Ayu Juara One In a Million Musim Ke-2

baru tadi FK menyaksikan finale OIAM2 dan tahniahla FK ucapkan kepada Ayu kerana telah berjaya menjadi jutawan..
FK dari awal pertandingan ini meyokong Shila untuk menjadi juara tetapi bukan rezeki Shila untuk mengembangkan sayapnya menggunakan duit itu..
Apapun Sarah telah disingkirkan pada awal konsert finale kerana pentas hanya muat untuk 2org peserta.. I suka..
Walaupun FK rasa juri sangat menyebelahi Ayu setelah melontarkan komen yang agak menggeramkan FK.. Bagini, Ayu nyanyi dulu diikuti dengan Shila.. Ayu nyanyi cam biasa je la plus ada la terkucil-kucil sket.. Tapi juri cakap good dan oenuh penghayatan.. Time Shila nyanyi yang FK rasa sangat sedap dan takde terkucil dan telah dipersetujui oleh orang sekeliling (walaupun mereka sokong Ayu), komen juri ialah persembahan Shila kurang penghayatan.. Persoalanya, adakah muka sedih dan buruk Ayu menyebabkan penghayatannya kelihatan lebih bagus?
Apa pun, tahniah buat Ayu.. Walaupun FK rasa Ayu mungkin tidak mempunyai masa depan yang cerah berbanding Shila.. (Lihat saja contoh Suki dan Faizal.. Kemana Suki guna duit sejuta tu..) Mungkin Ayu lebih memerlukan duit itu untuk membantu keluarganya yang daif..
Hopefully lepas ni Shila akan terus maju dan buat album yang gempak disamping bimbingan bapanya ND Lala..
Anyway Shila, FK tetap peminat no1 Shila, walaupun Shila tak menang..
p/s: Lagu baru Shila yang bertajuk Memori Tercipta lebih sedap berbangding lagu Ayu (Hanya di Mercu) dan Sarah (Pasti Berbeza)

Di mana Aminur?


Baru-bari ni FK ada membaca blog ismal (klik nyanyian keroncong ismal untuk keterangan lanjut) dan FK terkejut dengan berita kehilangan Aminur.. Buat pengetahuan korang, Aminur aka Mino ni adalah kawan FK.

Dari apa yang diceritakan oleh Ismal dalam blognya, Mino di culik oleh Geng Adik-Adik.. Patutla FK dah lama tak nampak Mino..

Dengan itu, FK dengan ini perihatinnya menulis dalam blog FK ni untuk meminta Geng Adik-Adik untuk memulangkan Aminur ke pangkuan Geng Kain Pelikat yang merinduinya..


"Masalahnya, jahat sangat ke kita ni sampai dia nak duduk ngan adik-adik tu?" luahan perasaan seorang Kb.
-Ismal, Ketua Geng Kain Pelekat Bahagian Sungai Siput-



"Saya memohon kepada sesiapa yang menjumpai adik aminur supaya memulangannya segera.." rayuan seorang sahabat baik. -Hilal, Setiausaha Kehormat Geng Kain Pelekat-


"Aminur, kalau anda membaca blog ini, pulanglah.. Aku tak bermaksud nak mengatakan kau gigih aritu.." rasa kesal ahli geng. -Kucai, Ketua Pemuda Geng Kain Pelikat Negeri Pahang-


Dengan terpostnya entry ini, diharapkan semoga adik aminur dapat dijumpai secepat mungkin..

FK dan EKZEMA..

Sudah lama FK tak post apa-apa entry.. Maaflah, FK sedikit busy kerana ada dua test hari ni.. Tu yang gigih study tu.. Hehe.. Last-last tak boleh jawab semua pon.. Sikit je.. Camne FK nak dapat scolar balik ni? Huhu..

Okla.. Kali ni FK nak cerita pasal Ekzema.. FK yakin ramai yang tak tau apa itu Ekzema.. Ekzema ni ialah sejenis penyakit kulit dan tidak berjangkit. Ia adalah sejenis penyakit genetik yang diwarisi dari ibubapa dan dua dari sepuluh orang menghidap penyakit ni.. Dan ekzema ni juga berkait rapat ngan penyakit asma.. Contohnya dalam famili FK sendiri, siapa yang takda asma, ada ekzema.

Penyakit ni menyebabkan pengidapnya mengalami kegatalan kulit terutama di bahagian pelipat seperti di tengkuk, belakang lutut dan ruang antara tangan dan lengan. Apabila penghidap ekzema terdedah kepada habuk, cuaca terlalu kering atau peluh yang keluar dari badan, dia akan merasa gatal dan tidak dapat mengawal diri dari menggaru bahagian tersebut.

So, sape-sape yang pernah tengok FK terkeruk-keruk tu adalah disebabkan ekzema bukan sebab FK ni datang dari keluarga beruk..Hehe..

Penyakit ni sebenarnya tak boleh baik terus sebaliknya dia akan berkurang atau bertambah teruk terpulang bagaimana penghidapnya mengawalnya.. Kalau nak kawal tu kena la berpantang dari memakan makanan yang gatal terutamanya seafood dan jangan biar kulit kering.. So kenala sapu losyen selalu..

Antara selebriti yang menghidap ekzema ialah Azah Yazmin Yusuf.. Alah, bekas pengacara 3R tu.. So, bagi sesiapa yang menghidap ekzema tu janganla merendah diri sangat sebab FK dan Azah 3R dah membuktikan untuk sentiasa tampil berkeyakinan walupun tidak mempunyai kulit yang cantik..

Oho, walaupun entry FK kali ni agak bosan, tetapi tetap ilmiah. Maybe ini adalah satu ilmu bagi anda semua. Oh ye, bagi sesiapa yang nak tau mengenai penyakit ni dengan lebih lanjut bolehla melayari laman web ni.. http://www.eczema.webs.com/ atau http://www.atopiceczema.wordpress.com/ Semoga bertemu lagi.. Assalamualaikum..

