derma atau peras?


semalam FK pergi pasar malam dibandar tun razak.. actually FK tak pegi malam pon.. pegi lepas kerja..

masa tengah jalan2 cari makanan tu, adala seorang pakcik ni pergi ke setiap gerai dengan membawa tabung yang nampak cam bekas air yang besar tu..

pastu dia cakap.. tabung surau tabung surau.. dengan nada yang keras sambil mengoncang-goncang dan menghentak-hentak tabung duit tu.. kira bukan cam mintak la.. ni cam paksa.. peniaga pon macam ikut je la bagi..

dalam hati FK, eh ni mintak derma ke mintak wang perlindungan tapi guna nama surau.. sebab selalu kalau orang nak mintak derma dia cakap elok2.. bang, mintak derma bang.. untuk tabung surau..

so, kemana arah tuju duit yang dikutip tu.. adakah betul2 ke surau atau masuk poket orang lain..

renung-renungkan dan selamat beramal..

psst: tadi FK jumpa ex-schoolmate, Ayie (korang ingat lagi dia?) masa semayang jumaat tadi kat masjid maktab perguruan teknik, cheras.. rupanya dia study kat situ.. borak2 jap tanya khabar pastu blah..

Widget Akademi Fantasia 7

quote #1

"sometimes some people are not worth to be friend with.."
-FK-

renung-renungkan dan selamat beramal..

psst: teringin nak tulis blog yang pendek2 tapi bermakna cam Ismal.. nampak cute..

kau membiusku dengan tag~

Hurm, FK di tag lagi.. dari Hafiz Kamid

1. Orang luar sana tak kenal kamu.Perjelaskan siapa kamu.

Seorang lelaki yang comel, pemalas dan bitch.

2. Sikap kamu yang 'mantap'

pemalu... erk..

3. Sikap kamu yang sangat jelek

bermulut leser..

4. Apa gajet yang sentiasa kamu bawak?

telefon bimbit..

5. Dah berapa HP kamu pakai selama neh?

6.. 3 daripadanya hilang.. careless kan..

6. Siapa bestfriend kamu?

tentulah Hilary, Ku Chairy, Mael dan Mini Moni..

7. Siapa yang kamu sayang selain family kamu?

takde siapa.. sebab takde yang sayang FK..

8. Lagik 10 tahun kamu jadi apa?

nak jadi dj di hotfm..

9. Kata-kata hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?

tak penah ambil berat pon pasal kata-kata hikmah..

10. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:

takde sesapa yang sehot FK..

aku dibius tag~

Tak sangka FK di tag oleh En. Hafiz Kamid.. ingat lagi beliau pada FK kan.. tu yang berkobar-kobar nak wat tag ni..

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?

FK-ZONE. Dulu masa sebelum FK ada blog FK suka baca blog Fara Fauzana dan dia suka gelarkan diri dia FF.. so theres come FK. Zone plak FK amik dari Hotfm Zone.. kiranya zone tu is my teritori la.. hurm, rupanya hidup FK ni di influence dari Hotfm ye..


2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

FK-ZONE gak.. erm sebab senang nak ingat la.. nama dan link blog serupa..


3. Apakah 'method' penulisan anda?

methodnya ialah gaya penulisan yang berterus terang dan bersahaja.. erk, tetiba.. FK tulis ikut mood, ikut apa yang nak tulis... selalunya bukan benda ilmiah.. hehe..


4. Pernah terfikir nak hapuskan blog anda?Sebabnya?

pernah. sebab bila Fk tulis pastu tengok2 takde orang baca.. macam takde feedback dari readers.. seolah2 FK ni indulgence.. wah, kosa kata dari simon dalam american idol sangat..


5. Apakah pendapat anda mengenai blog pemilik blog yang tag anda?
hafizKAMID.. dia ni skoolmate FK.. dan juga tadikamate.. blog dia ni sangat bosan dan takde unsur humor langsung.. kalau nak baca sekadar hiburan ringan2 takyah la.. topik dia tu bukan lagi topik remaja.. topik pra-dewasa..


6. Senaraikan 5 orang yang anda ingin tag.

KA, Ismal aka Mael, Mino aka Mini Moni, Acap aka Acapan, Budin aka Budinol

review konsert af7 minggu 5

* ditulis pada 12.12am,ahad 12april

kali ni dengan berkobar-kobar FK nak tulis pasal konsert af tadi. sebab ianya berbaloi.. konsert yang best dan menarik serta penuh dengan kejutan..

last week FK malas nak tulis sebab sakit hati Zizi keluar..

konsert dimulakan dengan lagu bonus, lucky dari 9 pelajar yang tinggal.. aik, mana menuju puncaknya yang katanya transformasi musim ni.. ehem2.. transformasi menyusahkan ke..

pelajar 1st yang membuat persembahan ialah isma.. kejutan yang predictable sejak tugasan diberikan.. comfirmla dia akan nyanyi ngan suami dia.. penyanyi asal lagu tu.. so taklah kejutan sangat pon.. aksi manja suami isteri tu bak kata adibah nor memang tak sesuai untuk tatapan umum.. depan anak2 pon rasanya terlebih sudah.. persembahan biasa2 je.. takde yang special..

akim ialah pelajar seterusnya.. mendendangkan lagu jika kau tiada bersama farah af2.. bagus seperti biasa.. ada peningkatan.. of course FK kipas-susah-mati akim.. go akim!!

next, qhaud!! sian dia.. dapat duet ngan heliza af5.. rasanya main tangkap muat je.. sebab dia tu tak best langsung.. padanla muka qhaud muram je bila dapat tau duet ngan heliza.. persembahan qhaud tak best langsung.. so qhaud boleh siap2 la nak disingkirkan.. apa pon mesti heliza malu besar apabila adibah nor komen "kadang2 rakan duet yang sumbang boleh buat kita sumbang gak" tapi mana tau qhaud sumbang dulu dan effect heliza.. haha.. apa2 la..

hafiz berduet dengan mila untuk lagu apa ek.. lupa la.. nyanyian asal dari rossa dan pasha ungu.. untung hafiz dapat lagu yang best serta rakan duet yang sesuai dan bagus..persembahan hafiz best seperti biasa..

claudia next dengan lagu kau muzik dihatiku bersama vince.. ada potensi untuk jadi persembahan terbaik minggu ni.. tapi FK agak terganggu dengan performance AC masa ni.. memula suruh claudia bersedia nak wat persembahan.. pastu tetiba ada vt plak untuk claudia.. pening2.. practice more AC.. yang seronoknya claudia dapat jumpa anak dia.. tapi anak dia tu dah macam tak kenal je mak dia tuh.. takde muka suka langsung tengok mak dia..

seorang lagi pelajar favorate FK ialah aishah.. menyanyikan lagu aiskrim yang FK rasa tak sesuai langsung untuk pertandingan.. kejutan pasal aliff aziz tu memang menjadi.. siap pakaikan rantai, suap2 kueh.. saje je nak bagi akim jeles.. haha.. anyway, persembahan aishah memang mantap, walaupon tak penah practice ngan alif.. so ada harapan nak jadi pelajar cemerlang minggu ni.. huhu..

kemudian yazid.. ada improvement.. showmanship yang sangat baik.. energy yang bagus.. tapi vokal tak hebat lagi.. rasanya tenaga pengajar mesti pilih yazid sebagai pelajar cemerlang minggu ni..

kejutan untuk aril.. af is back.. ada drama dan kejutan.. itulah af sebenarnya.. persembahan yang sangat baik.. tambah2 ada marsha yang cun melecun tu.. pastu nyanyi plak lagu feveret FK.. vokal pon ada improvement.. ada peluang jugak nak jadi pelajar terbaik..

