panas giler..


aduyaiii.. musim panas sekarang ni memang panas sangat tu.. tambah2 bila duduk kat utp ni.. malam duk kat bilik bukak kipas 5 siap tingkap bukak luas luas pon masih panas lagi..

tido malam pon rimas sebab panas sangat.. pastu nyamuk banyak pulak tu.. rasa nak telanjang je..

tengah hari jangan cakap la.. cam terbakar kalau kuar tengah hari.. panas giler..

psst: lebih hangat daripada biasa

gemuk seperti dot dot dot


di kala waktu waktu senggang begini timbul pulak idea nak carut orang.. so baca je la ye.. hahaa.. hari ni FK nak berkongsi perumpamaan yang dah menjadi sebati dalam aktiviti seharian FK.. antaranya..

1. kedekut seperti KA perumpamaan ni comfirm ramai guna kan..

2. lampi seperti reza

3. owh ye sekarang ni dah boleh guna hitam seperti reza

4. buruk seperti FK.. kan..

5. besar seperti mino

itu antara beberapa perumpaan yang FK dapat pikir.. so apa kata anda share ngan FK.. komen saje..

psst: sekarang ni dah ada satu perumpamaan baru yang kita boleh praktikkan.. gemuk seperti KA =p

kisah babi


anda sudah tengok gambar babi hutan itu? itulah gambar babi hutan yang sempat FK rakamkan sewaktu dalam perjalanan dari v5 ke gdc melalui jalan belakang utp tu..

actually ada 5-6 ekor babi hutan yang berkeliaran pada pukul 1.55 petang itu.. FK sangat terkejut sebab babi hutan sekarang ni dah confident je keluar tengah tengah hari buta..

psst: nasibla FK tak jumpa babi hutan tu waktu jogging petang petang..

Teka Teki


FK ada baca satu soalan menguji minda kat mastika bulan ni.. so dah penat perah kepala dengan kawan-kawan semua tapi still tak dapat menyelesaikan misteri ni.. so apa kata kita perah otak sama-sama..

Soalan dia begini..

Ali nak beli kasut yang berharga RM97 tapi dia tak ada duit langsung. Jadi dia pinjam dengan emak dia RM50 dan abang dia RM50.. So dapat la dia beli kasut tu.. ada baki RM3..

Kemudian dia pulangkan kat emak dia RM1 dan abang dia RM1.. tinggal RM1 kat tangan Ali tu.. Jadi hutang Ali kat emak dia ialah RM49 (RM50 - RM1) dan hutang dia kat abang dia pon RM49..

Tapi bila dikira-kira balik hutang ali kat emak, RM49 tambah hutang ali kat abang, RM49 jadi RM98.. campur RM1 kat tangan ali baru ada RM99.. so mana lagi RM1?? sebab pada asalnya duit tu ada RM100..

Jadi apa kata, anda pembaca budiman sekalian tolong FK pikirkan masalah ni.. haha.. tension tul selagi tak dapat jawapan ni.. mencabar minda.. kalau korang tau jawapan dia tulis je kat ruangan komen tu.. haha..

okla.. selamat berfikir..

psst: gambar tu tak ada kaitan dengan tajuk kali ini.. =P

Skytrex Adventure

Walaupon dah sebulan aktiviti ni dijalankan, tapi baru sekarang FK nak letak dalam blog.. Skytrex Adventure yang dilakukan di Taman Pertanian Seri Alam, Shah Alam sebulan yang lepas semperna hari terakhir FK di CT Mind..

FK yang sebenarnya sangat fear of height.. gayat.. tapi tabahkan jugak hati ni memanjat tangga yang tinggi gila tu.. tapi kat atas tu muka FK dah pucat lesi.. takut giler.. dah tak bercakap dah.. kalau suh naik sekali lagi comfirm FK tak nak join..

apa pon ini adalah satu pengalaman yang berharga..

so pada sape yang nak try datangla ke sini.. murah je rm35 je.. tapi kena booking online dulu.. sebab takut full..

apa lagi.. layan je la gambar2 ni..










Teluk Senangin

Semalam, 6 Jun 2009 FK dan Ismal telah berkunjung ke Teluk Senangin selapas pergi majlis kenduri Deco, kawan Ismal.


Teluk Senangin yang sangat pedalaman nak pegi tu membuatkan FK ragu2 yang kami menghala ke tempat yang dituju di tambah pula dengan hanya ada 1 signboard yang tertulis Teluk Senangin.. namun kami berjaya juga sampai ke tempat dituju..

tempat yang best serta ombak yang ganas serta tiada belas kasihan membuat kami teruja untuk mandi manda.. orang pon tak ramai cam kat teluk batik.. so lepas ni boleh la pegi lagi ye..

so jom kita enjoy gambar2 yang diambil dari kamera henset FK yang buruk ni..


Blogger Boy


Lama betul FK tak update blog.. ye la agak busy sekarang sejak intern balik kat makhostia sdn bhd.. ala power plant belakang utp tu. hurm jadila..

so takde apa nak cerita pon sebab duduk dalam utp ni otak bengap je.. tak ada update langsung.. tambah2 dah takde inspirasi dari KLCC yang FK nampak tiap2 hari dulu.. rasa kampung sangat..

apa pon sekarang kat 8tv dah ada programme baru.. Blogger Boy, setiap khamis 9.30malam.. pelakon favorite FK, Nas-T ada belakon.. oh Qi, host destinasi bajet tu pon ada.. namun FK tak sempat lagi dak tengok sebab asyik lupa je.. ye la nak kena pegi bilik tv tengok.. haha..

so this week FK berazam nak tengok blogger boy.. huhu..

psst: teringat slot Gossip Guy dulu.. haha

Selamat Hari Guru

walaupon dah lambat nak post tapi setelah baca ni dan ini terus rasa nak tulis pasal hari guru..

cikgu yang paling FK ingat ialah Cikgu Rafidah.. cikgu matematik masa form 3, 4, dan juga 5.. dia jugak ajar FK add math.. walaupon dia sangat garang tapi dia punya keazaman dan kesungguhan serta pengorbanan nak bagi pandai math tu sangat dikagumi.. sebab dia gigih datang sekolah ajar add math serta bagi latihan hari2 buat FK rasa add math tu senang je.. macam rugi je kalau tak dapat A1..

dan juga ustazah zakiah.. ya allah, ustazah ni sangat sempoi dan juga baik.. dah jadi cam geng je.. dia ajar Pendidikan Agama Islam form 1 ngan form 3 kot dan ajar Syariah masa FK form 4 & 5 kalau tak silap.. kitorang boleh lepak2 kat bilik dia lagi.. memang sempoi habes..

lama jgak FK dah meninggalkan sekolah, rindu giler.. hopefully cikgu2 ni still ingat FK lagi walaupon tak ramai pon cikgu yang kenal FK.. sebab FK budak biasa2 je.. bukan budak kebanggaan mahupon budak yang selal bagi masalah..

so dikesempatan ni FK nak ucapankan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 yang pernah ajar FK sejak tadika sampailah sekarang ni..

dan buat ayah FK selamat hari guru gak..

Bengang - Akim AF7

Sekarang FK rasa seperti di dalam sebuah lubang hitam.. rasa cam di pusing, di putar dan disedut ke dalam.. semua yang dibuat serba tak kena.. semakin dicuba untuk keluar semakin kuat sedutan itu..

Dan Sebenarnya - Yuna

Sejak kemunculan FK di UTP serta wujudnya post ini di blog Ismal, banyak soalan-soalan yang ditujukan kepada FK dan banyak juga penipuan yang FK dah buat.

So, to make thing clear dan tak nak lagi ada yang bertanya, FK nak explain apa yang terjadi kat sini..

Sepatutnya, FK intern di CT Mind Sdn Bhd selama 32 minggu (1 Dec 08 - 10 July 09) tapi since company ni mengalami masalah yang melibatkan management dan turut memberi effect kepada kami, tempoh internship kami dipendekkan kepada 23 minggu sahaja (1 Dec 08 - 5 May 09) setelah dipersetujui oleh SV di CT Mind, SV UTP which is Dr.Naufal dan juga SIIU..

Since period internship FK tak cukup lagi 9 minggu, FK terpaksa balik ke UTP dan membuat research project under Dr. Naufal starting 11 May lalu. So kalau korang nampak FK kat UTP ni jangan la heran..

Tapi yang tak bestnya, kalau buat project under Naufal ni comfirm la yang mencabar giler kan.. so ada sedikit preasure di situ.. dan bertambah presure bila memikirkan yang FK akan mati kebosanan bila dah takde orang kat UTP bila sume dah habes exam nanti..

So sekarang ni, bila malam je FK dah start homesick.. macam macam yang FK fikirkan.. still missing KL.. kawan2 kat office FK dulu.. still miss u guys.. dan juga rindukan family FK sebab kalau kat KL dulu seminggu atau 2minggu sekali FK balik rumah.. tapi sekarang.. hurm..

Dan sekarang FK sedikit dipressi.. wish me luck..

Related Posts with Thumbnails