gosip guy - episod 1: tanda tanya


Di sebuah kelas tutorial pada pagi rabu yang hening, kelihatan seorang tiga sekawan yang diberi nama W, S, dan K sedang duduk sebaris. Dihadapannya pula duduk seorang budak lelaki (just call him P) bersebelahan seorang gadis bernama F.

Sewaktu kelas yang bosan itu berjalan, tiba-tiba K bangun dari tempat duduknya dan duduk di sebelah P. K yang pada awalnya memberi alasan mencari stepler terus duduk dan berbual rancak bersama P dan F. Mungkin K ada udang disebalik batu. Dia yang sebelum ini di gembar-gemburkan mempunyai hubungan yang intim dengan F. Adakah dia K cemburu melihat P duduk disebelah F.

Tingkah laku K yang tidak semena-mena itu menjadi tanda-tanya bagi pelajar kelas itu. Apa sebenarnya hubungan K dan F? Mungkin juga mereka hanya teman biasa. Atau ini hanya satu kontroversi liar.

Apakah yang akan berlaku nanti. Teruskan bersama saya. Who am i? I know you like me..

xoxo.
Gosip Guy

sungguh babi budak itu


FK sangat geram dengan seorang budak ini. Biasala FK ni memang banyak cakap kan. So masa memula nak start lecture probstat tadi ni FK berbual-bual la dengan Syah yang duduk di sebelah FK.

Pastu ada budak perempuan yang duduk depan FK ni cakap,
"Bising betul budak belakang ni.."
dengan muka bajet best dan sombong dia tu. Kalau cantik boleh la kau nak belagak bagus dangan FK.

FK kan mana boleh kalah. Lalu FK pon cakapla kat Syah, "babi betul la budak depan ni.." sambil menguatkan lagi suara semasa berbual-bual dengan Syah. Eiy, tak puas hatinya FK.

Pastu masa tengah belajar tu sempat lagi dia palingkan muka babi dia tu yang bajet garang tu kat FK. Pleasela nak usha FK pula.

Actually FK dah lama dah perhatikan perangai sombong dan babi budak perempuan ni. Kalau baru tadi dia buat belagak ngan FK takpela. Ni selama ni dia duk buat muka belagak babi dan sombong dia tu plus bajet cantik tu kat semua orang yang tak berapa pandai cam FK ni. Kat bebudak pandai elokla pulak perangai babi dia tu dia simpan elok-elok.

Haih, macam-macam ragam manusia. FK tahu la yang FK memang bising tadi, tapi kalau nak tegur pon dengan cara yang elokla.

test belambak, myjuly05, dan benjo tb

Fuh..sekarang ni macam-macam benda berlaku dalam kehidupan FK. Hehe. Saje je nak buat gimik. Bukan apa, FK kan dah lama gila tak update blog. Sebenarnya FK memang nak update blog tapi entah macam mana susah pula idea nak kuar. So, Fk pon tangguh-tangguhkan la nak update blog ni. Sori la kepada para pembaca yang tertunggu-tunggu entry terbaru dari FK.

Anyway, minggu depan ni FK ada belambak test. Dah la semuanya susah-susah belaka. Nak study memangla teramat malas. Entah kenapa FK malas sangat nak study. So natijahnya comfirm-comfirmla buat teruk masa test nanti. Aduhai, tak nak la jadi camtu. Moga-moga hari esok ni FK akan meluangkan masa untuk belajar.

For your information, sekarang ni batch FK dah ada blog sendiri. Jangan main-main. Kami masih bersatu. hehe. Kat situ ada la berbagai-bagai info menarik tentang batch kami ni dan juga ada la gambar setiap individu dalam batch ni. Gambar FK pon ada ni. So, kepada sesape yang berminat bolehla layari http://myjuly05.blogspot.com/


rupa benjo sebenar


Ni FK nak mula mengutuk pihak pihak tertentu. Kepada pihak yang dikutuk baca aje la ye sebab ini blog FK. Suka hati FKla nak tulis apa pon. Anyway, tadi kawan FK salah seorang ahli keluarga tb08 ada menjual hotdog dan benjo dengan harga rm1.50 dan rm1.00 satu. Atas nama charity FK pon belila benjo satu. Dalam bayangan benjo itu adalah seperti rupa benjo-benjo yang biasa dijual. Alih-alih yang dapatnya, benjo berbentuk roti hotdog yang sudah keras dan macam tak ada telur dan penipu. Cet. Lalu FK bagi je benjo tu kat kawan FK. Dengar sini warga-warga tb, kalau nak berniaga tu buatlah dengan ikhlas. Tak payahla nak bagi baki-baki telur, sayur dan roti dari membuat hotdog sebab sosejnya dah habis. Patutla eventnya tak selesai-selesai lagi. FK tak tahulah apa masalah dalaman yang dialami oleh tb kali ini. Tapi apa yang FK nampak ialah tb kali ini seperti hilang fokus. Kamu nak membuat titian budi or nak menjual aiskrim, benjo serta hotdog atau kamu nak adakan roadshow tak habis-habis. Dan juga menurut keluhan seorang teman FK yang bekerja untuk tb ni, terdapatnya sikap kurang profesionalnya dalam pucuk pimpinannya sendiri. Tolongla jangan terbawa-bawa pergaduhan suami isteri ke tempat kerja. Sekian. Nasib baikla mereka reject FK masa Fk datang interview haritu.

Hehu. Jahat sangat FK ni mengutuk orang. Ala, macamla anda semua tak tahu yang FK ni memang kaki kutuk pon. Okla, semoga ketemu lagi dalam episod yang akan datang. babai..

Anugerah Segala Blog (ASB)


Hai apa khabar semua. Maaf kerana sekarang ni FK jarang mengupdate blog. Bukan apa rasanya makin sukar untuk memikirkan idea kreatif untuk ditulis buat tatapan semua. Bagi FK setiap apa yang dicoretkan itu sedikit sebanyak dapat memberi faedah kepada khalayak.


Dengan tidak disangka-sangka blog FK ni yang tidak sampai setahun jagung pon telah dicalonkan dalam Anugerah Segala Blog (sila layari http://lelakiini.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut) Terima kasih kepada pihak penganjur yang FK sendiri tidak kenal dan hairan bagaimana blog FK ni boleh tersenarai. Anyway terima kasih kerana memberi ruang kepada FK untuk menjadi sebahagian daripada blogger ipt (anugerah ini adalah pertandingan antara ipt)


Oleh itu, FK memerlukan respons daripada anda pembaca-pembaca blog FK ni untuk memberi idea segar bagaimana FK dapat memeriahkan dan mengilmiahkan setiap post dalam blog FK ini. Dengan harapan FK-ZONE berjaya mengungguli malam anugerah itu nanti.


p/s: FK dah mula menempah pakaian untu malam anugerah itu nanti.

malang pak kaduk

Semalam FK rasa nasib FK macam pak kaduk pulak. Walaupon FK dah tak berapa ingat kisah pak kaduk ni pasal apa, tapi guna ja la nama dia cam sesuai pulak..
Malam tadi dalam pukul 1lebih dah dekat nak pukul 2pagi, FK, KA, dan wanzul bercadangla nak pegi Sithick. Sesampai je kat kereta FK, tetiba nak start tak boleh. Memang tujuan FK nak keluar ni selain nak makan, FK nak isi minyak kereta yang dah seminggu tak isi. So, sah-sahla tak boleh start sebab dah abes minyak.
Jadi, KA ngan wanzul pun pinjamlah kereta Oner untuk pegi membeli minyak. Special thanks to Oner sebab bagi pinjam kereta dia. Lepas ni FK jadi KB la ngan Oner. Haha.
Sampai je kat stesen minyak, FK pon bayar la Rm2 untuk beli minyak masuk dalam botol. Tengah nak isi tu tetiba minyak tu terpercik plak kat KA. Haha. Abes muka dan mulutnya masuk minyak. Baju pon kena la sikit.
Dah beli tu, kami isi la minyak kereta FK. Dan kami keluarla untuk mengisi minyak kereta seterusnya meneruskan misi kami untuk makan di Sithick.
Ni semua akibat dari consequences management. Gara-gara tak ada duit nak isi minyak FK pulun bawak kereta gi ESU la, gi semayang jumaat. Argh, lepas ni selagi tak dapat duit FK pegi memana jalan kaki je la. Huhu. Kesian.
p/s: baki akaun terkini FK ialah RM25.23

Cuti Cuti Malaysia - Kuala Pilah


dalam segmen cuti cuti malaysia kali ini FK nak membawa anda semua pulang ke kampung halaman FK. Selamat datang ke Kuala Pilah. Kuala Pilah ialah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatihnya. Disini juga terletak Istana Seri Menanti iaitu tempat bersemanyamnya Yang Dipertuan Besar N9..
Jika dari Seremban, anda perlu melalui Bukit Putus sebelum sampai ke daerah ini. Bagi anda yag tidak biasa melaluinya, pastinya ia sedikit sebanyak menguji skill pemanduan anda kerana jalan yang bengkang-bangkok serta ada gaung disebalahnya. Tapi bagi FK, alah bisa tegal biasa.
Jika anda terasa letih setelah memandu di Bukit Putus, anda boleh saja merehatkan minda di Hutan Lipur Ulu Bendul, sebuah tempat perkelahan yang popular disini. Terletak di kaki Gunung Angsi, pelbagai aktiviti lasak dapat dilakukan disini.
bagi penduduk tempatan, terdapat satu tempat yang menjual cendol paling best di Malaysia ni iaitu gerai cendol yang terletak di Perhentian Bas Kuala Pilah. Rugi kalau anda kesini tidak mencuba cendol ni. Di pekan Kuala Pilah juga ada satu juadah yang tak boleh ditinggalkan iaitu rojaknya. Pergi saja ke pasar, pasti anda akan bertemu dengan kedai jual rojak yang best. huha..
Ha, apa anda tunggu lagi. Bersiaplah dan teruskan perjalanan anda kesini. Jom jalan jalan. Cuti Cuti Malaysia. Segala-galanya ada di sini.

ugly me

i think im ugly..
fat..
short..
when i look at my photo album, i never look good in pic..
plus my personality is not interesting..
im no good in neither learning nor sports..
my social life is sucks..
im always think i have a good voice but actually its not..
im not inspiring peope..
so whats the point im here..
bullshit..

ABP-BH 2007


FK baru sahaja menonton anugerah bintang popular 2007 dan kebanyakkan keputusannya seperti boleh dijangkakan serta majlis yang stereotype setiap tahun. Kadang muncul juga perasaan bosan apabila menontonnya.

Tapi yang bestnya, Fara Fauzana berjaya mengekalkan trofi pengacara wanita popular dan berjaya merampas trofi penyampai radio wanita popular dari juara bertahan Linda Onn. Fara adalah selebriti pujaan dan yang paling FK minat. Huahua.

Kemenangan Faizal Ismail sebagai peyampai radio popular buat julung-julung kalinya membuktikan yang HOT FM adalah radio no1 di Malaysia. Huahua. Era dah jatuh takhta.

Seperti jangkaan Mawi sekali lagi menjadi Bintang Paling Popular buat kali ke3 berturut-turut dan mengekalkan trofi penyanyi lelaki popular.

Dan Datin Seri Siti Nurhaliza masih lagi membawa pulang trofi penyanyi wanita popular. Entah mengapa sejak Siti berimej bertudung, dia kelihatan seperti makcik-makcik di usia muda dan seperti sudah tidak tahu berfesyan. Kenapa Siti? You look fat and old. Wardina, please help this makcik.

x.o.x.o.
FK~

my empty life

Bosan.Kosong.Hambar. Tiga perkataan yang sesuai untuk FK sekarang ni. Fk dah tak nak jadi FK. FK nak jadi orang lain yang hidupnya lebih best dan penuh warna-warni.


1- FK tiada minat dalam hidup. So memang FK tiada perkara yang menyeronokan untuk FK buat.


2-FK tidak bersukan. Kalau FK bersukan maka bolehla hilangkan bosan pergi bersukan atau berbual tentang sukan.


3-FK tidak punya ramai kawan. Balik-balik FK akan jumpa muka yang sama setiap hari dan apabila kawan-kawan FK semua busy maka FK keseorangan. Plus, kalau ramai kawan maka hidup akan lebih ceria.


4-Internet yang lembab. Kalau laju bolehla surf internet dan update blog. Tapi kekadang ada internet pon FK tak tahu nak buat apa. So how?


5-FK malas belajar. FK rasa sangat malas nak belajar. Rasa nak relax dan enjoy je setiap masa. Kalau FK rajin belajar maybe FK akan mengisi masa-masa terluang FK dengan study. Takpon membaca bahan bacaan ilmiah.


6-FK tak ada duit. Kalau FK banyak duit dah lama FK pergi jalan-jalan. Melancong. Satu hari nanti kalau FK banyak duit FK nak melancong jauh-jauh. Nak membawa diri. Maybe nak mulakan hidup baru tanpa ada orang yang kenal FK.


Tu je la yang FK nak cakap. Dan maafla kepada pembaca sekalian. Sejak akhir-akhir ni internet lembab yang amat. So, FK tak dapat nak letak gambar.

kegemaran saya

Hai. Ketemu lagi. Kali ini FK nak cerita tentang makanan dan minuman kegemaran FK. Semua orang dah tau yang negara kita ni memang syurga makanan la. Semua ada. Tambah-tambah bulan ramadhan. So, lets check out apa yang FK suka makan. Hehe.


1- Sate: ni benda yang paling FK suka makan. Kalau ada tu tak berenti renti makan sampaila sate tu habis. Tak bagi chance punya kat orang lain.Hehe. Lagi best sate tu kena la lengkap dengan kuah kacang yang masyuukk dan juga ada nasi impit serta timun dan bawang. Huhu. Bilala nak dapat scolar ni. Nak sate!


2- Mee Goreng Mamak: Actually FK ni bukanla penggemar restoran mamak sebab famili FK pon tak makan mamak. Adik FK kata sebab jijik. Huhu. Tapi bagi FK mee goreng mamak yang paling sedap ialah kat Sithick. Memang specialize dia mee dan megi kot. Hehe. Kalau ada masa try la. Bessst.



3- Burger Daging Special: Bila cite pasal bab ni FK teringin sangat nak makan burger daging special. Yang jual kat gerai-gerai burger tepi jalan tu. Tak nak yang jual kat restoran mahupon kat kafe. Tak asli. Tambah lagi best kalau ada black pepper. Fuh masyukk. Pilihan FK ialah gerai burger depan pasaraya aktif kat Kuala Pilah. Memang bestla.


4- Durian: Ni memang buah yang paling FK suka. Pada sesetengah orang, durian ni busuk tapi FK rasa best je. Maybe sebab kat kampung FK ada pokok durian banyaaaaaaaak. So memang selalula makan durian ni bila tiba musimnya.


5- Milo Ais: Ni ialah minuman kegemaran FK. Tak tahu kenapa, tapi sejak kecil kalau makan luar je FK mesti order air ni, agaknya dah sebati kot dengan tekak FK. huhu.


6- Sundae Cone: Ni aiskrim yang memang FK gian. Rasa nak makan banyak je. Kalau pegi tempat yang ada McD tu wajib beli sundae cone. Syokla. Dahla seringgit je best plak tu. Arghh, nak sundae.

Related Posts with Thumbnails