what you give you get back


selamat pagi semua.. bersua lagi kita dalam segmen pagi bersama FK tentunya di saluran blog pilihan ramai FK-Zone. di harapkan hari anda dimulakan dengan penuh ceria dan gembira.. (sila baca dalam nada malaysia hari ini)

okay okay.. cukup cukup mood gedik.. FK gedik bertempat ok!

disebabkan kucai dah ok, bolehlah FK merevealkan the thruth..

actually kucai, FK memang sengaja berpakat dengan yang lain untuk mengutuk dan mengeji kau di facebook kau.. pastu delete.. sebab kitorang tau kau akan dapat email notification dan bila kau nak tengok tetiba dah delete.. tentu kau sentap..

alah macam yang selalu kau buat tu.. komen kat facebook orang pastu kau delete.. conceptnya sama.. what you give you get back, honey!

kalau kita boleh rogol anak orang, jangan terkejut kalau ada orang rogol anak kita.

kalau kita suka curi barang orang, jangan marah bila orang curi barang kita.

kalau kita kutuk orang, jangan terasa bila ada orang kutuk kita.

kalau kita tidur dengan bini orang, jangan sentap bila orang tidur dengan bini kita.

kalau FK cium Fazura, jangan jeles bila Fazura kiss dan peluk FK balik.

okay.. anda semua dah paham?

psst: pagi ni dah mula dengan motivasi pagi.. jap lagi nak buat apa ya!

ya ampun!!


ehem ehem.. mood serius.. diharap semua pembaca dapat membaca dengan nada yang serius kerana FK memang serius dan bukan main main.. kerana FK ingin membuat satu kenyataan maaf secara terbuka..

Saya, Firdaus Kamaruzaman atau dengan nama glamor FK, tunduk setunduk tunduknya serta membuang ego ke tepi dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada AHMAD KHUSYAIRY kerana telah bekomplot bersama 3 lagi ahli geng kain pelikat dan mengetuai mereka dalam membuat kenyataan yang pada pandangan AHMAD KHUSYAIRY adalah memalukan dan menjatuhkan reputasinya yang telah dibuat di laman facebook AHMAD KHUSYAIRY sekitar pukul 11.00 malam 23 jun lalu.

Sesungguhnya tindakan saya yang sungguh tidak bermoral dan tidak patut dicontohi oleh mana mana pihak itu adalah tiada niat untuk menjatuhkan air muka AHMAD KHUSYAIRY tetapi hanyalah sekadar suka suka di saat kebosanan.

Dengan ini, saya berjanji keadaan sebegini tidak akan berlaku lagi dimasa yang akan datang dan diharapkan permohonan maaf saya ini diterima oleh AHMAD KHUSYAIRY dengan ikhlas dan tiada dendam di hati. Sesungguhnya tidak baik kita berdendam sesama manusia bagi mengekalkan awet muda.

Terima Kasih.

psst: ok.. anda semua dah boleh tukar ke mood yang anda inginkan.

hurm.. lamanya tak balik rumah!

okay okay.. berhenti merusuh semua.. harap anda semua dapat bertenang.. FK bukan sengaja tak mahu update blog ni.. tapi seminggu yang lepas FK sangat sibuk.. paham paham sajalah, artist ada saja photoshoot dan juga show.. tapi nak merungut pon tak guna, ini kan jalan yang FK pilih..

ops cukup cukup. jangan muntah disini.. FK hanya terperasan sekejap.. hehe

actually kira kira dah 5minggu FK tak balik rumah. kira lama lah tu.. ye la, masa free nak balik pilah weekend je yang ada, hurm so penat je la nak travel jauh2, ditambah pula dengan keadaan kewangan yang tak mengizinkan. kira lama la tuh FK tak balik kalau nak dibandingkan masa duk KL dulu, balik seminggu sekali tak pun dua minggu sekali.

semalam FK call la rumah pastu cakap dengan adik manja FK, tisya.. borak punya borak tetiba tisya tanya..

"bad, bila nak balik? tisya rindu la.."

tisya panggil FK bad okay.. tak pon abang bad sebab masa dia kecik kecik dulu dia takleh nak panggil abang, so dia panggil bad..

haih,ni yang FK lemah ni.. orang lain yang rindu FK tak kisah.. tapi bila tisya yang rindu ke sedih ke FK kalau boleh nak balik masa tu jugak.. punya sayang kat dia..

tanpa berfikir panjang, FK terus cakap..

"tisya rindu ke? minggu depan abang balik, esok abang kerja la.."

kesimpulannya, jumaat ni FK akan menangkis segala halangan yang melintang untuk balik ke rumah nak jumpa tisya..

rindunya..


psst: post ni kamu tak baca pon tak apa.. sekadar bercerita syok sendiri..

Selamat Hari Lahir Buat Si Hitam dan Lampi

Happy Birthday buat si hitam dan lampi. Actually, FK tak ingat pon hari ini hari si hitam dan lampi sebab si hitam dan lampi tiada facebook. Selama ni pon notification di facebook yang remind FK birthday kawan kawan FK. So, sebab si hitam dan lampi tiada facebook, lambat dapat FK wish.

Di kesempatan ini FK nak mengucapkan kepada si hitam dan lampi selamat hari lahir yang ke 22 semoga panjang umur dan murah rezeki serta jangan lampi lampi lagi supaya tidak ditipu oleh orang lain.

Dan juga selamat berbahagia bersama kekasih hati si hitam dan lampi, jipan yang gigih nak buat surprise party untuk si hitam dan lampi. Semoga jodoh si hitam dan lampi kali ini berkekalan dan tidak ditipu lagi oleh gadis si hitam dan lampi sebelum ini.

Oh ya! sebelum terlupa pesanan untuk si hitam dan lampi supaya tidak menipu lagi emak si hitam dan lampi seperti yang si hitam dan lampi buat hari itu walaupon si hitam dan lampi tidak mahu emak si hitam dan lampi risau. Buat pengetahuan semua, hari tu si hitam dan lampi ada datang ke utp tetapi tidak mahu memberitahu dan menjenguk emak si hitam dan lampi sebab tidak mahu emak si hitam dan lampi risau.

ok2. panjang pula ucapan FK buat si hitam dan lampi ni. akhir kata..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE22, REZA!



psst: maaf buat reza jika FK terlebih lebih mengutuk dia.. alamak terlebih suda~

manusia sekarang ini memang susah nak bersyukur


betul tak? memang betul tu.. manusia asyik mengeluh dan susah hendak bersyukur.. cop cop. bukan shukur budak chemi kawan sekolah FK tu ya! syukur disini bermaksud.. haih susah pula nak terangkan maksud syukur.. ah, anda paham paham sendiri la ya.

oleh itu, mari kita layan senarai kesyukuran FK. idea ni FK ciplak dari Hanis Zalikha, seorang blogger, student dan juga model. apa lagi, mari kita bersyukur kawan kawan.

  1. FK bersyukur dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna serta dapat mengecapi nikmat iman dan islam.
  2. FK bersyukur dilahirkan dalam keluarga kamaruzaman dan juga hambiah serta dikurniakan adik adik walaupon asyik gaduh je adik beradik.
  3. FK bersyukur dapat masuk UTP dan dapat scolar petronas walaupon tak comfirm kerja lagi.
  4. FK bersyukur bersekolah di smapk sebab kalau tidak comfirm FK akan jadi lebih teruk lagi.
  5. FK bersyukur ada kawan kawan yang baik serta caring walaupon kadang kadang menyakitkan hati gak.
  6. FK besyukur cuaca sangat panas sekarang daripada panas kat neraka nanti walaupon eczema FK dah jadi teruk sebab tak tahan panas.
  7. FK bersyukur FK ada kereta viva untuk memudahkan kehidupan walaupon kadang kadang bank asyik call suh bayar. lol.
  8. FK bersyukur intern FK bermasalah sebab pengalaman tu mematangkan kita walaupon perit nak melaluinya.
  9. FK bersyukur dapat rm500 tiap tiap bulan walaupon kadang kadang masuk lambat dan kena berjimat cermat untuk bagi cukup kalau tidak cukup bulan nanti nak makan apa.
  10. FK bersyukur dah tak ada orang bergaduh kat facebook FK lagi.
  11. FK bersyukur dapat dengar hotfm online untuk menemani waktu waktu sunyi FK.
  12. FK bersyukur dapat melalui waktu waktu susah sebab masa tu kita dapat tau the true colors of our friend.
  13. FK bersyukur esok hari rabu sebab FK dapat beli sate kat pasar malam.
  14. FK bersyukur ada blog untuk meluahkan isi hati walaupon tak ada orang baca.
  15. Fk bersyukur dapat call rumah FK tiap tiap minggu walaupon tak dapat nak balik tiap tiap minggu sebab tiket train asyik habes ataupon sebab tak ada duit.
  16. FK bersyukur ada adik bernama Aina Batrisyia yang mengada sebab sejak dia lahir keluarga FK dah jadi harmoni sikit.
  17. FK bersyukur dapat berkongsi senarai kesyukuran FK bersama anda semua.
Jadi apa pula anda punya senarai kesyukuran?

psst: FK bersyukur FK gemuk sebab tak payah nak berhempas pulas nak mengekalkan bentuk badan ideal.. lol.. boleh ke?

Gardenia Delicia Choco Raisin Atau Butterscotch Yang Lebih Sedap


Ha, bagi anda mana yang lebih sedap?

FK mula-mula try Choco Raisin dulu.. dah makan beberapa buku baru teringin nak try Butterscotch..

Bagi FK Choco Raisin lagi sedap dari Butterscotch.. maybe sebab coklat kot.. tapi FK bukan peminat coklat sangat pon.. haha.. apa apa lah..

Kepada sesiapa yang belum try Gardenia Delicia ni anda patut try tapi jangan terperanjat pulak bila anda beli tu. Harga dia memang lebih mahal daripada biasa. RM4 sebungkus. Tapi sebab kualiti dan rasa dia yang sedap, memang berbaloila kalau anda beli..

Roti ini memang susah sikit nak jumpa sebab kalau stok baru sampai je comfirm habis cepat sebab sedap sangat.. Jadi kalau terjumpa ada tu beli saja terus.. nanti bila nak dah tak ada pula.. hehe..

Jadi bagi anda Choco Raisin atau Butterscotch yang lagi sedap?

psst: Gardenia... sungguh enak dimakan begitu saja.. betulkan!

10 perkara yang anda boleh buat jika keseorangan di hujung minggu


waah.. panjang tajuk entri kali ni.. disebabkan FK duduk keseorangan kat dalam bilik di UTP yang tercinta serta yang tak ada orang ini, maka mari kita berkongsi apa yang FK dan anda semua boleh lakukan untuk mengelakkan mati kebosanan..

jeng jeng jeng..
(feel macam dalam cerita hagemaru plak.. hehe)

MEMPERSEMBAHKAN..
10 perkara yang anda boleh buat jika keseorangan di hujung minggu..

1. Bangun tidur lambat.. kalau bangun awal pon nanti anda perlukan lebih aktiviti untuk dibuat. So bangun lambat. Kalau selalu anda bangun pukul 8 pagi, jadi waktu waktu anda keseorangan dihujung minggu anda bangun la pukul 1 ke 2 ke..

2. Kalau rajin, bangun tu terus kemas bilik. Sapu sampah, basuh baju, kemas almari.. kalau anda masih rajin pegi sapu seluruh rumah, kemas dapur, basuh bilik air.. kalau tak cukup lagi pegi basuh bilik air rumah sebelah pulak.. tentu masa anda akan terisi nanti..

3. Jika selama ini anda seorang yang pemalas yang amat untuk bersenam.. anda boleh bersenam puas puas siap pasang lagu kuat kuat.. bersenam mengikut rentak lagu.. kalau teringin nak jogging, jogging saja dalam rumah sebab bukan ada orang pon. Kalau tak minat bersenam tapi minat menari, lagi best, anda menari la puas puas bukak lagu kuat kuat. Menarilah segala tarian yang anda minat..

4. Masa inilah anda boleh mengasah bakat nyanyian anda. Kalau selama ini orang kutuk suara anda sumbang atau sengau, gunakan peluang yang ada ni untuk anda memekak sepuas puas. Jadikan rumah ini pusat kareoke anda sendiri. Bukan ada Paul Moss atau housemate yang nak kritik anda pon.

5. Anda juga boleh dengar radio online macam yang FK sedang buat sekarang ni.. FK tengah dengar Hotfm online dari pagi sampai nak tido karang. Disamping dapat menemankan anda dikala kesunyian, ada juga dapat membantu menaikan rating stesyen radio kegemaran anda. Ye lah, sekarang ni sebuk stesyen radio nak naikan rating masing masing. Owh ye, bagi yang perasan ada bakat nak jadi dj radio tu, masa ni lah anda nak practice, bukan ada orang dengar pon. Kalau terlebih poyo pon takpe..

6. Bagi yang ada facebook, manfaatkan masa yang ada ni sepenuhnya. Masa ni lah anda nak komen serta kutuk facebook kawan kawan anda. Anda juga boleh buat kuiz yang-entah-apa-apa-itu sepuas puasnya.. dapat juga anda tahu personaliti diri. Boleh juga kalau anda nak main Scrabble, Uno dan juga Farm Town sepuasnya.

7. Kalau selama ni anda memang tak sempat nak menonton movie dan tv show kegemaran anda sebab anda terlalu sibuk berkerja, jadi ambil kesempatan ni download cerita cerita kegemaran anda dan tonton sepuas puasnya dari maghrib ni sampai maghrib esok tak ada sape pon nak marah.