show ditutp dengan persembahan sidi.. ada la improvement.. tapi tak setaraf dengan pelajar2 yang lain..

setelah melihat semua persembahan, 2 pelajar yang corot dari segi persembahan bagi FK ialah qhaud dan sidi..

oo thanks god, akhirnya.. itulah ayat yang terlintas difikiran FK bila sidi yang terkeluar.. he deserved it kan..

dan kejutan yang paling besar malam ni ialah bila FK tekan butang merah nak tengok keputusan undian tertinggi pada pukul 12 tadi.. cuba teka? isma hanya ada 3%.. haha, dia yang selama ni ungguk diatas carta kat bawah jugak akhrinya.. kalau ada double elimination tadi comfirm dia tersingkir gak..

so ini membuktikan yang undi2 tu semua, datang dari keluarga dia saja.. bukan suara rakyat malaysia.. dan kesimpulan kedua yang FK boleh buat ialah af fan is back.. sebab undian memang sangat berubah.. mesti mereka suka dengan af yang dah ada drama, kejutan dan juga gossip2 ni.. tapi sayang, bila buat camni AC akan cakap banyak dan buat FK bosan nak tengok dia.. nasib ada beberapa lawak dia yang buat FK tergelak..

apa pon FK predict qhaud will be eliminated next! adios dan jumpa lagi.. bye~~

konsert af7 minggu 3

hello.. FK kembali untuk mereview tentang konsert af minggu ni.. tapi malas la nak review sorang-sorang.. bak kata adlin, i banyak lagi kerja nak buat..

huhu.. rata-rata student membuat performance yang bagus.. tapi FK setuju dengan adlin, mereka hanya bagus, bukan hebat..

omg! FK suka sangat dengan komen adlin minggu ni... 100% betul..tapi korang perasan tak masa adlin komen, teachers sume buat muka tak puas hati.. esspecially ida nerina. muka kerut2 sampai gigit2 kertas lagi..drama sangat.. but still i love ida..

tentang penyingkiran obri dan rini.. they deserved it because semua student sangat bagus dan perform better than diorang kecuali sidi, yazid, erm.. aril pon boleh la..

so, FK predict sidi will be eliminated next!

psst: tak sabar nak tengok konsert minggu ni.. nak tengok boys nyanyi lagu siti, girls nyanyi lagu amy search..

JabbaWockeeZ


Hurm kepada sesape yang minat giler pasal dance.. pegi youtube pastu taip JABBAWOCKEEZ.. dan enjoy..

best gak ar..

S.T.R.E.S.S


this week takde mood nak update blogg..

so no review pasal AF minggu ni..

company tempat FK intern ni dah jadi huru-hara.. gara-gara politik di office.. lagi teruk dari politik malaysia..

boss dah tak jadi boss..

next.. ramai lagi dari ctmind ni yang nak resign..

good.. bankrup tau la..

intern.. jadi mangsa!

sayang jugak KA kat Ayam ;P

ikuti perbualan gtalk antara FK dan KA..

apatto:
ayam dah mati kew

KA:
?
ayam ape?

apatto:
ayam dah mati ke

KA:
sape ckp?

apatto:
kau tak tau ke

KA: tak

apatto:
aku dengar2 je khabar angin
tak tau la betul ke tak
tu yang aku tanya kau ni

KA:
dari mana kabar angin ko?

apatto:
aku chat ngan kucai tadi
wei betul ke

KA:
ko jgn wt lawak wei
igt idup mati nih lawak ke

apatto:
takdela aku sms dia tak penah nak jawab pon
tu yang aku tanya kau tu

KA:
motip
klo die mati
de la org inform aku

apatto:
berdebar kau ek
sayang jugak kau kat dia ek

psst: kepada ayam, kalau baca post ni, jangan lupa sms FK ye..

Related Posts with Thumbnails