American Idol 9

Demam American Idol telah bermula dan pentas top 24 telah berlangsung minggu lalu dimana 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan telah disingkirkan.

Jadi mari kita review Top 12 Pilihan FK-Zone berdasarkan persembahan pertama serta potensi mereka.

Alex Lambert
*pilihan FK-Zone


Casey James
The Eye Candy and also The Ear Candy of the season
*pilihan FK-Zone


Aaron Kelly


Todrick Hall


Lee DeWyze


Andrew Garcia


Didi Benami
*pilihan FK-Zone


Crystal Bowersox


Siobhan Magnus


Lilly Scott


Katelyn Epperly


Haeley Vaughn
senyuman dan gitar merah mu semasa menyanyikan lagu I Want To Hold Your Hand by The Beatles tetap menjadi pojaan hatiku..kahkah..



Ha, amacam? Ini adalah pilihan peribadi aku. Apa pilihan anda pula?

Survivor Photoshop

Godek godek internet, jumpa gambar gambar ni. btw, diorang semua ni contestant survivor. Memang lucu. So enjoy.






Malaysian Talent

Tadi aku ada menonton American Idol Season 9, top 24. Pastu aku terfikir, kenapa kat sana bakat diorang tu tak putus putus, malah makin lama makin sedap.

Tapi kat malaysia ni, pertanding menyanyi tu season 1,2 je yang sedap. Season2 lepas tu dah tak sedap dah. Bakat pon dah tak ada. Ada tu, lepas 1,2 season dah tak ada. Kenapa?

Salah satu sebab yang paling obvious dan ramai yang akan jawab ialah population disana adalah berjuta juta kali dari kat Malaysia ni. Ok, itu betul dan aku tak akan menyangkal fakta tu.

Tapi ada dua lagi sebab yang dapat aku pikir buat masa sekarang.

Pertama, sistem pendidikan di America yang memberi peluang kepada mereka sejak kanak kanak lagi nak menceburi bidang muzik atau apa bidang sekali pon yang mereka minat. Sejak tu ramai antara mereka sejak kecil dah boleh main alat muzik, ramai yang boleh buat lagu dan menulis lirik.

Tapi kat Malaysia ni ada pendidikan muzik, tapi tiada penekanan dan kadang kadang diambil sambil lewa sahaja. Sekadar duduk menyanyi2 dan meniup2 apa-benda-alah-yang-macam-seruling tu. Ntah aku dah lupa. Ok, recorder nama dia.

Sebab tu, kalau ada audition kat Malaysia ni boleh nampak taraf taraf karoke je sebab yang datang tu bila rasa nyanyi kat karoke tu sedap sikit dah datang audition, kawan kawan pon cakap sedap kan. Bukan sebab bakat dan kecintaan yang sebenar terhadap muzik.

Jadi kalau kita rombak sedikit sistem pendidikan kita yang memberi pelajar memilih pengkhususan sejak dari kecil maka akan terhasillah penyanyi2 yang berbakat, lagu lagu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, serta filem filem yang syok sendiri.

Owh ye, sebut pasal filem syok sendiri. haritu aku menonton filem cicakman2: planet hitam yang bukan main kru bangga bangga terhadap pencapaian cgi mereka. Tapi bila aku tengok, rasa nak menangis, ketawa, dan malu pon ada bila aku tengok teknik teknik cgi yang dibanggakan tu. Serupa kartun dah aku tengok.

Dan ia berbalik semula pada pendidikan. Jika ilmu tentang teknik teknik perfileman ni dah dipelajari sejak dari kecik, maka filem filem yang dihasilkan pon akan berkualiti.

ok. Sebab kedua ialah family support di America yang sangat tinggi. Kalau pergi audition tu beratur family ikut walaupon kadang kadang nampak sangat peserta tu tak ada bakat. Tapi bila keluar menangis nagis lepas diuji bakat tu, family mereka sangatlah supportive.

tak macam kat malaysia ni. Ibu bapa semua nak anak anak jadi doktor, arkitek, engineer. Semua kerjaya yang hebat hebat. jadi, kalau anak tu ada keinginan untuk menjadi pelukis contohnya akan adalah ayat ayat seperti "kau ingat lukisan tu boleh bagi kau makan?"

itu semua dah terbukti sejak zaman filem p.ramlee lagi. contohnya dalam filem kassim selamat. punyalah mak dara tanya siapa kassim selamat tu, doktor ke, majistret ke, lawyer ke. Tapi bila diberitahu yang kassim selamat tu hanya ahli muzik, terus dia tak suka.


jadi, kalau malaysia dapat ubah dalam 2 aspek ni gerenti bukan sahaja bidang hiburan kita akan maju, silap silap orang lain yang nak tumpang roket kita pegi angkasa.

My Name Is Khan, and I Am Not A Terrorist


Aku baru je menonton filem terbaru gandingan Shah Rukh Khan dan juga Kajol ni. And I love it. Cerita yang sangat best dan bermakna. Boleh menang award macam Slumdorg Millionaire.

Dan kepada yang belum menonton silalah google saje sinopsisnya sebab aku malas nak cerita balik.

Tapi ada satu scean ni walaupon kecil je tapi sangat bermakna bagi aku. Scean masa dia nak jumpa president kat satu charity event tentang kanak kanak africa yang kelaparan. Dialog dia lebih kurang macam ni.


Receptionist: For dinner with The President is 500 dollar, you know. (dengan gaya kekwat)

Khan: Thats 500 dollar (mengeluarkan duit yang diikat dengan getah dari jaket dan bagi kat pompuan tu)

Receptionist: What church are you from?

Khan: Church? Church?

Receptionist: This is a christiant only event.

Khan: But its says that this a fun-riser for drought in africa. (menunjukkan poster ditangannya)

Receptionist: For christiant, honey.

Khan: Honey, keep it for those who are not christian in africa.


See. Walaupon dia bersusah payah mengumpul duit tu sebab nak jumpa president. Tapi dia tetap bg duit charity tu walaupon tak dapat jumpa kan. Dia sampai takde duit nak makan lepas tu.

And I wonder why Malaysia cannot come out with this kind of movie yang bukan saja best tapi full with message. Bukan nak semua movie kita macam ni, tapi cukuplah kalau ada satu, dua.

Ni tak habes habes buat movie movie ringan, yang tak menjana otak pon. Balik balik cite rempit, rempit, rempit. Tak pon seram, seram, seram, seram. Muak aku. Kalau ada mesej pon 1/20 dari keseluruhan movie itu sendiri.

Survivor Spoiler

*post ini mengandungi spoiler. Jadi pada sesiapa yang tak suka spoiler jangan baca. Harap maklum.

Aku memang suka spoiler. Semua rancangan realiti tv yang aku tgk, bila dia dah on air je aku terus tengok kat wikipedia apa yang berlaku dalam episode tu. Entah, aku rasa tak sabar sabar nak tahu episode tu walaupon bukan dengan menonton.

Sama macam tadi, aku sanggup berjaga sampai sekarang dan pukul 4 pagi tak tido tido lagi sebab baru habis baca spoiler di internet pasal survivor season baru ni.

dan bagi sesiapa yang dah tgk survivor sampai episode 2, mesti anda dah tahu kan yang Sugar dan juga Stephanie dah keluar.

dari apa yang aku baca tadi, Cirie yang aku minat tu bakal keluar dalam episode awal. maybe ke-4 terkeluar. dan juga james yang bajet best yang aku tak suka tu is removed from the game sebab injury. Again. Sama macam kat Micronesia. Padan muka.

Sekali lagi Parvati bermain game ini dengan sangat cemerlang sampai masuk final bersama Sandra kalau final tu final 2. bersama Russel kalau final tu final three tapi Russel comfirm no3. note that both Parvati and Sandra dah menang ye dulu.

And Amanda, Courtney, Candice, Danielle and Rupert akan menjadi jury.

So sekarang aku sokong Parvati lah. Lagi pon aku memang suka game dia sejak Micronesia lagi.

Jasi sekarang mari kita saksikan betul ke spoiler yang dah merebak di internet ni. haha. Kesian korang. Dan tak ada debaran nak tengok season ni sampai final.





Its ok. Surprise boleh buat orang sakit jantung apa.

Survivor Heroes vs Villains

Survivor kini kembali dengan menampilkan peserta peserta baik dan keji terulung dari season season lepas. Kiranya season 20 ni menampilkan all-stars yang kebanyakkannya dah masuk kali ke-3 main game ni. Dah kira memang otai la ni.


Dan peserta pesertanya ialah:

Heroes

Rupert
(from Pearl Island and All-Star)


Amanda
(from China and Micronesia)


Jason
(from China and Micronesia)
* i wonder why ramai yang suka dia ni sebab aku tak suka dia sejak dari china lagi


Sugar
(from Gabon)



Colby
(from The Australian Outback and All-Star)


Cirie
(from Panama and Micronesia)
* love her so much. hopefully she wins this season


Tom
(Winner of Survivor Palau)


Stephanie
(from Palau and Guetamala)


JT
(Winner of Survivor Tocantins)


Candice
(from Cook Island)
* wonder why dia boleh masuk season ni. best ke dia


Villains

Randy
(from survivor Gabon)



Parvati
(from Cook Island and Winner of Survivor Micronesia)


Boston Rob
(from Marquesas and All-Star)



Jerri
(from The Australian Outback and All-Star)


Coach
(from Tocantins)



Courtney
(from China)
* like her too


Russel
(from Samoa)


Danielle
(from Panama)


Tyson
(from Tocantins)



Sandra
(Winner of Survivor Pearl Island)


Disebabkan ramai sangat strong player, huru hara jadinya sebab semua nak tunjuk taring masing masing. Dan sebab tu jugakla susah nak cari nak sokong sapa. Tapi aku memang minat Cirie tapi season ni rasa dia cam keluar awal je. harap harap tak la kan.

Tips Menurunkan Berat Badan

Aku memang gemuk. Ok tipu. Aku kurus sebenarnya. Ok itu sahih tipu. Aku memang gemuk. Memang tak dapat di nafikan lagi. Tapi sejak akhir akhir ni bila aku tgk gambar aku, buruknya bukan main. Dah macam tak bermaya dan tak berseri.

Dulu tangkap gambar, of coursela aku gemuk tapi at least nampakla cergas dan serinya tu. Tapi gambar aku masa foundation dulu sangatla buruk sampai diri sendiri tengok tak nak mengaku dan rasa jijik.

Tapi sekarang, adala tergerak hati nak do something walaupon effortnya takde la setinggi mana pon. Bukan sebab nak kurus ramping serta bermasel, tapi biar nampak gemuk fit bukannya gemuk lembik dan tak bermaya serta menggelebeh.

Oleh itu, terimalah tips menguruskan badan dari orang gemuk.

  1. Bersenam. Sebagai asasnya, kita semua disarankan untuk bersenam sekurang kurangnya 20minit 3kali seminggu. Tapi untuk kurus of course la kena buat lebih dari tu. Sebab kan nak bakar lemak lemak tepu yang dan ada dalam badan tu sejak zaman berzaman.
  2. Diet. Ambillah makanan mengikut piramid makanan yang disarankan dan makanlah dengan sihat. Jauhi makanan makanan yang bukan saja menggemukan tapi tidak baik untuk otak. Oh ya, untuk kurus, bukan bermaknya kena skip meal tapi kena kurangkan makan. Biar makan sikit tapi kerap. Dan juga jangan tinggal breakfast sebab breakfast sangat penting untuk kekalkan tahap metabolisma dalam badan anda.
  3. Sedut lemak. Walaupon cara ni berkesan tapi sangat bahaya. Tapi kalau yang berani cubalah sebab kalau sangat bahaya takdela orang pakai kan cuma negative effect dia tu yang ditakuti. Kalau tak macam mana aizat boleh kuruskan dalam masa beberapa bulan saja.
  4. Ultrasonic Liposuction. Baru baca dalam surat khabar tadi. Ini bukan cara sedut lemak yang biasa. No cucuk cucuk ok. Just guna ultrasonic untuk mencairkan lemak lemak tu dan lemak lemak itu akan keluarkan mengikut sistem kumbahan. Excited jugak nak try tapi kena tunggu kaya dulu sebab comfirm comfirm la mahal mak datuk.
  5. Plastic Surgery. Yang macam cite the swan tu. Kena bedah bedah la nak bagi kurus. Tak nak la. Comfirmla sakit ya amats.
  6. Masuk Biggest Loser. Cara ni adalah cara yang paling berkesan serta free. Cuma tempat terhad la. Kalau anda cuba nak masuk tapi kena reject comfirm2 lepas tu berat badan naik berganda sebab dah putus asa nak kuranglan berat badan.

Jadi kalau anda nak kurangkan berat badan, pilih je cara mana yang anda nak. Ha, pilih pilih.







Sape ada tips senaman dan diet yang berkesan untuk menurunkan berat badan?

Owl City


Sekarang ni aku tengah layan lagu lagu dari Owl City. Lagu lagu dia ni bergenre kan synthpop yang ada unsur unsur electronic music dan juga disco.

Mentang mentang aku amik EE, muzik pon kena dengar yang ada electronic la kan. Pitam jap.

Tapi lagu lagu dia sangat layan dan kena dengan taste aku. Semua lagu lagu dia aku suka. Antara yang agak layan bagi aku ialah Hello Seattle, Vanilla Twilight, On The Wing, Fuzzy Blue Lights, Early Birdie, dan juga Meteor Shower. Tapi sebenarnya banyak lagi yang aku suka.

Pendek kata, sume lagu Owl City ni aku suka la. Maybe sebab muzik dia lain dari yang lain kot. Tenang je bila dengar.

Jadi, sape sape yang tak pernah dengar lagu Owl City dan inginkan kelainan cubala dengar. Mana tau kena dengan jiwa anda kan.

bermain lidah

Tadi aku dengar lagu dayang nurfaizah yang tajuknya aku tak ingat tapi liriknya ada "...manis dibibir, pandai bermain lidah.."

Lalu tergambar kat kotak imaginasi otak aku ni macam manala rupanya main lidah.

adakah:

a) 2 orang sedang enak bercium mulut (ala, cara omputih cium mulut dalam tv tu) sambil lidah diorang merayap rayap dalam mulut pasangannya.. ini adalah benda pertama yang aku bayangkan bila kuar lirik tu. ehem ehem. otak blue betul aku.

b) lidah tu boleh tanggalkan pastu kumpul lidah banyak2 pastu main cam main kad. hahaha

c) lidah bermain main sendirian didalam mulut.kejap keatas kejap kebawah mengira ngira gigi berlubang.

d) tapi maksud yang sebenarnya ialah pandai berkata kata.. bak kata pepatah lembut gigi dari lidah.. erm, ada kaitan ke.. ada kot.. maksudnya ayat yang dia tuturkan tu alamak sedapnya..








jadi jom kita main lidah. tak kisahla yang a ke b ke c ke d.. ahaha

Impak Seks Dalam Kehidupan

Seks adalah satu keperluan bagi setiap orang yang sudah cukup umur. Seks adalah sebahagian daripada keperluan hidup kita. Sama penting dengan makan, minum, sembahyang. Jadi tak perlu la nak malu malu bila bincang tentang isu seks.

Bagi aku, seks sangat mempengaruhi hidup kita. Ni bagi aku, pendapat aku. Kalau salah nevermind sebab aku tak buat research pon.

Seks yang baik dan sempurna akan menjadikan hidup anda lebih gembira. Seks yang sempurna hanya dapat dinikmati apabila kedua dua belah pihak merasa puas. Jadi rumah tangga pon makin bahagia dan kita pon lebih ceria.

Soalan aku, ni sebab aku tak pasti jawapannya.

Adakah bila seseorang tu melakukan seks yang sempurna atau a good seks, adakah dia akan penat dan tidak bermaya untuk bekerja pada keesokkan harinya atau dia akan melalui harinya dengan penuh ceria dan optimistik sambil tersenyum senyum kambing sepanjang hari dan tak sabar sabar nak buat seks lagi malam tu?

Bagi aku, dia akan melalui harinya dengan lebih ceria. Ye la kan. dan seronok dan bahagia kenala gembira.

Sebaliknya, kalau seseorang tu tidak memperolehi kepuasan seksnya maka hidup dia akan murung, selalu gaduh gaduh suami isteri. Mula lah nak makan luar. Lama lama rumah tangga musnah, anak anak teraniaya.

Jadi, seks memang penting dalam kehidupan kita. A good seks.

Oleh itu, tak salah kalau nak buat seks. Buatlah sampai puas supaya hari anda lebih gembira.

But of course, buatlah seks secara halal.

Tapi kalau nak buat seks haram pon terpulanglah, dosa tanggung sendiri. Satu je nasihat aku kalau korang nak buat seks haram.

Please wear protection.

Pakai kondom supaya penyakit kelamin tidak merebak dan takde la kes kes buang anak lepas ni. Kesian bayi bayi yang tidak berdosa tu.

Akhir kata, pandai main pandai simpan. Sekian.

Kind-Of-Thing Meter

40 minit terakhir kelas Cultural Anthropology by Doc Mat tadi, aku dan Syah telah mengira berapa kali Doc Mat cakap Kind Of Thing.

Dan jumlahnya adalah.... (drum please)

66 kali
dalam masa 40 minit

Amacam, banyak kan.

Tapi kalau kira kind-of je tadi mesti lagi banyak.







Next class boleh kira you-know plak.

Musim Panas Menjadi-jadi

Aku tak tau kenapa. Tapi musim panas sekarang ni menjadi jadi. Kat utp tanah gersang tu aku tak terasa sangat. Mungkin sebab kedudukan bilik aku yang sentiasa redup dan juga faktor bilik yang dikongsi hanya berdua serta tingkap dan kipas bilik yang sentiasa di buka 24jam.

Namun bila aku balik ke rumah aku yang terletak di daerah kuala pilah yang mendapat taburan hujan terendah di malaysia masa belajar geografi sekolah menengah dulu, panas dia menjadi jadi. Di tambah pula faktor rumah aku ni rumah teres yang bagi aku sistem pengudaraannya sangatlah tak tidak bagus serta kedudukan rumah yang disimbah tepat cahaya panas matahari di waktu petang.

Panas dan bahangnya tu hanya Allah yang tahu sampai tahap kipas dah dibuka yang paling laju dan sliding door tu di bukak seluas luasnya, namun panas nya tetap ada. Sampai tahap malam tadi aku tido di bilik belakang sambil buka tingkap seluas luasnya, dimana katil terletak disebelah tingkap.







Tapi, malam ni aku nak tido mana sebab port baik malam tadi dah takleh guna sebab adik pompuan aku dah balik. Bilik belakang tu bilik dia.

Tahan tahan.

Masa Muda

Bagi aku, waktu muda adalah masa untuk keluar dari kepompong dan eksplore new things. Time ni lah kita nak meninggalkan kelurga, belajar berdikari, pergi mengejar cita cita, menjelajah dunia, dan tidak hanya terperuk didalam zon selesa kita.

Time ni lah jugak kita nak kumpul pengalaman hidup, jumpa pelbagai ragam manusia, ilmu ilmu yang tak ada di kampung kita, dan mana tahu jodoh kita untuk dijadikan bekalan mengharungi hari mendatang dengan lebih matang dan mendidik anak anak kita serta memajukan kampung halaman melalui pengalaman kita.

Jadi, jika selama ni anda yang sedang selesa duduk didalam kepompong, terbanglah menjadi rama rama yang cantik. Jika ada peluang dan cita cita untuk merantau, keluarlah dari negeri anda dan pegilah tanpa ragu ragu. Merantau disini maksudnya pergi sambung belajar, kerja.

Dan juga time muda ni lah anda nak eksplore potensi diri. Jika selama ni anda jenis yang terperuk je mangadap pc 24-7, sekali sekala pergilah cuba flying fox ke, naik roller coster ke, wall climbing ke meremit ke. Oh bukan, merempit tak masuk sekali.

Oleh itu, marilah kita jadi berdikari dan keluar dari kepompong kita.

30 Hari Mencari Cinta: Day 2

Tapi hilal tak setuju dengan statement aku dalam post sebelum ni. dia kata adik beradik emak dia tak ikut figure nenek dia tapi ikut figure atuk dia.

So, lepas jumpa bakal mertua terus mintak clash dengan teman wanita. bila dia tanya kenapa, aku jawab "yang, u dah cantik dah, tip top, mantap. mak u pon bergetah lagi, tapi bapak u tu gemuk sangat. kita clash je la yang ye."

pitam kali kedua.

30 Hari Mencari Cinta: Day 1

Gempak tak idea ni. Tadi mencurah curah idea nak tulis tapi tetiba je tak tahu nak tulis apa.

Jadi aku post je la macam ni. Lain kali lah sambung.

Sekian.






Orang kata perempuan ni dia akan ikut figure emak dia bila dia dah tua. Kalau emak dia gemuk, maka dia pon gemokla masa tua. Kalau mak dia kurus, maka kurus la dia masa tua.

Silap silap lepas jumpa bakal mertua terus minta putus dengan teman wanita. Bila dia tanya kenapa, terus jawab "u cantik yang, tapi mak u gemuk sangat. so i nak clash dengan u"

pitam.

Malaysian Typing Speed Test III

50 perkataan

Speed test


ok pecah lagi rekod peribadi..

tapi still tak dapat nak tewaskan si jazlin ernida tu..

takpe2.. berusaha..

Malaysian Typing Speed Test II

48 perkataan

Speed test



yes yes. pecah rekod peribadi. ada bran?

Malaysian Typing Speed Test

46 perkataan

Speedtest


Amacam. Laju tak?

Di Liwat Atau Di Liwat Paksa

Baru balik dari mendengar perdebatan hangat di bilik seorang rakan. Isunya berkisarkan politik malaysia, pertembungan antara penyokong kuat kerajaan dan pembangkang. Isinya kuat mengenai Anwar vs. Najib, termasuk juga kisah liwat anwar dan juga saiful bukhari.

Lantaklah apa pon pendirian mereka. Aku tidak mahu campur mengenai isu altantuya, jet hilang, 16 september. Aku hanya menjadi pendengar sahaja. Tidak berminat untuk mengambil berat tentang isu ini. Buat berat kepala saja.

Namun aku begitu berminat dengan isu liwat itu. Sangat menarik bagi aku. Mungkin sebab sudah terpesong dengan norma norma masyarakat kita. Tambah tambah bila ada kenyataan seperti "can i fuck you?" sungguh kelakar dan menggelikan hati. Namun ingin aku utarakan pendapat aku ini berdasarkan logik akal tanpa sebarang bias walau sedikit pon.

Soalan pertama dari aku. Apakah pertuduhan yang dilemparkan oleh Saiful Bukhari? Adakah dia diliwat atau diliwat paksa? Itu aku tidak tahu. Minta anda semua untuk periksa semula.

Maksud diliwat disini ialah diliwat secara rela. Suka sama suka. Seperti seks antara suami dan isteri atau antara pelacur dan pelangganya. Suka sama suka. Ertinya berlaku adegan romen romen, kesedapan yang dinikmati oleh kedua dua pihak.

Diliwat paksa pula aku maksudkan sebagai rogol tapi guna bontot. Ertinya tiada kerelaan disitu. Mungkin akan terdapat kesan koyakkan dikemaluan, lebam lebam akibat meronta. Kesedapan yang hanya dinikmati oleh satu pihak sahaja. Seperti seks antara perogol dan mangsanya.

Juga diliwat paksa atau rogol boleh ditafsirkan sebagai seks bersama budak bawak umur. Tetapi bagi konteks Anwar dan Saiful Bukhari kedua-duanya cukup umur. Jadi kita boleh lupakan point ini.

Bagi aku, jika Saiful Bukhari diliwat paksa, baru ada pertuduhan terhadap anwar. Kerana ia berlaku tanpa rela. Jadi kes mahkamah yang berlangsung ini wajar diadakan.

Tetapi jika dia hanya diliwat sahaja, maka tiada pertuduhan disitu bagi pendapat aku. Jadi isu ini hanya menjadi tohmahan masyarakat tanpa melibatkan mahkamah kerana tiada pertuduhan. Jika ini senarionya, maknanya tiada kes.

Persoalannya sekarang yang aku sendiri tak pasti, apakah pertuduhan Saiful Bukhari? adakah dia diliwat atau diliwat paksa.

dan bukti2 dan keterangan saksi sepanjang prosiding mahkamah menjurus kearah apa? adakah dia diliwat atau diliwat paksa.







Sekian. Tetiba blog aku jadi blog politik. Pitam.

EE Second Hand Book Sale

Jualan awal sem datang lagi. Kami ada menjual buku buku teks terpakai dengan harga yang berpatutan.

RM 55

With CD
RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 55

RM 25

RM 40

RM 55


With CD
RM 55

RM 55


RM40

Jangan risau buku buku ini masih dalam keadaan brand new sebab al-maklumlah aku ni pemalas.

Yang penting, harga masih boleh dirunding.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli hanya email kepada:

ketupatmadu@gmail.com

Sekian terima kasih. Selamat membeli.

Related Posts with Thumbnails