Hurt


Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I hurt myself by hating you
Somedays I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so I'm afraid to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you
I am HURRRRRRRRRRRRRTTTTTTTTTTTTTTTT!!

Kucai dalam kenangan.. (1987~kini)

Kembali dalam sesi perkenalan watak-watak dalam hidup FK. Kali ni tiba giliran rumate FK sendiri untuk diperkenalkan kepada dunia.. Hehe.. Nama dia Ahmad Kushairy atau lebih glamour dengan gelaran Datin Sherry.. Haha tak la FK gurau je.. Lebih glamor dengan panggilan Kucai atau Erry oleh keluarganya..


Kucai ni seorang yang suka berjambu.. hehe.. Tak kisah la, yang penting dia ni seorang roomate yang understanding, baik hati dan rajin mengemas bilik.. Yang buat FK sayang sangat kat dia ni ialah sebab dia penaj jaga FK masa FK kena demam teruk + gastrik, dialah yang jaga FK, yang bagi FK makan ubat dan memanggil KA untuk bawa FK ke klinik.. Baikkan dia.. Yang bestnya time FK temuntah-muntah macam orang nak mati tu dia siap pasang lagu nasyid lagi. Tujuannya ialah untuk bagi FK tenang sket tetapi bukan untuk bersedia menghadapi kematian FK..


"Ala FK takyah la puji aku lebih-lebih. Naik plak saham aku nanti.."-Kucai-



Kucai (duduk paling kanan) bersama skuad hoki UTP.



Go Kucai Go..Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh



Kucai sedang berehat sambil makan tengahari bersama rakan-rakan hokinya.. Tengok tu dia berpeluh-peluh.. Turunla 2kg..


Tetapi FK ngan Kucai tidak dapat lagi roomate sama sem depan sebab Kucai dah nak pegi intern.. Tapi FK harap Kucai dapat intern kat Blok B je sebab nanti senang nak jumpa.. Hehe.. Taklah, FK doakan Kucai dapat intern kat company yang best-best sebab dia gigih hantar resume tiap-tiap hari.. Huhu..

Anyway, for you guys kat luar sana yang nak mencari bakal suami yang rajin kemas rumah dan menolong di dapur, Kucai adalah calon yang paling sesuai. Anda hanya perlu add gtalk dia.. kucheye@gmail.com dan mulakan langkah anda untu megorat dia.. Maklumlah dia ni pemalu sket.. hehe..



Ciri-ciri pasangan idaman..

Pasti anda tertanya-tanya kenapala FK ni asyik buat post pasal topik-topik jiwang.. FK pon tak tahu kenapa..Maybe sebab FK dah kekeringan idea. Jadi kali ni FK tampil dengan tajuk ciri-ciri pasangan idaman..Huhu.. FK feeling jiwang dipenghujung bulan february..

Paras Rupa
FK yakin pasti ramai diluar sana menginginkan pasangan yang kacak bergaya.. Yang cute dan ayu.. Mahupun berbadan tegap dan sasa tidak ketinggalan juga yang seksi dan menggoda.. Seperti kata teman FK yang bernama Alin, dia mahu pasangan yang hensem bergaya, tidak kisahla kalau pasangan itu bermulut busuk dan malas bekerja sebab dia kata kalau mulut busuk boleh gosok gigi dan kalau malas boleh suruh dia bekerja.. Katanya lagi yang penting paras rupa tidak boleh diubah tapi yang lain boleh diubah.. Gedik betul teman FK sorang ni..

Wanita secantik inikan menjadi pilihan setiap lelaki.. Huhu, gatal..

Berharta
Bagi FK ciri ni yang paling penting sekali sebab dalam dunia ni semua benda kena bayar, tiada yang free. So tidak kisahla kalau orang kata FK ni nak tumpang senang dengan duit isteri, yang penting FK hidup senang.. Tidak kisahla pasangan kita tu teramatlah buruk sebab yang penting kita kikis duit dia dulu.. Haha..

Adakah setiap wanita mata duitan?


Perwatakan
Tapi perwatakan dan sifat peribadi pasangan kita juga sangat penting. Ini kerana kita pasti meginginkan pasangan yang dapat menemani kita disaat-saat kesusahan dan kesenangan. Suami yang hanya tahu memukul isteri atau pasangan yang tidak setia pasti bukan menjadi idaman setiap insan.



Tentunya mencari isteri yang pandai memasak menjadi pilihan utama setiap suami dan ibu mertua..



Pegangan agama
FK pasti bab ni la yang paling diambil berat oleh setiap orang terutamanya teman FK, KA.. FK rasa taste KA ialah seorang yang bertudung labuh dan dapat mendidik anak-anak dengan baik.. Maklumlah KA ni produk salah sebuah sekolah agama terkemuka di Negara kita.. Yang penting pasti semua nak membentuk keluarga bahagia dan yang dipupuk oleh nilai-nilai keislaman bukan keismalan..Huhu..

Suami yang soleh dan isteri yang solehah menjamin keluarga bahagia..


Pendidikan
Pendapat FK sendiri kalau nak cari pasangan lelaki pendidikan amat penting sebab lelaki la yang akan mencari nafkah. Kalau pasangan perempuan pula lebih baik yang tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi sebab mungkin mereka akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sebab terlalu asyik bekerjaya.. Tapi kalau isteri kita bekerjaya sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi sesebuah keluarga..


Seperti entry yang lepas, FK akan menyiarkan beberapa pendapat dan ciri-ciri teman-teman FK. Kita mulakan dengan Ashley sebab dia dapat memberi pendapat yang bernas pada entry sebelum ni…


Ashley
“haha.mesti la yg ble nyanyi/dgr lagu lelaki idaman..u will see his face..ehm..lelaki idaman..i got cite dlu n skrang..dlu of coz..i found the hottest one..i mean..klu tgk gaya pn..mmg hot la(yg original la)..tp ni laki muda..now..eh tp kire 2-3yrs ago..i met with dis guy..biasa je..x hot pon..but polite..nice..he looks nice,really2..cool(cm klu org nk cari pmpn la..tp ni kire cm lelaki melayu terakhir..haha)..but my agenda/persoalan..is dat lelaki idaman..is the 1 yg u nk get married..or tu juz suke2 je..
nk yg hottest or coolest 1..watever it's x kisah la dorg cmne..yg penting tu mmg dri dorg..bkn nye berlakon2 cm baik or wat..the main point is..dat's the only lelaki idaman kot..lps tu..even i jumpa yg lg hot/cool..nothing yg bleh disamakn dgn die..haha..
but tell u wat..org yg ade ciri2 lelaki/pmpn idaman ni..selalu nye dh berpunya..berpunya klu setakat couple tu ok lg..ni tunang/bakal suami org..”


Ashley Tisdale

Mr. HB
“dr segi dalaman,i nk yg memahami+percaya kt i,jujur ngan i,yg menjaga agama nye, tak mudah melatah kalo de pape yg berlaku..x suke yg manja2 sgt (biase2 je).. pastu nk yg bekerjaya,tp kerjaya yg x mengganggu masa rehat+bersama keluarga dan pandai urus rumah tngga..”

Mr. HB (bukan nama sebenar)


Owh, itu dia pendapat dua teman FK yang tidak mahu identity mereka didedahkan.. Adakah sebab sudah berpunya atau adakah mereka mahu merendah diri? Hanya mereka yang tahu jawapannya..

Pasti anda tertanya-tanya apa pula cirri-ciri pasangan idaman FK? Hehe..Malula FK nak cerita.. Tapi antara cirri yang FK cari ialah dia mesti gedik dan banyak cakap.. FK suka perempuan yang banyak cakap sebab FK akan sentiasa ada idea apabila berbual dengannya.. Dari segi rupa pula biarlah yang sempurna sifat dan kalau dapat yang cun tu kira bonus la tu.. Hehe.. Nak juga yang cun kan.. Erm, dan biarlah berbudi pekerti dan ayu.. Kira macam perempuan kampung la.. Cuba bayangkan seorang gadis kampung yang berdiri diatas sebuah batu di tepi pantai.. Pakai baju kurung, rambut hitam terlepas di tiup sang bayu.. Dapatkah anda bayangkan? Wah, tinggi cita-cita FK.. Tapi itu cuma idaman saja, belum tentu dapat pon..Hehe..

Anyway FK doakan kepada semua pembaca blog FK ni mendapat pasangan seperti yang diimpikan. Bye.

Rungan Penulis Tamu: Cinta dan Perhubungan oleh En.Canebreak

Hoho.. Setelah terpublishnya post FK semalam yang berkaitan dengan cinta, FK terima banyak sangat email yang mahu bagi pendapat.. So, FK pun rasa tak salah kalau ada ruangan untuk penulis tamu dalam blog FK ni.. So, sama-samalah kita baca pendapat yang diutarakan oleh En. Canebreak mengenai tajuk cinta dan perhubungan...

soklan ni mmg killer la..klo aku salah jwb, mau bleh memakan diri!! Hehe [ko nk kenekan aku ke FK??]..hihu.. act klo nk bncgkn mmg skop die sgt meluas..besau gle..but how about if we just talk about hubungan yg terjalin. So how’s relationship get started?? Alahai laki zaman skrg ni byk sgt taktik yg digune utk tekel wanita..to won woman heart is not that easy man!! It takes great courage to get a woman.[perghh even aku sendrik pn x brani beb!! Aku pandai tulis je..klo nk suro aku wt eish!!sori r]..wanita pn dh maju skrg. Diorg pn dh pandai tekel laki gk. Adehh, so nmpk sgt jelas istilah perigi carik timba or timba carik baldi ke dh x relevan . Semue sudah maju skrg!!

To make it short, how to measure how much u love somebody?? Well here’s come the difficult part. There should be an indicator. Come on la, even kte bljr kt UtP nih pn de indicator sape bijak sape yg kurang bijak n sape yg saje2 wt bijak iaitu our CGPA. Sape yg dpt bwh 2.5 pn siap kene gantung scolar kn?kesian.. Since life doesn’t offer CGPA as the standard bar, how are we going to standardized love?? Mankind has tried using every measurement that suit.
Here are the examples:
Material
Shah Jehan tries to show how much he loves Mumtaz Mahal by building Taj Mahal. Wow, its awesome rite! But unlucky, her wife died before the magnificent structure even completed. Die bapak kaye, bleh la nk bina bangunan besau2, klo org miskin nk bina pe ek?? Bina istana pasir kt teluk batik je la kot..wakaka..are you saying that materialistic item can show how much you love somebody?? If that so, than the richer will have the greater love compare to the poor one rite?? Not necessary..
Money
“Money is not everything but everything needs Money” yups, we can’t denied the fact that money is sooooo important. If don’t, how are you going to buy food in kedai mapley?? how are you going to buy tickets to watch movies in theatre?? Huhu even laptop that you are using to view FK blog also comes from money. Adehhh money money money!! But do money buy LOVE?? Not necessary..klo cm tue org paling kaye kt dunia nih, en Bill Gates mesti la laki plg CINTA kt bini die coz die ade berbillion billion duit. Wanita yg dinikahi dgn nilai mas kahwin termahal adalah wanita yg paling HOT stuff @ paling dicintai oleh suami nya.

Words
Still remember sonnet 18?? Let’s recap this fantastic n lovely literature:

Sonnet 18
Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.

