surat buat rektor

Rektor,
Universiti Teknologi PETRONAS

(dengan harapan rektor membaca blog FK ni)

Aduan tentang servis di bilik pos

Disini saya ingin membuat aduan tentang servis yang diberikan oleh staff di bilik pos yang terdapat di bawah Kompleks Chancellor.

2- Saya sedang menunggu dokumen penting yang di pos oleh bapa saya yang dialamatkan kepada saya di Universiti Teknologi Petronas. Seperti mana yang semua sedia maklum, semua surat menyurat boleh dituntut terus di bilik pos.

3- Malangnya, surat yang telah dipos pada jumaat atau sabtu lepas masih belum diterima. Tetapi saya yakin surat tersebut telah sampai di sini kerana telah dipos menggunakan pos express. Saya telah datang untuk memeriksa surat saya beberapa kali semalam, 22 september 2008 tetapi menurut list nama yang dikeluarkan tiada surat untuk saya.

4- Dengan optimisnya saya datang lagi pada hari ini, 23 september 2008 pukul 11.15 pagi namun list nama itu tidak dikemaskini lagi dan yang lebih malang tiada staff bertugas yang menjaga bilik tersebut. Kemudian saya datang lagi jam 11.45pagi dengan harapan list nama tersebut telah dikemas kini dan ada staff yang menjaganya unuk saya menanyakan jika terdapat surat saya yang baru sampai. Tetapi harapan itu berkecai apabila masih tiada staff yang bertugas. Pada masa itu seorang posmen datang untuk menghantar surat tetapi malang staff tiada lalu dia meletakkan sahaja surat itu diatas kaunter.

5- Saya datang kembali pkl 2.30 petang hari yang sama. Lega rasanya kerana terdapat staff yang menjaga. Saya menanyakan jika terdapat surat saya. Tetapi dengan endah tidak endah beliau menjawab, 'tengok list, tengok list' walaupon list yang diatas kaunter itu list semalam. Lalu saya bertanya, surat baru sudah ada atau tidak. Tanpa memeriksa dia menjawab surat belum sampai lagi. Bagaimana surat belum sampai lagi kerana pagi tadi saya ada bersama posmen yang meghantar surat dan semasa saya sampai pkl 2.30 tadi saya lihat ada sahaja posmen yang baru keluar.

6- Saya berharap staff itu dapat memeriksa dahulu surat yang sampai manalah tahu ada terselit surat yang saya tunggu-tunggu. Saya bukannya menunggu kad raya dari teman-teman, saya menunggu dokumen penting dari bapa saya.

7- Saya dapati selain tiada staff yang mejaga kaunter pada waktu pejabat dan layanan yang kurang mesra, list nama pelajar yang mempunyai surat juga tidak dikemaskini setiap hari. Seperti yang sedia maklum, setiap surat amat penting bagi setiap individu. Oleh itu, amatlah perlu list nama itu dikemaskini setiap hari kerana kita tahu staff yang menjaganya tidak mahu memeriksa surat yang baru tibal.

8- Oleh itu saya amat berharap pihak tuan dapat memantau perkhidmatan bilik pos ini walaupon ianya tidak memainkan peranan secara langsung dengan pelajar tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap individu mengikut kepentingan masing-masing.

9- Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
Mohammad Firdaus Bin Kamaruzaman
Electrical & Electronics Engineering
Universiti Teknologi PETRONAS

1 comments:

Tanpa Nama 23 September 2008 pada 4:34 PTG  

ko nk ak tolong smpaikn kt rektor ker?ak boleh bg kt dier tyme g terawih nnt..huhuhu

Related Posts with Thumbnails