3 terbaik minggu ini..
(aduh.. feel hagemaru lagi!)

8. Masa ni lah anda nak memperbanyak ibadah anda. kalau selama ni tak sempat nak baca quran, so gunakan masa ni nak baca sepuas-puasnya. Kalau selama ni sembahyang pon 2,3 minit jadi masa cuti ni anda sembahyanglah 10 minit pulak. Tambahkan ilmu-ilmu anda, cuba belajar jadi imam untuk bacaan yasin, nanti tetiba disuruh mengimamkan bacaan yasin tak ada lah anda gabra nanti. betul tak?

9. Untuk para blogger, masa inilah anda nak memperbaiki mutu penulisan anda dengan membaca contoh contoh blog yang menarik. Anda boleh cantikkan blog anda. Dan kalau selama ni anda jarang dapat update blog, so apa kata anda update blog sampai 2-3 entri sehari pon tak apa. Kiranya sebagai back up bila anda tak dapat nak update nanti. Kan?

10. Bila anda keseorangan ni lah masa yang sesuai untuk anda explore fantasi seks anda.. lol.. hehe.. point ni tak dapatlah FK nak hurai panjang panjang.. Lu pikir la sendiri

Dengan adanya 10 panduan yang dapat FK kongsikan dengan anda ni diharapkan hari hari keseorangan anda dapat depnuhi dengan kegembiraan. Bye.

no-man


sejak FK tengok cerita yes man tu rasa cam terpalit pada diri sendiri pulak.. ada ciri ciri no-man pada diri FK ni..


pat, jom tengok wayang malam ni.. malasla..

pat, jom pegi lepak lepak kat mapley.. bosanla.. dah ngantukla esok kerja..

(dalam hati) bosanla, pergi ipoh best ni.. hurm, jauh sangatla buat penat je..

FK bukan apa.. setiap benda yang FK buat benda paling pertama FK pikir, ada duit ke aku ni? so, dalam keadaan sekarang ni comfirmla kena berjimat cermat sebab dengan duet skolar tu je FK guna untuk makan, minum, beli barang keperluan dan jugi tuang minyak pegi kerja hari hari.. kalau habes dah takde sape nak mintak dah..

hurm memang tak enjoy kan jadi FK sebab kalau nak enjoy sume guna duet.. mana ada enjoy yang free..

tapi comfirm ada yang cakap, alah rm8 je tengok wayang pon.. ha memangla tengok wayang rm8 je.. kang nak isi minyak lagi.. makan minum.. gedebuk gedabak tak ke rm50 gak habes..

so, lu pikir la sendiri!

psst: kalau ada orang sponsor boleh je FK jadi yes-man!

selamat pengantin baru


siang tadi FK menghadiri majlis perkahwinan hamdan dan pasangannya emi.. hamdan ni salah seorang staff kat gdc ni.. majlis dibuat style kampung.. ringkas dan tak berlebih-lebih.. bagus la tuh.. apa pon selamat pengantin baru dan semoga kekal sehingga akhir hayat..

FK ada nampak perbezaan antara lifestyle kat KL dengan kat kawasan luar bandar ni.. dari segi umur nak kahwin.. bila intern kat KL dulu boleh nampak yang umur 30an tu masih ok kalau tak kahwin.. tapi bila intern kat sini, rata rata umur 25 dah menamatkan zaman bujang kalau tak pon sudah bertunang.. kenapa eh?

psst: target FK nak tamatkan zaman bujang umur 23,24.. sempat ke?

panas giler..


aduyaiii.. musim panas sekarang ni memang panas sangat tu.. tambah2 bila duduk kat utp ni.. malam duk kat bilik bukak kipas 5 siap tingkap bukak luas luas pon masih panas lagi..

tido malam pon rimas sebab panas sangat.. pastu nyamuk banyak pulak tu.. rasa nak telanjang je..

tengah hari jangan cakap la.. cam terbakar kalau kuar tengah hari.. panas giler..

psst: lebih hangat daripada biasa

gemuk seperti dot dot dot


di kala waktu waktu senggang begini timbul pulak idea nak carut orang.. so baca je la ye.. hahaa.. hari ni FK nak berkongsi perumpamaan yang dah menjadi sebati dalam aktiviti seharian FK.. antaranya..

1. kedekut seperti KA perumpamaan ni comfirm ramai guna kan..

2. lampi seperti reza

3. owh ye sekarang ni dah boleh guna hitam seperti reza

4. buruk seperti FK.. kan..

5. besar seperti mino

itu antara beberapa perumpaan yang FK dapat pikir.. so apa kata anda share ngan FK.. komen saje..

psst: sekarang ni dah ada satu perumpamaan baru yang kita boleh praktikkan.. gemuk seperti KA =p

kisah babi


anda sudah tengok gambar babi hutan itu? itulah gambar babi hutan yang sempat FK rakamkan sewaktu dalam perjalanan dari v5 ke gdc melalui jalan belakang utp tu..

actually ada 5-6 ekor babi hutan yang berkeliaran pada pukul 1.55 petang itu.. FK sangat terkejut sebab babi hutan sekarang ni dah confident je keluar tengah tengah hari buta..

psst: nasibla FK tak jumpa babi hutan tu waktu jogging petang petang..

Teka Teki


FK ada baca satu soalan menguji minda kat mastika bulan ni.. so dah penat perah kepala dengan kawan-kawan semua tapi still tak dapat menyelesaikan misteri ni.. so apa kata kita perah otak sama-sama..

Soalan dia begini..

Ali nak beli kasut yang berharga RM97 tapi dia tak ada duit langsung. Jadi dia pinjam dengan emak dia RM50 dan abang dia RM50.. So dapat la dia beli kasut tu.. ada baki RM3..

Kemudian dia pulangkan kat emak dia RM1 dan abang dia RM1.. tinggal RM1 kat tangan Ali tu.. Jadi hutang Ali kat emak dia ialah RM49 (RM50 - RM1) dan hutang dia kat abang dia pon RM49..

Tapi bila dikira-kira balik hutang ali kat emak, RM49 tambah hutang ali kat abang, RM49 jadi RM98.. campur RM1 kat tangan ali baru ada RM99.. so mana lagi RM1?? sebab pada asalnya duit tu ada RM100..

Jadi apa kata, anda pembaca budiman sekalian tolong FK pikirkan masalah ni.. haha.. tension tul selagi tak dapat jawapan ni.. mencabar minda.. kalau korang tau jawapan dia tulis je kat ruangan komen tu.. haha..

okla.. selamat berfikir..

psst: gambar tu tak ada kaitan dengan tajuk kali ini.. =P

Skytrex Adventure

Walaupon dah sebulan aktiviti ni dijalankan, tapi baru sekarang FK nak letak dalam blog.. Skytrex Adventure yang dilakukan di Taman Pertanian Seri Alam, Shah Alam sebulan yang lepas semperna hari terakhir FK di CT Mind..

FK yang sebenarnya sangat fear of height.. gayat.. tapi tabahkan jugak hati ni memanjat tangga yang tinggi gila tu.. tapi kat atas tu muka FK dah pucat lesi.. takut giler.. dah tak bercakap dah.. kalau suh naik sekali lagi comfirm FK tak nak join..

apa pon ini adalah satu pengalaman yang berharga..

so pada sape yang nak try datangla ke sini.. murah je rm35 je.. tapi kena booking online dulu.. sebab takut full..

apa lagi.. layan je la gambar2 ni..










Teluk Senangin

Semalam, 6 Jun 2009 FK dan Ismal telah berkunjung ke Teluk Senangin selapas pergi majlis kenduri Deco, kawan Ismal.


Teluk Senangin yang sangat pedalaman nak pegi tu membuatkan FK ragu2 yang kami menghala ke tempat yang dituju di tambah pula dengan hanya ada 1 signboard yang tertulis Teluk Senangin.. namun kami berjaya juga sampai ke tempat dituju..

tempat yang best serta ombak yang ganas serta tiada belas kasihan membuat kami teruja untuk mandi manda.. orang pon tak ramai cam kat teluk batik.. so lepas ni boleh la pegi lagi ye..

so jom kita enjoy gambar2 yang diambil dari kamera henset FK yang buruk ni..


Blogger Boy


Lama betul FK tak update blog.. ye la agak busy sekarang sejak intern balik kat makhostia sdn bhd.. ala power plant belakang utp tu. hurm jadila..

so takde apa nak cerita pon sebab duduk dalam utp ni otak bengap je.. tak ada update langsung.. tambah2 dah takde inspirasi dari KLCC yang FK nampak tiap2 hari dulu.. rasa kampung sangat..

apa pon sekarang kat 8tv dah ada programme baru.. Blogger Boy, setiap khamis 9.30malam.. pelakon favorite FK, Nas-T ada belakon.. oh Qi, host destinasi bajet tu pon ada.. namun FK tak sempat lagi dak tengok sebab asyik lupa je.. ye la nak kena pegi bilik tv tengok.. haha..

so this week FK berazam nak tengok blogger boy.. huhu..

psst: teringat slot Gossip Guy dulu.. haha

Related Posts with Thumbnails