Perghh, Gwang gle si Shakespeare nih. Tahap petala langit dia puji wanita tue. Awek die kot!! (Shakespeare dh kawen umor 18 thn dgn si Anne Hathaway!! Kawen mude tue!!) if words is the measurement, that si Shakespeare ni la org paling SAYANG bini die..sbb die paling Gwang. Haha as what i mentioned above, not necessary..

Frequent Dating
Ermm, aku x nk komen pjg2 pasal dating. Pe yg aku bleh ckp, adakah dgn dating setiap ari, jumpe setiap ari, mkn bersame same setiap ari, your LOVE will keep expanding n expanding n expanding to be the greatest love of all?? So it means that, couple yg paling kerap dating adalah couple yg plg bahagia ke??? Klo yg x kerap jumpe tue x bahagia ek?? Abes tue yg berjauhan tue cmne plak?? Cinta jarak jauh??? Uishh so much question to ask about dating, but as usual..not necessary..
After much debate & research of LOVE, we found that this is the best and consistent indicator to measure LOVE that is no other than
TIME!!
Yes, if you want to show the world how much you LOVE your partner, than the longer the relationship going on, the more LOVE you are!!!!!!!!!!!! How come?? Here’s the prove:
* If you said you love your partner so much BUT your relationship crashed after 1,2,3,4 years etc – still NO LOVE
* If you said you love your partner so much & married her – now you can call LOVE!! ;)
* If you said you love your partner so much, married, & stay as long as possible – greatest LOVE of all!!
* Can you imagine how a married couple can live happily for 50 years?? Because they achieve what others don’t – the power of LOVE!! They understand each other, accept the differences & respect each uniqueness, appreciate each other, always forgive if there’s any miscomm.. opsss i mean misunderstanding , being honest in every inch, sharing every bit of moments together, show integrity & be compassion in days life!! So sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet isn’t it? Hehehe..
here’s a sweeeeeeeeeeeeet song to end my article..see you soon ;)

Only time - Enya
Who can say where the road goes
Where the day flows, only time
And who can say if your love grows
As your heart chose, only time
Who can say why your heart sighs
As your love flies, only time
And who can say why your heart cries
When your love lies, only time
Who can say when the roads meet
That love might be in your heart
And who can say when the day sleeps
If the night keeps all your heart
Night keeps all your heart
Who can say if your love grows
As your heart chose- Only time
And who can say where the road goes
Where the day flows, only time
Who knows? Only time
p/s: i like to use ‘sweet’ word because it can make me happy, & i’m happy when i use ‘sweet’ word!! Haha sound confusing rite?

Cinta Dan Perhubungan

Cinta dan perhubungan.. Tajuk ni agak sukar juga untuk dikupas, tambahan FK tidak punyai pengalaman dalam bercinta.. Kata orang cinta itu indah.. Ada juga yang mengatakan cinta itu buta..
Bagi FK cinta itu memang indah kerana kita ada tempat untuk bermanja dan ada insan yang menyayangi kita.. Tetapi apabila bercinta kita dikongkong oleh komitment dan tanggungjawab.. Apabila berdua dengan rakan bukan sejantina dikatakan curang pula.. Jika tidak membalas sms yang diberi dikatakan kita lupa dia.. Tidakkah anda rasa begitu?


Adakah cinta itu penting dalam diri seseorang itu?


Sebenarnya cinta dan perhubungan memerlukan kepercayaan dan kejujuran yang luhur dari hati.. Tidak mudah kita bercinta tetapi kita menduakan si dia.. Tambahan tidakkah anda rasa perhubungan sebegitu menipu diri anda juga..

Disebabkan FK kurang pengalaman dalam bab-bab bercinta ni, kita ikuti pendapat rakan-rakan FK.. Mungkin pendapat mereka ini lebih ikhlas dan luhur.. Mungkin juga pendapat mereka ini dipengaruhi oleh pengalaman silam.. Sama-sama kita ikuti..


Percintaan memerlukan kejujuran..
“Ehm,for me..inside of my heart, i do believe in love.. But i don’t believe in any relationship.. And before this, i dont believe in phase "cinta x semesti nye memiliki.. huhu" .But after sometime, lepas fall in love with the one that never be mine, aku pon believe la phase kt atas tu.. Even you tiada relationship dengan org yang you suka but at least you are still freind.. Selalau orang yang bercinta ni,sure clash la..itu la..ini la.. I only believe in serious relationship.. Whereby,the relationship yang last forever maybe you can get married for the one,the only one person that we love..”

-Ashley (bukan nama sebenar)-

Kadang-kadang cinta memerlukan pengorbanan..

“Mase mula-mula nak bercinta,kira macam baru nak start bercinta,kau akan lebih kerap berhubung dengan si dia. Kau rase macam ada something, something tu ialah perasaan. Kau rasa berdebar-debar. Bila tak berhubung ngan dia, kau rasa sunyi. Kau angau..hehe.. Angau tu ialah rindu yang teramat sangat. Semua benda kau buat serba tak kena. Pastu bila dah start bercinta ni, kau macam dah ada ikatan, so perhubungan tu lebih kepada ikatan.. Maknenya, kau nak tau apa dia buat dan etc..Sebab kau rasa bertanggungjawab ke atas si dia. Bila makin lama kau bercinta, perhubungan tu akan selari dengan berapa lama perhubungan kau tu dengan si dia. Perhubungan kau dengan si dia akan menjadi lebih matang. Semua benda jadi macam biasa. Maknanya,
biasa tu ialah kau akan rasa bertanggungjawab untuk cakap apa yang kau buat kat dia secara automatik tanpa perlu ditanya.. Cinta pula ialah perasaan terhadap seseorang. Cinta ni aku ambil cinta atas seorang couple la.. Cinta ada banyak sebenarnya..huhu..So bila perasaan kau dengan perasaan si dia tu sama-sama dalam perasaan bercinta, semuanya akan jadi indah.. Apa-apa pun rasa macam bahagia je. Dia macam bila ada cinta, comfirm ada perhubungan. But bila ada perhubungan tak semestinya ada cinta. Cinta tu kiranya macam subset kepada perhubungan. Bila bercinta, dunia ni macam kau punya. Kau sanggup ketepikan semua benda demi cinta but bila perhubungan biasa kau tiada perasaan sebegitu..”
-Wanzul-

Dalam percintaan, wujudkah cinta tiga segi?

“Pada pendapat saya, boleh je benda-benda ni.. Tapi tengok keadaan dan masa la.. Kalau masa menuntut ni, kawal la nafsu tu dulu.. Dah kerja dan stabil, nak berkahwin terus pun digalakkan..”
-Achul-
Setiap insan mengharapkan perhubungan yang dibina sampai ke hari bahagia..
“Cinta dan perhubungan itu perkara berbeza. Cinta macam gampang dan perhubungan itu seks. ekceli..bile single lg besss!!..wa ckap same luu..life rase sgat2 luas..mind pun trase agak lapang..tp..bile tym bosan, mmg bosan betol la~ ”
-Stifler-


Tetapi adakah cinta hanya untuk seks sahaja.. mungkin ia datang dari kata-kata orang yang kecewa..

Begitulah sebahagian daripada pendapat dari teman-teman FK. Mungkin ada benarnya dari apa yang mereka katakan itu.. Oklah sekian dulu buat waktu ini.. Semoga bertemu lagi.. Bye..





Shayne Ward

Bilala FK nak update blog ni.. Lama I tunggu..


Huhu.. Lama rasanya FK tak update blog ni.. Ramai juga yang menanya samada FK dah update blog ke belum.. Maaflah FK sibuk sejak akhir-akhir ni dan maybe akan sibuk juga minggu depan sebab ada dua test..Erm, begini la kehidupan student yang kena gantung scolarnya..Huhu..



Tahniahla Mino.. i memang peminat blog u pon..

Anyway FK nak ucapkan tahniah kepada mama blog aka mino sebab blog dia berjaya mendapat top 100 blog wordpress dan terima kasih juga kepada ismal sebab menyiarkan temuramah bersama FK didalam blognya.. Untuk maklumat lanjut anda boleh je klik halaman blog mereka disebelah kanan blog FK ni..

Bagus tulisan u Ismal.. i suka..


FK ni jarang juga la dengar lagu-lagu inggeris tapi antara artis antarabangsa yang FK minat ialah Shayne Ward. Lagu dia yang paling FK minat ialah If That's Ok With You yang vedio klipnya memang best sebab koreografi dia gempak.. Lagu-lagu lain yang kira FK enjoy gak dengar dari Shayne Ward ialah No Promises, Back At One, dan juga Stand By Me.. Jadi, kalau anda yang tak biasa mendengar dendangan dari Shayne Ward bolehla mula mencari lagu-lagu dia.. Huhu..



Shayne Thomas Ward.. Juara The X-Factor 2005



Mengikut research yang FK buat di internet, Shayne Ward ni adalah kelahiran realiti tv juga iaitu The X-Factor dan setakat ni dah keluar dengan dua album yang bertajuk Shayne Ward dan Breathless.. Huhu.. Nama sebenar dia ialah Shayne Thomas Ward dan lahir pada 16 october 1984 di Clayton, Manchester.. Parents dia ni kedua-duanya Irish. Huhu..




Di sini FK sertakan sekali vedio klip terhangat dari Shayne Ward. So, masa anda semua baca blog FK ni tidaklah bosan mendengar dendangan dari Shayne Ward.. Enjoys..

One In a Million

Hai semua.. FK ni memang peminat rancangan realiti tv.. Sebut je Survivor,Amazing Race, The Apprentice.. Semua tu FK minat.. Tapi kali ni FK nak bagi pandangan FK tentang rancangan One In a Million yang akan sampai ke malam finale dua minggu lagi.. So, ini dia komen dan ramalan FK tentang siapa yang bakal beraksi di pentas finale nanti..


Siapakah yang bakal membawa pulang wang sebanyak RM 1, 000 000?


Nur Shahila Amir Hamzah.. I love u,Shila..
Shila ni memang favorate FK untuk menang pertandingan ni sebab suara dia memang sedap dan bila dia nyanyi tu memang sharp la sebutan dia. Minggu lepas Shila menyanyikan lagu Contigo en la Distancia (nyanyian asal oleh Cristina Aguilera) dan Shila adalah peserta terbaik pada malam itu dengan mendapat pujian daripada kedua-dua juri tetap program ni. GO SHILA GO..

NorAyu Damit.. Agaknya rupa macam ni la rupa Dayang Nurfaizah sebelum dia jadi artis dulu kan..
Ayu adalah pilihan kedua FK untuk beraksi di pentas finale selepas Shila.. Walaupon Ayu ni tidak mempunyai rupa paras yang cantik tapi kekuatan vokal dia yang mantap tu menarik perhatian penonton untuk tetap menyokong Ayu. Last week Ayu menyanyikan lagi dendangan asal Mariah Carey iaitu My All.. Walaupun Ayu dapat menyanyikan lagu ni dengan baik, kelemahan dia dalam sebutan bahasa inggerisnya mencacatkan persembahannya pada malam tu.. But anyway tahniah buat Ayu sebab berani mencuba..



Siti Sarah Raisudin.. Adakah statusnya sebagai seorang penyanyi profesional menarik hari pengundi untuk mengundi?


Sarah menyertai rancangan ini dengan nama sebagai seorang artis rakaman yang telah berjaya, jika di pentas finale nanti ada ruang untuk tiga peserta, FK rasa Sarah adalah salah seorang dari mereka. Tetapi jika pentas itu hanya muat untuk dua orang peserta, FK rasa Sarah bakal tersingkir setapak sebelum ke final.. Walaupon Sarah ada pengalaman sebagai penyanyi tetapi Fk dapat lihat yang kekuatan Sarah setanding dengan peserta-peserta lain. Minggu lalu Sarah mendendangkan lagu Turn To You (Christina Aguilera) Bagi FK persembahan Sarah pada malam itu biasa saja di samping mempunyai kelemahan pada nota-nota rendah.




Abraham Edwin Dungot.. Kemas-kemaskanlah beg anda..


Satu-satunya peserta lelaki yang tinggal ialah Ab. FK rasa dia akan disingkirkan selepas ini. Dengan perembahannya yang tidak konsisten pada setiap minggu melayakkannya untuk disingkirkan selepas ini. Menyanyikan lagu dendangan Westlife berjudul Swear It Again, persembahan Ab pada minggu lalu menghampakan. Pemilihan lagu yang terlalu selamat tidak menonjolkan kualiti vokal Ab yang tak seberapa itu. Minta maaf Ab you will be eliminate next.

FK tak sabar-sabar nak tunggu persembahan minggu ni.. Anyway sejak 8TV telah digantung hak untuk siarkan konsert secara langsung, FK rasa malam finale tu nanti akan disiarkan di tv lain kot.. Maybe TV3.. Takkan konsert akhir di jalankan secara rakaman kot.. Bosan gila..










Crossing the Line

Eventhough sesiapa yang mengenali FK ingat FK ni seorang yang ceria, bermulut jahat, dan suka main-main tapi FK pon ada sempadan yang tak boleh di masuki. FK yakin setiap orang pon ada kawasan larangan dalam diri mereka..

Its all about crossing the line.. Jangan sesekali cross the line.. FK pon tak tahu nak huraikan phrase tu tapi FK yakin anda semua tahu maksud phrase tu kan..

Anyway bagi budak yang telah berani cross the line tu FK nasihatkan lain kali jangan buat lagi.. Walaupon tadi FK dah meletup sikit jangan ingat FK tak kan meletup lain kali..

Sekian..

Makan Pizza di ambang hari jadi Pinat

Semperna Hari Jadi Pinat yang ke-21 pada esok hari, Pinat telah mengajak FK, Othman, Kucai untuk menyertainya dan roomate dia iaitu Asyraf untuk makan Pizza Hut di Batu Gajah.. Kali ni Pinat belanja.. Erm, maklumlah dia kan scolar MARA yang baru dapat duit tertunggak sampai beribu-ribu.. Haha..
Banyak sangat Pinat belanja kami makan sampai dah tak terlarat dah nak makan. Walaupun FK rasa FK yang paling banyak sekali makan sebab mereka ni macam malu-malu plak nak makan.. Haha.. Yang penting FK kenyang..
Jadi untuk entry pada kali ni FK just tunjuk juadah masa kami makan Pizza tadi.. Saksikanlah..

Pizza Hut; The best Pizza under one roof..


Mula-mula nampak sikit je..Tapi bila dah start makan banyak plak makanan yang sampai..

Kentang, Udang dan Sotong Gorang pon ada.. Siap cecah mayonis lagi..



Ni dia Pizza yang telah dilahap oleh FK.. Hurm, sedapnya..



Tengok tu dah habis makan pon masih ada lagi Pizza yang tak habis.. Bayangkan banyak mana yang dia belanja..

Itu saja la gambar yang dapat FK ambil.. maklumlah kamera henset FK ni cikai je.. Anyway terima kasih Pinat sebab sudi belanja kami makan Pizza.. Kalau camni tahun depan sure FK ingat birthday Pinat sebab dia belanja makan sampai kenyang.. Selamat Hari Jadi Pinat dan terima kasih banyak-banyak.




JUMPER

Sebenarnya FK tiada idea nak menulis tetapi FK teruskan juga sebab nak tunjuk kat anda semua yang FK ni bukannya hangat-hangat tahi ayam dalam menulis blog. Maka Fk tulis la juga.
Anyway tadi FK pergi Ipoh dengan Asyraf dan Pinat. Mereka ajak FK teman sebab mereka dah bosan keluar berdua. Maka ditakdirkan kami pergi dinner di Secret Recipe, tengok wayang cerita Jumper dan drive tru di McD.

Tadi first time FK makan kat Secret Recipe.. Huhu..


FK suka cerita ni.. FK cadangkan anda tengok cerita ni.. Better la dari Meet The Spartans yang merapu tu..


First time FK cakap ngan mesin masa order di drive thru.. selama ni order kat orang je..
So alang-alang FK dah update blog FK ni, FK nak wish Happy Birthday Pinat yang ke-21. Sudah tua rupanya kawan FK ini. Semoga panjang umur dam murah rezeki supaya boleh belanja FK makan.
Birthday Girl (girl lagi ke..haha) yang pakai tudung kelabu tu.. Tudung biru tu la Asyraf..

Sekian dulu blog FK. Lain kali FK update lagi dengan cerita yang lebih menarik.





Trend Hiburan di Malaysia


Apa khabar semua.. Kali ini secara tiba-tiba FK terfikir nak mengupas mengenai trend hiburan di Malaysia. Trend drama bersiri dan trend lagu. FK tak tau plak kalau pembaca blog FK ni perasan ke tidak tetapi dulu stesen TV kat Negara kita ni kalau boleh semua nak siarkan drama siri dari negara latin seperti cerita Rosalinda, La Usurpadora dan banyak lagi la yang mugkin FK sendiri tak ingat. Kemudian penonton-penonton lebih gemar pula menonton drama siri dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Sape yang tak kenal dengan Alya dan Siska dari drama siri Bawang Putih Bawang Merah yang penah menjadi fenomena dalam industri hiburan negara kita. Tidak ketinggalan juga Nabila dan Bunda Arini dalam drama siri Mutiara Hati. Dan akhir-akhir ini FK lihat penggemar drama tv di negara kita disajikan dengan drama siri melayu. Trend drama siri melayu ni dimulakan dengan drama siri Manjalara.. Kemudian penonton disajikan dengan watak Dafi, Qistina dan Rizman melalui drama SPA Q.. Habis saja siri itu hadir pula drama Bella dalam slot yang sama.

"Sukenye Manja dapat bemesra-mesra dengan Jofri..ahaks," bisik Manja girang.


"Alah tak heranla..Fernando Jose aku lagi kacak," kata Rosalinda sambil menjelingkan matanya.



"Ampunkan Nabila Ya Allah..Nabila telah berbuat dosa kepada Bunda.."


Itu baru saja dalam drama siri. Kehadiran lagu –lagu dari Indonesia satu masa dulu menjadi cakap-cakap orang dalam industri hiburan. Kemasukan lagu-lagu dari seberang memenuhi carta-carta lagu disetiap stesen radio. Malah konsert-konsert artis dari negara seberang yang datang ke nagara ini juga membunuh periuk nasi artis tempatan. Kini telah menjadi trend lagu-lagu dari band indipendent menjadi halwa telinga pendengar di Malaysia. Sehinggakan baru-baru ini lagu Itu Kamu telah menjadi juara lagu bagi tahun 2007.


Lagu- lagu dendangan Dewa bermaharajalela dicorong-corong radio satu ketika dulu..

Drama siri KAMI menonjolkan lagu-lagi dari band indie dengan ketara..

Bagi FK trend yang berlaku sekarang ini ialah persaingan yang sihat kerana karya dari anak seni tempatan telah berjaya mencuri hati peminat industri hiburan di malaysia. Sebenarnya, melalui pengamatan FK, trend drama siri dan lagu ini dibawa atau dipopularkan oleh stesen-stesen tv dan radio kerana kuasa penentu di tangan mereka. Sebagai contoh, TV3 telah menjadi pelopor dalam menyiarkan drama melayu melalui slot Akasia. Lalu trend menonton drama melayu telah mengambil alih perhatian rakyat negara ini dari menontn drama siri Indonesia. Siri KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun lepas yang menonjolkan lagu lagu dari band-band indie. Sejurus selepas itu lagu-lagu indie terus mencuri perhatian rakyat negara ini. 8TV dalam konsert-konsert bergeraknya juga turut menampilkan band-band indie di mata khalayak.

Apa pula trend drama siri dan lagu-lagu yang akan muncul pada tahun 2008 ini pula? FK pon tak sabar nak menunggu. Tapi bagi FK apa pon trend hiburan pada tahun ini yang pasti trend itu akan mengenengahkan karya karya tempatan. Usahlah dipuja karya dari negara seberang kerana tidak menguntungkan negara kita sedikit pon. Tetapi apa yang baik itu wajar kita contohi. Okla.. FK pon nak mengundurkan diri dulu. Ada rezeki FK akan tulis lagi komen-komen yang ikhlas dari jiwa FK. Bye.




KA? Siapa tu?

(Hai, saya KA.. Saya kawan FK.. )

Hai pembaca blog FK sekalian. Dalam blog kali ini FK nak tulis pasal seorang kawan FK. Dia ni taklah memainkan watak yang sangat penting mahupun watak penyibuk, tapi watak dia ni yang FK terfikir nak bagi tau anda semua dulu.

Tapi sebelum tu, ada seorang kawan FK memuji cara FK menulis blog FK ni. Dia kata yang FK menggunakan perkataan yang tak merosakkan bahasa. Terima kasihla atas pujian tu. FK akan cuba untuk tidak merojakkan bahasa dalam blog tulisan FK ni.

Berbalik kepada tajuk post FK kali ni. Mungkin anda tertanya-tanya siapa KA tu ? Adakah dia kawan baik FK ? Adakah dia musuh FK ? Sebenarnya KA tu kawan FK, nak kata KB (kawan baik) tak ada la sangat sebab dia suka sakitkan hati FK. Nak kata musuh pun kadang-kadang tu boleh la jugak.. Haha..

KA tu sebanarnya kawan satu course dengan FK.. Pegi kelas sama-sama. Balik kampung sama-sama maklumlah dia ni orang duduk senegeri dengan FK. Tapi tu FK takut la jugak nak duduk sebelah dia masa lecture EMT sebab dia ni katanya pembawa sial. Buktinya dah dua kali lecture sape yang duduk sebelah dia kena tanya soalan yang agak sukar difahami oleh lecturer kami iaitu Dr. Naufal..(harap-harap Dr.Naufal tak baca blog FK ni) Mungkin tu kebetulan saja kot.. Tapi FK suka ejek dia sebab dia memang suka ejek FK jugak.

Sebenarnya KA ni bagi FK seorang yang bajet nakal tapi ala-ala rakan masjid sket.. Nak buat jahat tapi nak cover-cover islamic la camtu. Ye la dia nak jaga reputasi dia la kononya tu.. (FK rasa dia nak jadi hicom untuk Convofair 2008 kot.. sebab tu dia cover-cover islamic sket..) Buat pengetahuan anda FK rasa salah satu criteria penting untuk seseorang tu naik untuk mendapat pangkat tinggi untuk event-event kat UTP ni ialah dia mesti rakan masjid atau ada gaya-gaya rakan masjid atau dia ada la kroni-kroni rakan masjid tu sket.. Walaupon kredibiliti seseorang tu boleh disangkal untuk dia menjadi orang kuat dalam setiap event.
Eh melalut plak FK tapi bagi rakan masjid yang baca blog FK ni, FK nak mintak maaf la dengan komen FK ni.. Tapi kalau anda tak suka sape suh baca blog FK ni. FK tak paksa pon..

Berbalik kepada cerita KA ni, satu lagi sifat KA ni yang FK dah perhati dari dulu ialah dia ni seorang yang kedekut. Tapi kalau anda nak kata dia ni jimat terpulangla kan.. Tapi awas kepada awek-awek diluar sana yang teringin nak jadikan KA ni pakwe korang fikirla banyak kali ye.. Haha.. Tapi jangan ingat KA ni semua sifat buruk je dia ada. Menurut pengalaman FK yang dah kawan dengan dia lama dah FK boleh kata yag KA ni seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat kepimpinan..(KA jangan kembang pulak ek..)

Cukupla cerita pasal KA..nanti kalau ada masa lagi FK cerita lagi pasal KA ni.. Anyway tak ada yang best pon nak cerita pasal KA ni.. Ha, bagi anda yang nak kenal KA ni dengan lebih rapat add je gtalk dia.. (canebreak@gmail.com) Semoga kita bertemu lagi dalam post FK yang akan dating dengan pelbagai lagi kisah tentang watak-watak dalam hidup FK ni.. Bye..

Peluang VS Minat

Dalam hidup ni kita sentiasa diberi peluang. Tapi bagi FK tak semua peluang tu sesuai dengan minat kita. Tapi adakah kita akan merebut peluang itu dan mengabaikan minat kita ? Bagaimana pula kalau kita mengikut minat kita tetapi peluang yang sesuai dengan minat kita tu tak sampai-sampai.

FK pon tak tau benda apa yang FK paling minat dalam hidup. Bidang apa yang FK betul-betul minat. Sebab tu masa FK apply nak amik engineering kat UTP ni dan terus FK dapat dengan scholarship PETRONAS FK terus je terima. Lalu baru FK sedar belajar ni memang susah sebab kena bagi full commitment dah tak boleh nak malas-malas.

Kadang-kadang tu FK rasa malas sangat nak belajar. Adakah sebab course yang FK amik ni tak sesuai ngan minat FK atau pon FK ni memang dah malas giler nak belajar. Tapi adakah dengan berhenti belajar dan terus bekerja akan menghilangkan malas itu. Mungkin nanti FK malas nak keje gak.

Lalu setelah ESU mengadakan polisi menggantung scolar bagi sesapa yang dapat GPA bawah 2.5 dn polisi itu telah menyebabkan FK terjerat, FK mula berfikir yang sekarang ni minat dan peluang tu tidak berada didalam genggaman FK.

Oleh tu FK kena merebut balik peluang tu dan memupuk minat dalam belajar. Mungkin tu je cara untuk FK berjaya. Kadang-kdang kita kena berkorban. Betul tak. Tapi bagi anda yang masih diberi peluang tu rebut peluang tu disamping berfikir elok-elok sebelum mebuat keputusan.

Okla. Walaupon anda rasa blog FK ni bosan giler, tapi baca je la ek. FK pond ah takde idea nak tulis apa. Ada gak kawan-kawan FK suh kutuk sape-sape. Tapi tunggu la dulu. Bye.

DUNIA BARU

Hari ni FK terasa nak komen pasal Dunia Baru The Movie. FK ni memang peminat siri Dunia Baru yang disiarkan di TV3 setiap hari isnin sejak musim pertama lagi FK minat sangat dengan watak gelojoh Madihah tu dengan watak Tajol yang banyak cakap tu. So bila dapat tau yang Dunia Baru nak dijadikan movie, FK memang tak sabar-sabar lagi nak tengok. So akhirnya ahad lepas dapatla FK tengok cite tu kat wayang besama kawan-kawan FK.

Bagi FK cerita ni ok la tapi FK lagi minat siri Dunia Baru dari movienya. Entahla mungkin sebab FK tak minat sangat cite pasal road trip camtu kot. Tapi lawak-lawak yang ditonjolkan dalam cite tu memang kelakar dan sesuai dengan jiwa remaja FK ni. (FK remaja lagi tau..) Actually cite ni mengisahkan Opie dan rakan-rakan dia nak selamatkan Anizah yang diculik pakwe dia, Fazli.Anizah ni nak dibawa kahwin lari ke Thailand. So dalam perjalanan nak ke menyelamatkan Anizah tu berlaku la macam-macam peristiwa yang terjadi kat diorang tu.

Babak yang paling FK suka ialah masa budak-budak Dunia Baru ni singgah kat rumah orang kawin (yang bestnye pengantin tu Zami Ismail ngan Rozita Che Wan.. haha.. kelakarla) Masa tu Opie kena nyanyi sebab diorang tipu pengantin tu.. Boleh pulak dia nyanyi lagu sepohon kayu pastu Adif plak menari kat belakang.. Memang kelakar abes la tambah-tambah sedap plak dia nyanyi..

So, bagi anda semua yang belum lagi tengok movie ni FK syorkan anda semua tengok. Memang tak rugi la kalau tengok. Erm, lagi satu FK suka sangat kat lagu Cinta Antara Kita yang Duta nyanyi ngan Baizura Kahar. Ala OST cite ni. Okla. Semoga bertemu lagi. Bye.

Blog Aku

Hello semua. Hari ni merupakan permulaan baru dalam hidup FK. Dek kemunculan blog dari kawan-kawan FK membuatkan FK ingin menulis blog. Tetapi FK pon tak tahu nak tulis apa dalam blog FK ni. Ada orang menulis tentang minat mereka, ada pula yang menulis tentang peristiwa di sekeliling mereka. Tapi bagi FK, apa saja yang menarik tidak salah kalau FK nak berkongsi dengan semua. Ada juga FK terfikir nak menulis mengenai orang-orang di sekeliling FK, watak penting mahu pon watak pengacau dalam hidup FK. Kadang tu terfikir pula nak menberi komen mengenai filem-filem terbaru mahu pon cerita-cerita menarik yang disiarkan di tv. So, kita tengok je la nanti bagaimana FK nak mencorakkan blog FK ni. Nak tengok juga FK ni ada bakat ke sebagai seorang penulis. OKla.. Kita tunggu je la nanti ye. Semoga bertemu lagi. Bye.

Related Posts with Thumbnails