contoh blog yang menarik. Anda boleh cantikkan blog anda. Dan kalau selama ni anda jarang dapat update blog, so apa kata anda update blog sampai 2-3 entri sehari pon tak apa. Kiranya sebagai back up bila anda tak dapat nak update nanti. Kan?

10. Bila anda keseorangan ni lah masa yang sesuai untuk anda explore fantasi seks anda.. lol.. hehe.. point ni tak dapatlah FK nak hurai panjang panjang.. Lu pikir la sendiri

Dengan adanya 10 panduan yang dapat FK kongsikan dengan anda ni diharapkan hari hari keseorangan anda dapat depnuhi dengan kegembiraan. Bye.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails