ini sambungan post sentap tadi sebab FK lupa bab ni.
FK baru je basuh kereta semalam dengan harapan bila balik raya nanti kereta akan bersinar-sinar dan semua orang akan pandang tak berkelip.
Tetapi malangnya tadi bila FK pegi kat kete FK, geramnye hati ini bila nampak ada taik burung yang sangat besar melekat ditingkap kete. Alahai FK baru je basuh tau.
Okla. Tu je.
Adios
sambungan sentap~
surat buat rektor
Rektor,
Universiti Teknologi PETRONAS
(dengan harapan rektor membaca blog FK ni)
Aduan tentang servis di bilik pos
2- Saya sedang menunggu dokumen penting yang di pos oleh bapa saya yang dialamatkan kepada saya di Universiti Teknologi Petronas. Seperti mana yang semua sedia maklum, semua surat menyurat boleh dituntut terus di bilik pos.
3- Malangnya, surat yang telah dipos pada jumaat atau sabtu lepas masih belum diterima. Tetapi saya yakin surat tersebut telah sampai di sini kerana telah dipos menggunakan pos express. Saya telah datang untuk memeriksa surat saya beberapa kali semalam, 22 september 2008 tetapi menurut list nama yang dikeluarkan tiada surat untuk saya.
4- Dengan optimisnya saya datang lagi pada hari ini, 23 september 2008 pukul 11.15 pagi namun list nama itu tidak dikemaskini lagi dan yang lebih malang tiada staff bertugas yang menjaga bilik tersebut. Kemudian saya datang lagi jam 11.45pagi dengan harapan list nama tersebut telah dikemas kini dan ada staff yang menjaganya unuk saya menanyakan jika terdapat surat saya yang baru sampai. Tetapi harapan itu berkecai apabila masih tiada staff yang bertugas. Pada masa itu seorang posmen datang untuk menghantar surat tetapi malang staff tiada lalu dia meletakkan sahaja surat itu diatas kaunter.
5- Saya datang kembali pkl 2.30 petang hari yang sama. Lega rasanya kerana terdapat staff yang menjaga. Saya menanyakan jika terdapat surat saya. Tetapi dengan endah tidak endah beliau menjawab, 'tengok list, tengok list' walaupon list yang diatas kaunter itu list semalam. Lalu saya bertanya, surat baru sudah ada atau tidak. Tanpa memeriksa dia menjawab surat belum sampai lagi. Bagaimana surat belum sampai lagi kerana pagi tadi saya ada bersama posmen yang meghantar surat dan semasa saya sampai pkl 2.30 tadi saya lihat ada sahaja posmen yang baru keluar.
6- Saya berharap staff itu dapat memeriksa dahulu surat yang sampai manalah tahu ada terselit surat yang saya tunggu-tunggu. Saya bukannya menunggu kad raya dari teman-teman, saya menunggu dokumen penting dari bapa saya.
7- Saya dapati selain tiada staff yang mejaga kaunter pada waktu pejabat dan layanan yang kurang mesra, list nama pelajar yang mempunyai surat juga tidak dikemaskini setiap hari. Seperti yang sedia maklum, setiap surat amat penting bagi setiap individu. Oleh itu, amatlah perlu list nama itu dikemaskini setiap hari kerana kita tahu staff yang menjaganya tidak mahu memeriksa surat yang baru tibal.
8- Oleh itu saya amat berharap pihak tuan dapat memantau perkhidmatan bilik pos ini walaupon ianya tidak memainkan peranan secara langsung dengan pelajar tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap individu mengikut kepentingan masing-masing.
9- Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
Mohammad Firdaus Bin Kamaruzaman
Electrical & Electronics Engineering
Universiti Teknologi PETRONAS
update lagik~
haha.. FK update lagi.. gila dah nak update blog.. nak lupakan segala masalah.. kiranya cam nak lari dari masalah ialah dengan mengupdate blog..
FK ada menanyakan soalan survey kepada orang2 yang ada dalam list gtalk FK.
Soalannya;
Apakah juadah berbuka puasa yang paling anda gemari?
dan FK terima bermacam2 jawapan.
dari jawapan semiskin2 alam iaitu megi kari (ini jawapan pino)
dan jawapan bajet anak dato' iaitu meat ball piza hut ngan bolognese (ini jawapan syah)
dan jawapan orang yang FK rasa perut dia sangat besar iaitu kueh, nasi lemak, nasi kerabu, manga madu, air kelapa, soya, kurma, roti john, dan juga kfc (ini ialah perut Peroz)
dan juga ini;
nasi kerabu (ayam)
murtabak, tepung pelita, soya (zopak)
juadah yang FREE (amin mnm)
roti john (b0)
kurma (ismal) islamic sangat jawapan
ayam goreng dan ikan keli bakar (istiazah)
kuih muih (ren) diet ker
ok ini saja update kali ni.
buhbai..
sentap
ni FK nak luahkan perasaan marah FK ni. dengan gigihnya FK ponteng kelas (ke terponteng) sebab nak pegi amik surat kat bawah chancellor complex tu kan. penting gak ar surat tu sebab ayah FK dah call banyak kali tanya dah dapat lom surat tu.
FK pegi semalam tapi surat tu takde lagi. So dengan harapan tadi adalah. Bila pegi tadi tak ada orang pun jaga pejabat surat tu. Kata waktu operasi dari pkl 10-12 tapi tiga kali FK pegi dalam range waktu tu tak ada orang jaga pon. Sentapla. Apa guna dibayar gaji kalau takde orang jaga.
dan juga FK sangat pening yang circuit etp FK ni tak jadi2. dah la dalam mood malas dan nak balik ni kena siapkan by minggu ni. Sian teamate FK dah tunggu lama. FK ni dah la tak pandai so it takes longer time than orang lain yang dapat figure out masalahnya dalam sekelip mata je.
jemput datang~
tadi lupa nak tulis.
raya ni datangla rumah FK.
ini alamatnye;
6, jalan mutiara 1, taman mutiara, batu kikir, negeri sembilan
datang je. FK alu-alukan kedatangan anda semua.
kalau anda yang tak tahu jalan, dari seremban tu ikut je signboard untuk ke kuala pilah dan anda akan lalu Bukit Putus. Dan bila dah sampai je Kuala Pilah tu, just give me a call. FK jemput.
owh ye. bagi rumah yang dekat2 tu. FK teringin sangat nak serang rumah korang raya ni. Boleh kan..
Okla. buhbai..
menanti subuh 23 september 2008
Gitu. Nak semayang subuh pon tetap tengok hindustan. Hikhik..
Ramadhan tinggal seminggu saja lagi. Ini bermakna aidilfitri bakal menjelang tiba. Selain sibuk menguruskan persiapan raya, jangan pula sehigga terlupa memperbanyak ibadah dihujung2 bulan yang mulia ini. Kalau boleh mari kita rebut malam lailatulqadar itu.
Ramadhan tahun ini FK sambut dengan sederhana. FK tidak rasa kemeriahannya. Entahla, apa yang kurangnya ramadhan kali ini.
Begitu juga keterujaan untuk berhari raya itu tetap ada tetapi perasaan itu makin berkurang saban tahun. Memang benar, hari raya adalah utuk kanak-kanak. Bagi FK, hari raya sama saja seperti hari2 yang lain tetapi ditambah solat hari raya di pagi hari. Selain itu, sama saja. Mungkin aidilfitri tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna buat FK.
Hey guys, jangan lupa tinggalkan komen anda setelah membaca. I need your comment as a motivation for me to keep writing. Komen itu ibarat semangat untuk FK menulis. Sudah lama FK tidak dapat komen2 yang menarik. Mungkin FK-ZONE makin kurang pembacanya. Apapon, komen apa saja, sebarang kritikan dan cadangan FK terima dengan besar hati.
Akhir kalam, semoga hari anda dipenuhi kegembiraan dan keberkatan. Adios dan selamat berpuasa.
p/s: sangat excited untuk berbuka puasa dengan komiti convofair petang ini.
bosan sampai nak nanges...
Betul.
FK sangat bosan dari jumaat malam semalam sampaila hari ni..
sangat bosan..
tak tau nak wat apa..
dah plan nak bukak puasa kat luar, tapi last2 minute tak jadi..
ni sume sebab reza jadi master planner, time ajak macam beribu je yang nak ikut, tapi bila betul2 2,3 orang je..
last2 cancel.. sentap.
tadi malam. sangat bosan. teringin pegi jalan2 ipoh. shopping2. tapi takde sape nak ajak. sume tak available
pastu mula teringat kat kucai. my besterest friend.. kalau dengan dia tak yah plan2. tak yah buat appoinment berminggu2. tak yah pujuk beria. bila terfikir ajak je terus on. anytime.
my story my life; episod 2: life as a 3rd year student
hye.
Life as a 3rd year student is sucksss.
The subject is tough. Susah giler nak mampus.
Terutama DSP. Seperti satu bahasa baru yang kena belajar.
Then, semua test dan quiz FK hanya duduk termenung.
Sebab tak reti buat langsung.
Attandance sem ni sangat teruk. Kelas banyak gila ponteng.
Dan banyak giler plak project. Itu ini. Dengan ETPnya lagi.
FK tak penah suka project. Mahupon lab.
Dan tekanan samada dapat placement untuk intern ke tidak semakin menekan.
Orang sume dah dapat 2,3.
FK masih kosong.
Tidakkah ianya sangat tak best.
Pendek kata FK benci 3rd year.
my story my life; episod 1: tentang persahabatan~
ikuti beberapa siri story of my life episod pertama. My story my life adalah siri terbaru dalam blog FK ni..
kisah #1
FK harini dah belajar tarian chicken dance song yang popular tu..
Penuntut di Institut Tarian LJ (LJ bukan Linda Jasmin tapi Local Jeans ok.. nama assignment project Ismal) ialah Hilal, Mino, Ismal, dan juga FK sendiri.
Kitorang gigih ni nak download tarian ni kat youtube sampai bawak laptop kat kafe sebab kata orang wifi kat kafe laju sket.. Punya lama tunggu, tapi hasilnya...hampeh.
Tentang Persahabatan: they all are my sahabat right now
kisah #2
ada budak nak belanja FK bukak puasa.. yeay yeay.. tapi bila tu tak tau lagi.. ye la janji gtalk je..
Tentang Persahabatan: Sahabat, janji mesti ditepati..
kisah #3
FK baru je chatting ngan seorang kawan kat gtalk.. FK dengar cerita sedih dia.. cerita tentang sebuah persahabatan.. walaupon kisah ni macam sangat menggelikan seperti sepasang kekasih, namun FK dapat memahami apa yang dia rasa.. well, FK kan seorang kawan yang baik.. huhu.. Buat kawan FK ni, simpan je air mata tu, korang akan berbaik semula.. percayalah.. cepat atau lambat itu adalah takdir..
Tentang Persahabatan: pergaduhan adalah pahit manis persahabatan
kisah #4
FK sangat rindu pada Kucai. Sangat rindu. Dia adalah bekas roomate FK dan juga kawan baik FK.. Tapi sekarang dia tgh intern. FK rasa sangat kehilangan, sebab selalunya FK buat apa2 pon dengan dia.. Pegi Ipoh berdua dari zaman naik bas, naik moto, mahupon naik kete.. tetap berdua.. Tapi sekarang, FK nak pegi mana-mana pon cam tak tau ak ajak sape.. Sebab dia sorang je yang paham FK which is true sebab dia sahaja yang paham FK.. (sorry ayat ter'ntah apa apa' sket)
Tentang Persahabatan: bila boleh bertemu lagi
kisah #5
Dan last sekali, bila cerita tentang sahabat, FK teringat kat Syah. Dia adalah lab partner FK dan juga class mate FK.
Tentang Persahabatan: macam manala boleh terlupa yang sorang ni
p/s: FK menangis lagi.. menangis tentang persahabatan
aku merinduimu~
aku merinduimu~
huhu.. tak tau la kalau kamu tahu atau ingat lagi iklan ini..
tapi FK masih ingat..
ini ialah iklan bedak..
dimana sang lelaki sedang bersiap2 untuk keluar detink
dan tiba2 aweknya sudah sampai lalu menekan loceng
dia buka pintu dan terkejut sebab dia belum siap lagi
lalu cepat2 pakai bedak
lalu kedengaran.. aku merinduimu~ tingtong..
Kamu masih ingat lagi?
FK hanya ingin berkongsi memori iklan masa lampau.. huhu
p/s: FK masih merinduinya, namun hanya mampu melihat dari jauh.. mendoakan kebahagian si dia..

