The Spy Next Door

Tadi aku dengan member aku dua orang pergi Ipoh Parade. Kitorang pergi main bowling. Biasalah kitorang memang minat sukan sukan orang kaya ni. Nak bersukan kena bayar. Tak bayar tak boleh bersukan. Sebab tu lah aku jarang bersukan. Dan sebab tu jugakla badan aku macam ni.

Kitorang main 3 game. Murah je RM 15 seorang. Plus dapat air lembut aka soft drink. Bukan bukan. Kitorang bukan minum cecair pencuci berjenama softlan. Kitorang minum air bikarbonat, air gas. Berbaloi bukan. Sambil sambil tu cuci mata.

Seperti biasa, aku tergolong dalam pemain bowling kelas D. Menurut kawan aku, Ismal, kelas D ni untuk pemain yang average mendapat mata kurang dari 100 dan sekitar 80, 90 setiap game. Lagipon balingan bola aku sangat perlahan dan releks. Sempoi orang kata.

Member aku lagi dua orang tu kelas B, C. Pendek kata kitorang memang tak sama kelas. Dengan itu aku memang sudah menempah tempat ke-3 dari 3 orang pemain. Tapi tak apa. Aku memang seronok cuci mata... dan juga bowling.

Dengan tidak dirancang, kitorang pergi tengok wayang lepas tu. Cerita The Spy Next Door. Movie terbaru dari Jackie Chan. Movie ke-4 yang aku tengok dalam masa 2 minggu selepas Muallaf, Avatar dan juga Adnan Sempit. Movie ni biasa biasa je. Tak best mana pon. Kalau tak tengok pon takpe.










Aku agak mesti korang pelik kenapa dulu aku guna 'FK', pastu guna 'gua'. Pastu guna 'aku' plak. Sebabnya, aku masih lagi tercari cari diri aku. Tapi aku rasa aku akan guna aku.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails